Saturday, February 21, 2015

Pelepasan diri

Cuba renung ke dalam diri. Apa yang kau lihat?


Beri kemaafan.
Lepaskan diri.
Keterikatan pada 'luka' yang di tinggalkan hanya akan hilang.
Selepas kau beri kemaafan.


Kau tidak mampu.
Siapa kata kau mampu?
Tapi Tuhan mampu.
=)

Mohon pada Nya.
Moga dia lembutkan hatimu untuk memberi maaf pada yang menyakiti.
Dan mohon di lembutkan juga hati yang pernah tersakiti olehmu untuk memaafkan mu.

Kita tidak akan pernah sempurna.
Maafkan tindakan siapa sahaja.
Yang dilakukan.
Ketika marah dan sedih.
Jika dia tidak marah dan sedih 'juga', dia tidak akan bertindak demikian.
:)
Manusia, meng ekspresi kan rasa dengan cara yang berbeza.
Kadang dia menyakitimu, sebab dia 'sendiri' tersakiti.

Maafkan.
Abnormal behavior waktu-waktu macam tu.
Sekali kau maafkan.
berkali-berkali selepas ini pun, kau terlatih untuk memaafkan.

=)

Dan yang paling penting.
Selepas engkau maafkan.
"Bebas itu milikmu"

-pelepasan diri-

Sunday, February 8, 2015

Hati Terbiasa


Pandang ke depan. Seluas dan sejauhnya. 


Hati terbiasa.
Untuk ber gerhana. 
Getar rasa di tutup dengan jejaring halus ego dan maruah.

Hati terbiasa.
Untuk rasa kebas pada nalurinya.
Dia biar rasa tu terawang-awang di situ.
Seperti ada yang tidak selesai.
Ada yang tidak rungkai.

Bodoh!
Kau kadang maki ia.
Kerna kau sendiri tidak mengerti malah kadang sakit hati.

Hati terbiasa.
Susut memahami lantas bertindak mengikis membatasi.
Yang akhirnya.
Meninggalkan kesan gigitan ke dalam pada diri.

Hati terbiasa.
Untuk tidak di kasihani.
Malah di latih ber ambisi untuk mendepani.
Tegar menyantuni agar kukuh berdikari.

Hati terbiasa.
Untuk tersakiti.

Dan dalam keterbiasaannya.
Dia menyeru ke arah ruhi mu.
Untuk segera membebasi.
Segala belenggu yang menguasai.

Nukilan hati hamba - najwasirrah

"Untuk segera tenang, harus bersegara melepaskan semuanya pergi. Yang tidak lepas itulah yang tangguh. Lantas lewat harinya, dia berputar menyakiti. Kerana, tiada sudah wujudnya kasih, malah yang terlahir dan terzahir cuma tinggal benci"