Saturday, October 31, 2015

Bisu


Berkata-katalah.
Jangan bisu.

Kau seliratkan suasana dari bisumu.
Lagi selirat.
Bila bisumu ternyata datang sekali dengan pra sangka jahatmu. 

Biar.
Biar bertikam kata.
Yang penting.
Pendajalan 'makna' tidak berlaku.

Biar.
Biar jerih di hati payah mengaku.
Asal nama tidak terus di cemar seteru.

Aku tidak akan bisu.
Tidak aku perlu menulis untuk memalu.
Aku cuma kepingin kau tahu.
Yang kini kau bisukan ternyata di bongkar perlu!



:) Dan senyuman ini hadiah untukmu :)

Najwa!

Piring pink transparent :)


Dia dengan dakwah nya yang paling awesome :) Ruvanyah. My Indian friend. For so long, I only jot it down today :) About her. 

.

Tengah-tengah makan. Passing piring. :)

Al, " Selame-lame aku kat umah tu. Aku tak tau pun ini piring-piring aku. Mek Na kate, mak aku tetinggal piring ni kat umah Manjung. Ke ni piring engko Wa?"

"Eh tak. Aku. Selama-lama aku study sini. Ada satu ja piring aku. Yang pink jernih tu. Yang Ruvanyah bagi kat aku dulu"

"Ohh"

.

Ruvanyah handed me that plate when I stayed in the hostel during my first year MBBS :) I still remember that moment. When I came sehelai sepinggang dari Sabah :) Aku pinjam piring Ruvy. Hari-hari aku pinjam.Aku tiada kawan melayu perempuan lagi waktu tu. Kawan aku, yang serumah dengan aku :) Ruvy, Sharva and Lahvenya :) 

.

One day. Ruvy handed me that pink clear plate. "Akka... mulai hari ni. Akka guna piring ini ye. My mom hadiahkan dekat akka.

'You know my respond'

Aku cakap TQ banyak kali sambil buat muka terharu tidak terhingga. Indeed. Siapa ja yang bagi kau piring setelah kenal cuma seminggu :)

.

Rupanya. 

Ruvy kata, "Akka makan daging lembu kan. Saya tak boleh makan. So, takpa lah. Saya bagi akka satu piring baru".

'And I was. SubhanAllah.."

Instead of, suruh saya stop guna piring dia. Dia belikan saya piring baru :) Contoh akhlaqul karim! 

.

Hendak di ceritakan. Bahawasanya. 'Cara dan teknik' dalam menyampaikan perbezaan itu kenalah tepat :) Tidak perlu di malu-malukan. Tidak perlu di bentak-bentak. Jika tidak sependapat, gunakanlah cara yang 'tepat' :) 

.

Kau. Aku. Kita. Moga destinasinya bahagia :)




.

CatatanWawa!

Thursday, October 29, 2015

Down syndrome


So what is the clinical features for Down syndrome patient?

Erm.

Erm. 

That's how my friend react when that specialist asked her that type of question. Mungkin blur. Mungkin sudah lama tidak ulang kaji. That's life! Bukan semua benda mau ingat! luls.

"Tapi doctor WAJIB ingat! Kesian kat patient hah!"

BAIKLAH.

.

Ok. Bayangkan patient berikut datang pada anda. Apakah yang anda boleh describe based on your observation? So, based on what we learned, those clinical features might be there,


1. Hypotonia (80%)
Muscle dia lemah-lemah ja. Tapi, ada ja yang cergas berlari-lari. Riang ria ceria lagi ya :)

2. Poor moro reflex (85%)
Ha, boleh google apa itu moro reflex eh#youtube you. hehe

3. Hyper-flexibility of the joint
Cuba tarik your jari up right now. Dia leh bend until mana? At least 85 degree la or 90 degree la. But this kids, dia boleh buat 150-180 degree bend beb! Fuh! But as usual. Bukan semua. hee. 

