Saturday, December 10, 2011


Bag pack
" Kaki yang suka berjalan "

Asalamua'laikum sahabat-sahabat =)

Alhamdulillah... berkesempatan untuk update blog hari ni =) . Setelah sekian lama tidak menjengah, hari ni pula Allah buka ruang dan peluang. Sebab, biasanya, Najwa ni lagi update through facebook ;) hehe.

Bak kata pepatah, jauh berjalan, luas pandangan, tambah pengalaman ;) ya tak? Erm.. tu pepatah yang tidak di tiru sebijik sebulat tu. Guna ayat sendiri =) Sebenarnya, what I'm going to share is, tentang hari-hari travel Najwa sepanjang minggu ni, dari hari selasa... sampai hari jumaat.
Sekarang, I worked part time dekat Alamesra, jaga kedai kawan punya aunty. Sementara cuti terluang ni, apa salahnya kan....? Walaupun, parent xbrapa approve saya kerja, tapi... I just can't.....~! stay at home and do nothin' -_- So then, skrg kerja, jadi~ bermulalah hari-hari yang mencabar =)

Memang.. menurut kajian, sesiapa yang lahir bulan Febuari, akan suka pada benda-benda yang challenging ni :) Including me =D

Makanya...

Selasa pagi

Ambil bas dari Bongawan ke Kota Kinabalu. And dari Kota Kinabalu, ambik lagi bas pegi Alamesra. Sekitar jam 10.30 pagi baru sampai, syukur aunty belum sampai juga dari Tuaran ^_^
Saya beli makanan, buat alas perut untuk tahan dari pagi sampai tengah hari. Gabungkan sarapan pagi dan makan tengah hari. Jimat bajet. =P

" Belajar hidup susah, selama ni makan cukup dan terlebih kan, ha! tengok! sekarang? C.o.m.e.l sudah kan? =P ambil iktibar juga tentang kesusahan orang lain sebenarnya"
Rabu

Ambil bas dari Sepanggar [stay rumah pacik di Kuala Menggatal] sampai Alamesra. Pastikan tambang RM 1. Jimat~
Jumpa teman-teman di UMS =) Ceria walaupun letih seharian. Ya lah, biasanya naik kereta, time tu, jalan kaki =P belajar berdikari~

" Najwa yang boros dulunya, kini belajar berjimat ya... walaupun sukar! harus telan! tarbiyah buat diri yang selalu suka senang. "
Khamis

Last day kerja untuk minggu ni. Balik, sekitar jam 4.30 petang. Letih, tapi sampai rumah uncle, cuci baju, sebab esoknya kena pulang kampung balik =) Pacik ada kenduri kawen.

"Perjalanan ini membuatkan Najwa lebih mengenal diri, adakah sekuat orang lain? Atau hanya cengeng girl bila di timpa susah?  Hurm ~ hanya Allah yang dapat memberi kekuatan."
Jumaat

Jam 10.30 pagi, jalan kaki dari rumah uncle ke stesen bas sepanggar dekat-dekat IP. Bawa bag pack dan beg pakaian.. Fuh! berat juga tu. Then, naik bas dari Sepanggar ke Terminal Wawasan. Hasrat mahu naik train sabah, so ambillah bas dari terminal ke stesen kereta api Putatan. Tapi~ hampa -_- , khidmat train jam 1.30 petang di batalkan... Terpaksa tunggu pacik bas [kebetulan jiran sebelah rumah] sampai jam 5 petang. Jenuh! But, at the same time bermuhasabah =) Selama ni, saya pandu kereta, kadang tak tertoleh pun orang yang menunggu-nunggu dekat stesen-stesen bas. At least, lepas ni, kalau bawak kereta, saya boleh merendahkan hati, "Aku pun pernah begitu.. :)" dan "Aku tidak akan lupa asalku" =)

"Banyak pengajaran Allah sediakan sepanjang perjalanan =) bukan saja tentang kerenndahan hati,tapi juga tentang bagaimana kita mengadaptasikan diri dengan suasana mad'uu sekitar Sabah. Kalau kita asyik naik kereta tanpa pernah cuba terjun ke dalam dunia kehidupan masyarakat, kita hanya akan jadi seorang 'penilai' bukan 'pendakwah' yang tulen. =) Allahu'alam.. "

Wah! panjang celoteh ko Najwa @_@.

Apa pun, mata dah klip klap klip klap ni =)
Selamat malam

Illalliqo'wamaa'ssalamah..