Tuesday, May 31, 2011

BERHATI-HATI MENJAGA HATI

Asalamualaikum.... ana just share benda ni dari seseorang =). insyaAllah, teruskanlah pembacaan anda ya :)

Hati kenalah jaga kerana ia adalah wadah rebutan di antara malaikat dan syaitan. Kedua-duanya berlumba-lumba mengisinya. Jiwa yang bersih, malaikatlah yang mengisinya dengan iman, ilham dan pimpinan insan. Jiwa yang kotor, syaitanlah yang mengisinya dengan was-was, keraguan dan kekufuran.
 

(Status Mohd Fadli Yusof pada April 25, 8:26pm) 
...

Maksud Sabda Rasulullah ﷺ, “Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, kalau baik daging itu maka baiklah manusia, kalau ia rosak maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati” (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Nukman bin Basyir)

Hati ibarat raja dalam kerajaan diri yang memerintah. Bila syaitan dan nafsu menjadi penasihatnya, kederhakaanlah yang terjadi memenuhi kerajaan diri.

Sebaliknya, bila malaikat penasihatnya, atau hati yang murni, sudah bersih, tentulah ketaatan, kepatuhan, ketertiban yang terjadi, memenuhi kerajaan diri, yang dilaksanakan oleh rakyatnya, iaitu jawarih (jasad/fizikal) yang dapat dilihat oleh mata.

Bila hati baik dan bersih, hati yang baik dan bersih itu akan mendorong mata melihat hanya perkara-perkara yang baik, telinga akan taat, hanya mendengar perkara yang halal dan baik-baik sahaja. Perut hanya menerima makanan yang halalan taiyiban, hasil dorongan hati yang baik. Segala jawarih akan terjaga dan terpelihara dari perkara-perkara mungkar, kerana hati yang telah baik, taat dan patuh dengan perintah-perintah Allah Yang Maha Baik.

Sebaliknya pula, jika hati jahat, tidak beriman, ia akan dorong mata buat maksiat, melihat perkara haram dan lucah. Ia akan dorong pula telinga mendengar umpat dan keji, dengar berita bohong dan fitnah. Lidah pula akan berkata bohong, lucah, mengumpat dan memfitnah. Kaki akan melangkah ke tempat-tempat maksiat, jauh sekali nak melangkah ke masjid...segala fizikalnya terarah kepada kejahatan, hasil dari arahan hati yang jahat tidak mahu beriman tadi.
Oleh itu, jagalah hati, kerana ia hakikat diri, bahkan menjadi raja di dalam kerajaan diri.
Hati yang menjadi raja kerajaan diri itu ibarat wadah (bekas), untuk diisi sesuatu yang indah. Ilmu, ilham, hikmah, taufik dan hidayah dari Allah, Tuhan yang Maha Menganugerah.

Allah tidak akan mengisi ilmu, ilham, hikmah, taufik dan hidayahNya dalam wadah yang kotor. Mana boleh barang yang berharga diletak ke dalamnya, selagi belum bersih. Bekas yang kotor hanya layak diisi dengan benda yang kotor. Macam tempat buangan sampah, segala kekotoran dilempar kepadanya.

Berhati-hatilah menjaga hati, bersihkan ia selalu dari mazmumah (sifat-sifat terkeji) yang melulu. Gilaplah ia hingga bercahaya, agar layak ia menampung anugerah dari Al Khaliqur Rahman. Yang berupa iman, hidayah dan taufik, ilmu dan hikmah, serta lain-lain lagi yang tidak ternilai harganya.

Anggota lahir dengan yang bathin (hati atau roh) pasti ada kaitannya. Jasad lahir ini adalah sarang sementara bagi roh, yang mana jika roh meninggalkan jasad, pastilah jasad itu akan dipanggil mayat. Doktor yang merawat penyakit lahir menyuruh menjaga hati yang lahir, serta lain-lain anggota, agar sentiasa sihat dan berfungsi dengan baik. Tetapi yang lebih penting dari itu, kita disuruh menjaga hati yang bathin, yang disebut sebagai jismullatif, yakni benda halus yang bersifat maknawiah atau abstrak. Iaitu tidak dapat dilihat oleh mata kepala tetapi terasa akan adanya...

Inilah yang dimaksudkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud: “Mereka bertanya kepada engkau wahai Muhammad tentang roh. Hendaklah engkau katakan kepada mereka, ‘Roh itu adalah urusan daripada Tuhanku’...” (Al Israk: 85)

Lazimnya manusia sangat memberi perhatian dan mengawasi kesihatan fizikal. Pengawasan dibuat dengan seribu satu macam cara. Apabila mengalami sakit atau sebarang gangguan, biasanya tanpa lengah lagi manusia akan segera menemui doktor. Andainya tidak berkesan daripada rawatan biasa, berpindah pula ke doktor atau rawatan pakar.