4. Excess skin on the back of the neck.
so this one, memang kalau nampak pun, most of DS patient tu ada leher yang pendek. Tapi beza lah.. jangan kawan-kawan yang gemuk xnampak leher tu pun kau cop DS annn... T_T

5. Flat facial profile
Memang kalau di ukur symmetry muka tu, dia lagi flat dari orang normal. 

6. Slanted palpebral fissures

7. Simian crease 
Maksudnya, 'garisan tangan dia' ada satu ja. Meanwhile yang normal ada 3 garisan. 


8. Leukemia

9. If male, dia ada small penis. Hypogonadism infertility. 
Tapi yang perempuan. Mostly fertile. If you wanna marry her pun, you boleh ada zuriat keh :)

10. Ventricular septal defect 
Means, risk heart problem tu quite high dekat mereka. 

.

So, camana mau tahu yang baby dalam kandungan tu, ada risk jadi Down syndrome atau tidak. Kena pegi hospital. Do amniocentesis. Dia akan ambik sikit fluid dalam kandungan untuk check. But usually specialist boleh detect ja without using invasive method. 

.

Salah silap boleh betulkan ya :) Jangan ambik bebulat ja.

Sekadar perkongsian!


CatatanDrWawaBulan!









Aku dan adik yang sakit 'radang otak'

And seriously, that situation was pathetic and hard. It made my eyes slightly  accumulated with tears and deep down broken inside. That kid, an Indian boy. he screamed out loud until the whole ward can hear him. I was in the next room. Did a physical examination upon a 1 month age boy who was diagnosed with bronchiolitis. I ran to the next room!

.

That boy screamed almost like hell! This is painful!!! He had severe headache that started a few days back. I didn't clerk his case, so I can't figure out the specific history. But he looked severely irritated. He knocked and kicked anything and everything around him!

"Stat the vancomycin now sister!"

"Ok doctor"

.

"He might have radang otak. Stat for lumbar puncture and CSF analysis", said the MO. 

.

I left the room. As my eyes can't cope with the feeling that I felt. Sad. Kecik-kecik dah kena gitu. (*Hati tisu*) Jangan nangis. Jangan nangis. 'Mengong Dr Najwa neyh eh', cengeng! - student lagi. Latihan boleh lagi!- Hati kental! Ok, bleh berhenti merepek ndak? -senyap.

.


Rupanya. Yang Dr sebut 'radang otak tu', meningitis. Patut stat lumbar puncture (cucuk bahagian blkg kau, ambik CSF fluid. Check ada bacteria ka ndak).

.

And your friend actually dah clerk that case. She said, that boy memang meningitis. Die dah sakit kepale lame dah. Xsilap sebelum die masuk, die ade fitz (sawan), last night pun die ade fitz. Rolling up of the eyeball. Tapi last night mak die xnampak. Nurse yang nampak. 

'sadis'

.


Meningitis ni apa Naj? - It is a life threatening condition. Where bacterial infection of the meninges occur. Means, ada layer dekat otak tu yang terkena jangkitan kuman. Bila kena ni, kau ada demam, sakit kepala yang teruk and leher kau rasa kejang-kejang. Ha, cepat-cepat ke hospital ya! Kalau anak-anak ada ni pun, kena cepat-cepat di larikan ke hospital. Jangan sambil lewa!

.


Bacteria yang salu buat huru-hara ni namanya streptococcus pneumoniae. Gram positive bacteria. Lancet shape diplococcus. Kalau neonate salu dapat from maternal vagina lepas dorang di lahirkan. In this case, it might be dari in contact with other person through respiration. Sebab menurut kawan, dulu kakak patient ni pun pernah kena fitz, without meningitis masa umur 3-6 tahun. Tapi dah totally stop until now. 

.

Adik tu umur 7 tahun







Lumbar punture

.

Mudah-mudahan adik tu berakhir baik. Last nampak dia . Tadi. Atas katil tolak untuk di bawa ke bilik khas, so that test di atas boleh di buat. *Hela nafas*

.

For treatment. Yang first, memang antibiotic jugak. Bacaan seterusnya. Boleh rujuk bahan bacaan ya. Vancomycin salah satu nya if ampicillin doesn't work. Based on organism pilih antibiotic ni. 

.

Moga datang kesembuhan buatmu dik! 

.

Esok exam for this posting! Mohon doanya rakan dan taulan :) Najwa sayang anda semua!

CatatanDrWawa!


Tuesday, October 27, 2015

Post2 sentap!

Post-post sentap was deleted.

Just realized. Bukan semua benda sentap kau perlu post.

Sigh*

Monday, October 26, 2015

Saturday, October 24, 2015

Dari wayang turun ke pemikiran! Fikir! Jangan ndak fikir!

Apa ka mimpi. Aku ndak pasti. Yang pasti. Aku dah layan cerita cinta melayu harini. Lol. The gegirl team family angkat bawak. Aku? Of course ikut ja. Cakap ja 'jalan', I'll follow~~ kaki jalan beb.

'Super, Lovemoon'..

Haaa... Layan~ Kau fikir? Walaupun kawan aku panggil aku 'wawa bulan', tapi derapan kaki aku harini ke wayang tu, langsung tiada kaitan dengan history nama panggilan aku. Tiada. None. I just follow them instead. No excited feeling. No overwhelming one. Just to subside my bored. Luls. 

.

Tapi. Semua berakhir dengan gelak ketawa terharu sebak-sebak di dada. Sebab? Sebab somehow, cerita tu mengena juga sedikit sebanyak dengan life kau. And mungkin? Kau ja fefeeling terlebih.

.

Itu lah. Itu lah lemahnya aku.

Aku jarang sebenarnya mau layan cerita cinta yang touching2 part ni 'dengan orang' a.k.a depan orang. Hindustan. Hindustan terutamanya. Kalau part-part sedih sedih. Aku banjir. Kalau dah berlawan-lawan, aku emo. Kau tengok*. Sebab tu aku ndak layan wayang-wayang tersebut depan kengkawan. Family ya. Sebab dorang dah masak ngan perangai aku. Ngeng. 

.

What's the story all about? I don't want to tell about it here. Watch it yourself :) 

.

But every scene. The most crucial part is what did you get after each story? Did you get something? 'Off course~' :)

.

Moral of the story is, you just don't get it when God say Yes for every choice that you choose. You just don't get it, when He says No. In the first place. You just don't get it. For sure, how long it will take, you will eventually come to an end of your question. You will never stay there. That blank and confuse moment. One day, everything will be revealed. Just wait. 

'And that wait. Is pain' 

Accept the fact. That you just couldn't do anything. Certain things happened, and it happened accordingly. If the wait is worth, why not huh?

.

Bila hati kita di busy kan soal jodoh. Bila hati kita di busy kan soal life time partner dan sebagainya. Jangan risau. Hadapi. Sudah namanya ujian. Dunia ini ujian. Norma nya. Kita manusia ini, berkehendak. Sunyi mahu seadanya di isi. 

Tapi.

Tuhan ajar kita untuk TIDAK sekali-kali lupa. Kadang perlu cantas apa yang namanya 'mahu' bila waktunya belum perlu. 'Kau saja bilang belum perlu. Aku perlu. Sekarang!' 

Jika kau perlu. Sudah bersedia? Menikah dan beramanah?

'Belum'

'Cantas!' 

"Siapa saja yang tidak perlu kan. Sigh. Tapi aku sedar ke diri. Yang penting. YAKIN. Tiba masa. Semua akan datang mandiri. Macam dalam cerita tu lah :)" 

Super Lovemoon!


pre



Sempat tu

waiting moment



us


.

Bertukar! Datangkan dulu Tuhan untuk hatiku!

.

CatatanWawa!




Thursday, October 22, 2015

Sweat it until you can smile for it!

Paeds ward. Stand on the weighing scale. "Ok. This is nonsense". Lol. It raises up to 4 kg within a month *shock emoji*. Shut up! It can't be. But, the few times you step up the scale, the result still remained the same. What are you trying to prove? There is a  problem with the scale? lololol. 

.

From that particular moment. You understood. Something needs to be started back. My exercise! For 1 month I left it. Busy with my own agendas and short term mission. So... in-solitude with my own spirit. The booster holds it silent for me which is also leaving me drawn under my own temptation. I leave myself alone to hold my spirit. There is she, not preserved properly. Big fat chubby self! 

.

Enough. You shouldn't do that. Down prospect yourself. Stop it. 

.

If you think. Something is wrong with your load on that scale. Do work on it. Reduce it ;) -Ok- Not only it will remove your excessive fat. But also, ensure that you are always healthy and fulfill! 

.

What a preach. Huh. 