Anehnya, tidak demikian sikap manusia dalam menghadapi penyakit hati atau rohani. Sama ada manusia mengambil sikap terus tidak peduli langsung atau mereka memandang remeh terhadap persoalan hati atau roh. Padahal kesan dan akibat daripada penyakit hati atau roh bukan sahaja mencetuskan berbagai kejahatan dan kemungkaran malah akan diseksa di Neraka Allah SWT di Akhirat kelak, wal’iyazubillah.

Mari kita lihat betapa dahsyatnya penyakit hati berbanding penyakit yang lahir atau bersifat fizikal...
 

  * Penyakit lahir walau bagaimana teruk sekalipun, ia hanya merosakkan badan, tapi penyakit roh atau hati menghancurkan apa yang ada di dunia ini.
    * Penyakit badan kalau sudah teruk sangat, membawa mati badan, tapi penyakit roh atau hati membawa matinya iman dan Islam.
    * Penyakit badan sakitnya tidak kekal, tapi penyakit roh atau hati seksanya kekal abadi.
    * Penyakit lahir hanya manusia yang benci, lebih lagi jika penyakit yang nampak dikulit, seperti kudis, kurap, berbau busuk dan lain-lain, tapi penyakit batin Allah benci.
    * Penyakit lahir menguruskan badan, tapi penyakit batin menguruskan iman. Bila iman kurus, maka kuruslah amal, banyaklah derhaka.
    * Penyakit lahir tidak dipandang hina oleh Islam, malah dapat pahala dan boleh masuk Syurga jika sabar dan redha, tapi penyakit batin dipandang hina.
    * Penyakit lahir tidak sampai hilang kepercayaan orang, tapi penyakit batin sampai menghilangkan kepercayaan orang.
    * Penyakit lahir tidak membawa permusuhan, perpecahan dan peperangan, tapi penyakit batin membawa pergaduhan, perpecahan dan peperangan, kerana di sana ada dendam, hasad dan dengki, ada ego sombong takabbur.

Jarang manusia perasan penyakit-penyakit batin, malah tidak pernah memikirkannya, kerana selama ini kita hanya diajar untuk jaga fizikal, tidak diajar menjaga hati.
 

Salah satu cara mengesan apakah kita sudah terkena penyakit batin, sebagai perbandingan agar mudah difaham, jika penyakit lahir, seperti demam, kita tak lalu atau tak selera nak makan. Begitu juga penyakit batin, kita tidak selera nak beribadah kepada Allah. Jika rasa malas beribadah, itu tandanya penyakit batin sedang subur dalam diri kita...bahaya!

Oleh kerana pentingnya hati dan roh, maka ia hendaklah dijaga sungguh-sungguh, caranya...

Sebagaimana kita beri jasad fizikal makanan yang cukup, berkhasiat dan berzat, wajiblah kita memberi makanan yang cukup untuk jasad batin kita, roh atau hati. Makanannya ialah solat, zikrullah, membaca Al Quran, tasbih, tahmid, selawat, melihat kebesaran-Nya melalui pemandangan dan mengingati mati.

Berilah ia pakaian iaitu dengan sifat-sifat taqwa.
Jauhkan hati itu dari sebarang penyakit seperti marah, bakhil, pendendam, sombong, riyak, ujub dan sebagainya.

Pernah suatu ketika, seorang pesakit datang kepada seorang arif, Sofyan r.m. Pesakit itu bertanya kepadanya, "Ya Sofyan, aku ini menderita penyakit jauh dari Allah Taala. Tolong beri aku ubat penyembuhnya, ya Sofyan..."

Sofyan r.m, ulama yang arif itu lalu berkata kepadanya, "Ya saudaraku, hendaklah kau mengambil beberapa buah akar KEIKHLASAN, daun-daunan KESABARAN, dan perahan KERENDAHAN HATI.

Letakkan semua dalam wadah KETAQWAAAN, lalu tuangkan ke dalam cairan RASA TAKUT, kemudian adun dengan api KESEDIHAN.

Saringlah dengan saringan KEWASPADAAN dan kemudian ambil ramuan itu dengan tangan KEJUJURAN, lalu minumlah dari gelas ISTIGHFAR yang telah dicampurkan dengan air KESOLEHAN.

Sesudah itu jauhkanlah dirimu dari RAKUS dan SERAKAH, InsyaAllah dengan izin Allah Taala, engkau akan SEMBUH dari penyakitmu itu."

Sofyan At-thauri r.m didatangi orang untuk merawat penyakit batinnya, yakni sifat-sifat mazmumah yang terkeji. Amat jarang orang di zaman kita ini mencari guru atau ulama untuk merawat penyakit batin, yang banyak cari ubat kuatkan tenaga batin (yang masih dalam kategori penyakit lahir).