.
Sweat it until you can smile on it Najwa! ;) Love you!

Najwa'sNote!




Yahh..food food everyway. Do try to fool me if you dare!
Cesss!

Tuesday, October 20, 2015

Guide Me All The Way - Maher Zain



Wide awake. 

Pentatonix



When you are just wide awake. Lol

Berbahagialah :)




Hati yang bersih. Menjadikan ikhlas sebagai jalan hidup. Hidup biar ikhlas. Jangan membenci. Sedetik cuma salah faham, tapi hasilnya? Sepanjang-panjang persangkaan. Mohon kita hentikan. 

.

Kita punya jalan hidup yang justeru sukarnya hanya masing-masing mengetahui. Sekecil-kecil salah faham. Kita telagahkan sehingga ia bertukar menjadi sebesar-besar perkara. Lagi sadis, bila di canang-canang. Disebar-sebar berita. Mungkin untuk benar mempertahan. Ya aku benar, kau silap. Kau lah si silap itu. Akulah si benar itu. 

'Sampai bila?'

Aku enggan. Serious aku enggan. Biarlah. Biar kamu canang aku. Justeru aku, tidak akan berbuat perkara yang sama. Khabarkan ke dunia silapku. Aku tidak akan membalas perbuatan itu dengan perkara serupa. Aku tahu, tindakan Habil tidak mengangkat tangan untuk membalas serangan Qabil sewaktu Habil cuba di bunuh, adalah tindakan yang 'ikhlas'. Dia ikhlas ke Tuhannya. Tuhan tahu. 

.

Aku belajar lebih pantas dari dia yang namanya pengalaman. Dari detik itu. Allah thought me not to be cepat melatah. Bila kita lekas melatah. Kata-kata kita kesat. Minda kita hebat berdebat. Salah faham usah di bilang-bilang. Menghukum adalah tindakan. 

'Tapi aku juga faham. Ini di gelar 'response' towards stimulus' :) 

.

Jalani hidupmu. Dengan aman. Sebab aku juga mahu hidupku aman :) Alhamdulillah. Di jalani dengan baik dan bahagia until now. Aku doa. Kau juga begitu. :) 

.


Sudahlah. Hentikan persangkaan. Jalani hidupmu. Sebab aku sudah punya 'jalan baru' untuk diterokai. Moga ke depan yang lebih bermakna. 

Kuat itu. Adalah untuk tidak marah saat sangat marah. Tersenyumlah :). Kita semua Allah anugerahkan dengan senyuman paling manis saat kita ikhlaskan segala sesuatu yang pernah terjadi. 

.

CatatanSisWawa!



Berbahagialah :)

Monday, October 19, 2015

Clinic Paeds Y4!

Berdenyut-denyut. Spread. From the back area of your neck to the parietal part of your skull. Mungkin, peredaran darah di bahagian circle of Willis kau ndak lancar.

'Cess! trip-trip MBBS' lol* 

Tapi serious. Harini kau bangun dengan disease tu. Rosak pagi kau, maka rosaklah juga separuh hari kau. Separuh ja? "Ya, separuh ja. Sebab start 2 petang, kau enter clinic. Clinic paeds :) 

*
Patient came dengan kerusi roda. Hensem budaknya. Mak kata, can't stand properly. Can't walk properly. Apa yang inappropriate tu? 'Dia boleh berdiri. Tapi kaki dia flexed. Bengkok. Ndak boleh tegak. Cam something sekat dekat lutut dari dia tegak. 'Oh'.

"Apakah itu? 

Since aku belum posting ortho lagi. Aku pun  buntu. Mungkin kau boleh share dengan aku. Hee"

*
The other one. Anemic. Common case dekat clinic. Common case jugak dekat ward.

Reference range for Hb concentration -

Men- 14-17.5 g/dL
Female - 12 - 15.3 g/dL



Paeds?
Birth: mean 16.5 g/dL (-2SD: 13.5 g/dL)
1-3 days: mean 18.5 g/dL (-2SD: 14.5 g/dL)
1 week: mean 17.5 g/dL (-2SD: 13.5 g/dL)
2 weeks: mean 16.5 g/dL (-2SD: 12.5 g/dL)
1 month: mean 14.0 g/dL (-2SD: 10.0 g/dL)
2 months: mean 11.5 g/dL (-2SD: 9.0 g/dL)
3-6 months: mean 11.5 g/dL (-2SD: 9.5 g/dL)
0.5-2 years: mean 12.0 g/dL (-2SD: 11.0 g/dL)
2-6 years: mean 12.5 g/dL (-2SD: 11.5 g/dL)
6-12 years: mean 13.5 g/dL (-2SD: 11.5 g/dL)
12-18 years female: mean 14.0 g/dL (-2SD: 12.0 g/dL)
12-18 years male: mean 14.5 g/dL (-2SD: 13.0 g/dL)


Waktu bebaru lahir. Hb tinggi. Tapi liver belum boleh berfungsi sepenuhnya. That is why, baby selalu berisiko kena 'kuning' (jaundice)

*
Masih berkira-kira. Bidang O&G atau kanak-kanak. Tapi bidang kanak-kanak macam rencam BEST! hee. 

*
Catatanwawa!

Sunday, October 18, 2015

Gelak aku.


Dia pelik. 

Dia tergelak, bila semua orang senyap. Kencan serius. Dia tergelak. Benda tidak lucu. PADA MEREKA. Tapi terselit lucu, yang 'cuma' pada dia. Bila senyap, dia isi juga dengan gelak. SUNYI, katanya.

"Tak lawak Wa" sinis*. Kadang di bual-bualkan. "Najwa memang weird".

Kau diam. Senyumkan saja. Ya. Mungkin aku weird. But doesn't mean, weird aku tu, tiada manfaat. Atleast, bila orang sunyi. Aku bunyi. Tiadalah krik2. 

.

Kadang. Topik serious. "Topik bapak meninggal". Lol. Ini, kalau orang ndak faham. Orang boleh lempang aku. Sebab aku 'boleh tergelak' atau 'tersenyum', before topik-topik ni di bualkan. And kawan kau akan spontaneously 'marah' kau.

'Ok. Yang ni memang perlu tegur'

Aku bukan gelak happy ter kekek-kekek sebab ahli keluarga kau meninggal. Aku geli hati, sebab aku jarang nampak ekspresi orang lelaki 'yang betul-betul sedih'. Salu dalam movie ja. 

'Ok. Reason yang ni, kau boleh tampar aku. Sebab bikin panas'

*Serious. Aku geli hati sebab sekecik itu. Ekpresi muka* mengong*

.

Professor aku. Panggil aku 'The cheerful girl'. Sebab everytime before aku present aku senyum lebar dulu. Bukan sebab happy mau present. Sebab aku nervous. Serious! Sebab aku nervous! Bila nervous, kau senyum?? --Ya--

'Ya Allah. mana silap aku ni. Weird sangat kah 'weird' aku niiii'

.

Dia persendakan kau di khalayak ramai. Kutuk-kutuk kau. Kau kecik hati. Rasa mau nangis. Tapi kau gelak dulu. Baru kau ada feeling-feeling mau nangis. Mungkin untuk jaga hati. Supaya dia ndak fikir, kau sebenarnya terasa ja dengan persendaan dia. Kau pun ikut gelak sekali. Walhal kau tahu. Benda tu menjatuhkan kau. Kau mau dianggap, kau boleh di bawa bergurau. Bukan sang sentap. 

'Kau sedih tapi gelak' 

.

Haritu. Kau ndak dapat join gelak lagi. Kau betul-betul sedih. Kali ni memang 'ndak mampu cover line' dengan gelak yang selalu kau buat tu. Kau nangis. Nangis sungguh-sungguh. Kawan tanya. "Nape wa?" .

Bertambahlah kau nangis lebat-lebat. "Dia tu... penjahat!" . Kau nangis. Tapi kau selangkan dengan ketawa. Kawan jadi pelik, "Kau sedih ka happy wa?". Sedangkan, kau gelak tu, untuk hentikan nangis kau .lol. Compensatory mechanism kononnya. Kau rasa lucu dengan kelakuan budak-budak kau tu. Tua-tua pun mau nangis. So, gelak kau dalam tangis kau tu sebenarnya untuk part 'perangai budak-budak' kau tu. Tapi...