Ertinya, merawat penyakit mazmumah batin itu dengan iman, dengan taqwa. Jalannya mujahadah dengan nafsu.

“Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah beserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69)

محمد فضلي بن يوسف

08 Jamadil Akhir 1432H

12 Mei 2011

Silakan share

(Jika ingin kongsikan di blog, atau di copy paste ke nota anda, sila nyatakan nama saya dan buat pautan ke FB saya, agar saya mudah menjawab segala persoalan yang timbul dari artikel ini. Link terus ke FB saya: http://facebook.com/mfadli11 atau ke note ini, http://www.facebook.com/notes/mohd-fadli-yusof/berhati-hati-menjaga-hati/10150247604411719)

Berumrah bersama kami - Bimbingan dan tarbiyah sepanjang jalan. Rabbani Travel & Tours Sdn Bhd, hubungi saya 012-4962812, Mohd Fadli Yusof.

Sunday, May 29, 2011

Penat dengan setiap dilema & pilihan.


Bismillahirrahmanirrahim..

"Ya Allah, hati ini sentiasa resah, mencari dan mencari, menghitung setiap detik perjalanan dengan sejuta rasa yang membeku di dalam dada. Adakah hambaMu ini sudah benar-benar memilih? Tunjukkan ya Allah, tunjukkan ya Allah, tunjukkan ya Allah....... HambaMu penat terus di buru rasa bersalah,, penat Ya Allah, penat... Hanya kepada Mu saja hambamu mohon petunjuk ya Allah.... Tunjukkan hambaMu ini jalan yang terbaik."

Thursday, May 19, 2011

Mohon Maaf atas segala silap & mohon di doakan =)

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Di kesempatan ini, Najwa mahu mohon maaf, beribu-ribu dan jutaan kemaafan, jika ada yang tersinggung, terguris, terasa, terluka, kecewa sebab sikap dan perangai Najwa, mohon maaf.....sangat-sangat!! Mungkin ada yang agak tidak senang dengan kata-kata or perlakuan kasar Najwa Binti Haris.. Maaf ya ^_^, ala...0-0 la ya? =) hehe.
Dan satu hal lagi, Najwa minta halal, yang Najwa makan, minum, samada sengaja mahupun tidak sengaja... mana tahu kan.... kunyah punya kunyah, ek?? siapa punya ni?? hehe...Halalkan ya?;), jgn lupa..

Last but not least, mohon di doakan untuk exam final Sem III ni, start 23-27 Mei 2011. Doakan di mudahkan menjawab soalan, di mudahkan memahami soalan , di beri kesihatan yang secukupnya sepanjang minggu exam.... Paling penting ;), heee... di beri keputusan yang setimpal dengan usaha......(Kalau tidak setimpal tapi dapat lebih, boleh juga doakan... ehe, manatau rezeki kan =))heheh. Jangan lupa doakan ya=). Ala.... ndak rugi pun... malah sama-sama untung.... Kita doa untuk orang or kawan, doa tu kita  juga dapat kesannya... Kita doakan orang...malaikat doakan pula kita ;). Na....ndak mau?? hehe. Doakan ya.... =)

Ok.... tu ja, illalliqo'maa'ssalamah =)

Tuesday, May 17, 2011

Ukhti

Asalamualaikum ^_^

Erm, nukilan kata kali ni tiba-tiba lahir dari hati saat suatu hari saya selesai solat dan ternampak akak-akak ex-Usrah, walaupun saya ndak join usrah lama lagi, tapi, ukhuwah yang tersemai ndak mungkin dapat di putus, sebab ukhuwah tu terpatri di hati biar macamna pun cuba di hindari =). Saat saya lihat akak tu, hati saya tenang, jiwa saya keliru, tapi, moga Allah bukakan jalan terbaik untuk di terokai. =)



"Buat ukhti"

Saat terpandang wajahmu, hati berdetik mengatakan, indahnya...
Indahnya kau pada kesederhanaan yang kau miliki.
Tatkala menatap wajahmu,
hatiku berkata,
Kau menilai kecantikan dari sudut yang berbeza,
Kecantikkan yang kau miliki bukan pada wajah yang di lapisi bedak tebal,
bukan pada krim-krim muka yang memutihkan kulit,
Bukan juga pada eye liner yang menonjolkan susuk mata.
Kau....cantik..
Sebab kau sederhana,
akhlakmu indah,
Senyumanmu ikhlas keranaNya,
Dalam penat kau melayan senyumku,
Kau nampak tenang,
Hatimu di penuhi cintaNya,
Sayang dan kasihmu padaku hanya untukNya,
keikhlasanmu, 
menambat hatiku,
aku akui, aku senang bersamamu,
Cuma takdir tidak membenarkan langkah kita seiring bersama.