'Maksud di sebalik gelak kau tu. Kau sorang saja yang tahu' -- kawan kau? lol. Serious xtahu. Sebab yang diorang jumpa. Nangis tu. Nangis lah. Mana ada campur. lol. I have my own compensatory mechanism keh. Kalau teruk nya nangis, kau ndak akan mampu tengok muka aku. Lol. Monster de disasta~ hua hua.

.

 Mungkin aku perlu latih diri aku. Untuk 'HANYA SENYUM' . Jangan! keluarkan bunyi. Mungkin. Tengoklah sejauh mana aku mampu buat. Hahahaha. 

.

Pernah try. Untuk tidak lagi selalu gelak. Hampir 90% kawan aku tanya. "Nape wa? Ade masalah?" Haaaaa! pandai pulak tanya. Aku tengah buang perangai weird aku la ni. Ndak weird dah kan? -- #sentap baq hang

.

Bak kata housemates aku. "Wawa gelak aku tak kisah. Jangan senyap. Kalau senyap. Something is wrong somewhere. Takpe wa, gelak je"

*amboi. request*

.

Kesimpulannya. Kau mau weird apa benda.. Aku suka senyum ka. Gelak ka. Kita masing-masing ada perangai pelik memasing. As long as tidak mengganggu hidup orang lain. Bila ada, di pelik-pelikkan. Bila tiada, di cari-cari. Dipersoalkan ke mana hilang nya? Beb. Aku dah tempuh macam-macam. Akhirnya nanti. Mungkin aku bukan orang yang sama lagi. Aku mungkin lebih serious dari sekarang. So hargailah kawan kau yang salu murah senyuman and gelak untuk lawak hambar yang salu kau buat tu. #sentapnow! #sentapnow!

.

Mau kata aku weird. Kau pun banyak weird nya. Cuma aku tak bangkit-bangkitkan ja depan orang.

Salampermisi!

Catatanwawa!

Angkat Jiwa mu!



Jiwa itu.
Sudah tidak lagi settle down untuk perkara bawah. 
Dongaknya cuma ke langit biru.
Kadang pijak pasir pantai. Just to take a moment. Ingat.
Aku juga dulu. 
Begitu. 





Bosan aku dengan penat, dan enyah saja kau pekat.
Seperti..
Berjelaga jika ku sendiri.

.

Sebab semua sangka. Senyum dan ketawa itu.
Tanda jiwa penuh isi. Gembira cuma, tiada duka.

Latarnya. Iya.
Dalam saja yang tidak kau tembusi. 

.

Syukuri.
Sebab yang tampil kini.
Adalah hasil dari kuatnya jiwa mendepani.

Yang depan-depan ini?
Mungkin lebih berahi menolak mu jatuh.
Biar riot. Langsung rebah menyembah bumi.

Tapi jiwa mu telah berjanji.
Bagaimana jatuh.
Langsung bangkit!

.

CatatanWawa!

Friday, October 16, 2015

Sayang :)


"Kalau tua ni pun nek, romantik juga ka?"

"Eh.. mestilah. Kalau dah sayang. Sampai tua pun akan sayang" 

:)


Kalau sayang tu boleh beli. Dah lama kita semua dapat kasih sayang. But oppositely, sayang tu anugerah. Hanya orang yang Allah gerak dan hantar untuk sayang kita ja 'yang akan mampu sayang kita' :) kan? 

.

Aku mahu. Sayang tanpa tepi macam atuk nenek ni :)
One day in shaa Allah.

.

Jiwang mode Teluk Senangin. Activated!

Nukilanwawa!

Positivity!

Sebab dia hantar berita :) Dari skrip-skrip senyuman dan tulisan tangan. Tidak perlu create another you melalui penulisan :) Express kan 'you' dalam tulisan. Dari buah fikir, tumpah ke skrin penulisan. Kadang yang pandai tulis ni, diamnya lagi power bila depan orang. Tapi otaknya ligat berfikir. Jangan memahennn..

.

"Good. You did a good job. Those bibasal crepitations and ronchi does exist. And true, it is not obvious. But I'm doubting your finding on lymphadenitis. I think it is not there."

"Ok sir"

:)

.

Ada dua sir. Dan perbezaan besarnya adalah 'charge'. Lol.
Satu a very positive cherge :) Another one, yang akan selalu lemahkan soul kau. Haha. Charge negative nya sangat tinggi. Professor baru ni, sangat atuk-atuk style. Kalau boleh, kami semua mau layan dia cam atuk. Tapi 'sedar diri'. Gap lecturer and student perlu ada. Kami undur kan sikit diri. 

'But somehow. Ya, dia comel :)' 


Harini dapat markah tinggi for BST :) Syukur Allah lepaskan aku buat ngan Prof ni. Patient belum discharge harini. Betullah, kadang follow rezeki. Lepas dapat tau prof ni jenis murah markah. Semua mau buat Bed site presentation dengan Prof. ya. luls.

.

Apa pun. Kekalkan ceria mu :) Moga hari yang mendatang lebih positif ;)

POSITIVE CHARGE Plissss! haiip!

Catatanwawa!

Thursday, October 15, 2015

Experiment Berhijab vs Non-Berhijab



And. Our last topic for today's class is "Sexual assault and rape". Bangkit isu. Nowadays, rape became a phenomenon that can't be prevented easily. Orang muslim, yang ini pakai tutup semua pun. Rogol juga. Tidak ada kesan. Dekat kelantan, ada sebut. Yang tutup tidak undang rogol. Tapi kes tetap wujud. It happened you know.

'Kami senyap. Senyap mungkin sebab hormat. Senyap mungkin sebab terkelu tanpa hujah. Hati detup detap. Mau respond ka ndak' lol. Bukan aku sorang. The whole Muslim student in the class.

But eventually. Terbukti. Tonton video ini. Dan fikirkan dalam-dalam. Ini bukan persoalan hati. Hati  dia yang berhijab mungkin saja sebusuk keju buruk. Ini persoalan 'aman'. Keharmonian sejagat. :) 

Fikir-fikirkan. 

Trust me sir, rating rogol untuk yang berhijab, tidak setinggi rating rogol untuk yang seksi. Di Tanah Haram juga tidak terlepas rogol ni berlaku. But how high the prevalence? Masih di kadar terendah. Ndak percaya. Go Google. :) Sebab itu, Tanah Haram, orang ndak pernah kaitkan dengan pusat maksiat besar-besaran macam di Texas etc. Ya ada. Entah si bernafsu mana yang sesat ke Tanah Haram tu. Lol.

Sebab Tuhan TIDAK PERNAH silap.  


The enlighten moment!

"Ala Aina. Saya dah pegi endoscopy room dah. Ndak cakap awal"

"Sorry wa, kat paeds ward harini kelas"

"Hahahaha. Ok ok. Otw"

"Asal kau gelak wa??"

"Hahahahhaha. Ok Aina, saya pegi wad paeds now"

"Pelik kau ni"

*Phone off*

.

"Apasal hang gelak tadi"

"hahahah. Waktu tengah calling ngan Aina tu. Dekat lorong depan ward 3 and 4. Laluan depan bangunan endoscopy tu. Lengang laluan tu awalnya. Suddenly, aku nampak budak umur sekitar 4 tahun lari laju arah aku. Sambil mak cik guard tu lari laju belakang dia sambil jerit-jerit"

"Adddekkkkkk"

Then. Budak tu berlari straight arah aku. Terus panjat sampai bahu! ='D peluk kuat-kuat mintak perlindungan!

Sebab tu aku gelak!

"Ohhhhh, patut kau gelakk" with smiles on their face :)


.

Allah bagi the enlighten moment dekat aku harini. Sekejap cuma :) Tapi kesannya mendalam. Senyum aku sampai telinga. Dari lorong tu sampai ke paeds ward. :) Sampai nurse-nurse muka garang tu pun aku senyum kan :) Tengok. Kesannya ;)

'Sekecil-kecil moment. Aku jenis hargai :) People won't remember what you bought for them. They will remember the feeling you gave them. 

.

Moga Allah hadiahkan lagi aku dengan moment-moment yang macam tu :') serious best. luls. 

.

Moga bahagia milikmu :) Senyum. Jangan masam. Kacakkan hati. Maka kacaklah peribadi. Wajah akan jadi auto kacak sekali ;)

Nukilanwawa!

Siapakah kita di dalam kita.






Wednesday, October 14, 2015

S.Y.U.K.U.R.?


Persoalannya. Berapa ramai yang tahu dan faham, sesungguh-sungguh faham. Zarah (bukan nama sebenar) tu, cuma fizikal saja tersekat. Tapi ruh tetap lengkap untuk berinteraksi dengan Tuhan. 21 years old, terperangkap dalam jasad yang tidak mampu gerak, tidak mampu cakap, tidak mampu tunjuk apa saja yang dia rasa!

Dia akur. Tidak pasti. Sama ada untuk 'syukur' seadanya dia. Atau 'pasrah' kan saja. 

*

"Jap eh Zarah.. nak check pulse".

Dia toleh pun tidak. Tapi under auscultation, jantung debar laju. Tangan dah mula gerak. Ndak selesa.
"Her mother start risau. Risau dia dapat 'tarik' lagi"

Aku berhenti. Sebab mata Zarah dah mula naik-naik pandang atas. Risau berlaku komplikasi if I still continue my examination. I stopped. 

"Ndakpa lah makcik. Time kasih..dah cukup dah ni"

Makcik senyum hambar. We're not helping much. Obviously.

*

"Prof., I can't present this evening. My friend will replace me. That aunt resists. She said she wants to have some rest"

"Ok, ok. Let her be. The mother already dedicated her life for her disabled child. What we're doing right now, doesn't seem to help her. Respect her choice"

"Ok prof."

*
Pernah tidak fikir?
Fikir apa rasanya untuk duduk dalam jasad yang 'betul' kurang sempurna. Dalam jasad yang tidak boleh seinci pun gerak sendiri. If you ask me. "Ya Allah. I can't imagine". Lebih-lebih lagi kaki jalan macam aku. Terperap di rumah seminggu pun aku naik bebal. Lol. Freshhhh airrr mommmm.. ngeng. 

'Freedom lover kononnya'

Itu si anak. Bagaimana pula dengan si ibu yang sempurna? Yang always terpaku menjaga anaknya siang dan malam. Totally lost! not only her freedom, but also her entire life for that child. Empty*


"Besar pahala makcik"

Makcik senyum hambar lagi. Any encouragement, it doesn't help at all. Sigh* Betullah. Sebab itu shoe dia, bukan kau. Kau ndak akan faham walau macamana struggle kau tunjuk kau faham. No. You just don't understand.

*

Satu hal lagi yang buat aku fikir panjang berjela panjang.

Cukup syukur tidak aku pada jasad yang Allah pinjam ke aku ni? Seriously, tipu. Kalau aku ndak pernah rasa that low self-esteem moment. Even till now pun, ada lagi ni sikit-sikit. Sebab allergic reaction kat muka kau ni ndak sembuh fully. Only 85%. Luls. Berat badan lepas holiday ni. Jangan di bilang. Makin teddy bear. Ngeng. Mulalah kuar ayat "Jom exercise"aku ulang-ulang. Tapi tetap juga makan boleh tahan. Betul-betul enthusiastic kan.

"Mission should start! sebelum Ma kawen, aku kena loss weight" -- Tengok. Tengok. Let's see~ 

Mungkin aku patut tampar kesedaran aku kan. Mungkin. 

Pada apa saja yang kahau berhabis dengan jasad ni? Yang kembali nya nanti cuma ruh. Bukan jasad. Sedar ndak tu? Doesn't mean abai jasad. But atleast, jaga ruh lebih dulu. Baru jasad ikut. 

*Tazkirah ruh and jasad pulak ya*

Dah. 

*

Mengejar tenang dalam hadirnya syukur. Bukan kerja mudah. Hidup semuanya mahu tampil bermakna penuh glory. Kau gemuk. Kau ndak masuk list glory beb. Judgement and expectation will always be there. Tidak penatkah? --Penat. Serious penat--

'Lega hati. Bila tahu. Tuhan judge cuma dari taqwa. Tidak di jasad' 

*Tak perlu nak ustazah sangat la Najwa~* aiitttsss.. ada masalah? 

*
Tanya ke hati Najwa.
Pada siapa hidup ni untuk di dedikasi?
Pada siapa hati perlu kembali.

Manusia atau Tuhan?

*

NukilanNajwa!