Aku jadi bingung dan keliru,
sekelilingku sepertinya tidak melihat kecantikan itu dari sudutnya yang sebenar,
Mungkin aku juga begitu?
Hatiku menjadi berbelah bahagi,
Dalam mindaku,
ku rasa, sekelilingku hambar, manusia berlumba-lumba kelihatan anggun di mata sang jejaka yang bukan sah miliknya, jiwaku berkecamuk.
Adakah lorongku betul??
Namun aku yakin, Dia pasti punya jawapannya...

Sebelum melangkah ke luar surau,
Aku sempat bermonolog di dalam hati,
"walau jasad tidak bersama, semangat dan keanggunanmu menjadi teladan fikrah kemuslimahan dalam diriku"
Ku doa kau bahagia,
bersama ukhti-ukhti yang lain =).
walau jalan tidak serupa, tapi tujuan kita tetap sama.
Lillahitaa'la....


Nukilan rasa ; Najwa Haris

Bila diri tidak seperti apa yang kau fikirkan

Bismillahirrahmanirrahim
Asalamualaikum.
"Jika aku bukan aku yang kau fikir dan harapkan"

Saat diri bertatih berdiri menongkah arus kederasan duniawi,
kau menemani,
Tapi bukan menemani untuk mendepani, cuma menemani untuk melaluinya secara berdikari,
kau mahukan yang sempurna,
kau inginkan yang kudus tanpa silap walau sebesar zarah,
Aku bermonolog sendiri..
Kau mahu yang bagaimana?
Yang perfect tanpa cacat cela??
Yang boleh mengungkap tapi tidak menyingkap naluri yang tersembunyi?

Jangan kau silap..
Penilaian manusiawi lemah,
pancaindera yang Dia beri belum tentu bisa menembusi rahsia yang terkandung dalam diri,
hanya saja, Dia yang lebih mengetahui,
Hakikat kerahsiaan roh dan rahsia hati yang tersembunyi.

Namun usah gusar,
Normallah kita sebagai manusia yang banyak tertipu dengan pandangan mata ini,
Hatta nabi Ibrahim turut ingin melihat Tuhan dengan matanya sendiri,
ternyata,
mata tidak bisa melihat secara menyeluruh.
sehingga kadang, ia kabur dengan fitnah yang di sembur manusia.

Tatkala diri,
bukan seperti yang kau fikirkan,
jangan kau cerca,
kau turunkan martabatnya seolah-olah dia tidak akan naik kembali,
sama-sama beringat,
ku sedar, bukan manusia andainya harus terus menerus betul tanpa silap.

Nukilan tak terkata; Najwa Haris 

Allah, Rasulullah dan Family ku =)

Bismillahirrahmanirrahim

Asalamualaikum w.b.t

Melabuhkan tirai kerinduan terhadap keluarga :)

My parent always the strong element that make me feel enthusiasme in my life. No one can replace!




Naughty young brother who makes me laugh, always! Make me cheer in anger. But one thing, he a little bit lazy in study, for you my brother, good luck in PMR this year. Don't consume too much time in playing 'games'.. Remember what mom said ;).
Ladies in the HousE....!! Clean our house, make it always clear n condusive.... Cheer!! Young sist, don't just sit and look at our old sist doing work.... you're big enough.... Good Luck in SPM this year ;). Be a doctor or nutritious ;). U're just cool if u know how to make urself cool ;).

"My family"

Dalam menerjah alam penuh pancaroba,
Ku mengintai beberapa pintu yang mencerminkan persepsi kehidupan,
Ku tercari-cari kasih sayang yang boleh membuatku tersenyum bahagia saat duka menewaskan kekentalan jiwa,
Ku menilai,
Ku lihat ramai terpedaya, 
Mengatakan cinta sang lelaki lah yang boleh membuatmu tertawa saat kesedihan melanda,
Rupanya...
Silap membuat perhitungan, 
Saat apa pun, yang hanya bersama meraih simpati bersulam empati,
Only Allah...dan tidak lupa, keluarga yang setia menemani diri yang terkadang sepi.


Bergantung pada Allah,
Jiwa tenang dan hati puas merasa sentuhan kalbuNya.

Allahu'alam.
illalliqo'maa'ssalam =)

Wednesday, May 11, 2011

Resahnya Sang Hati yang Teruji

Bismillahirrahmanirrahim.



"Bersabarlah wahai Hati"

Wahai secebis daging yang selalu membantu menggambarkan rasa,
Tidak kiralah marah. sedih, kecewa, gembira, hatta bahagia sekalipun engkaulah cerminannya,
Wahai secebis daging yang selalu menjadi punca resahnya jiwa,
Tenanglah engkau dalam dakapan iman yang baru di baja..

Wahai secebis daging,
Hari ini aku sudah mula menongkah arus kedewasaan,
Aku melihat panoramanya berbeza,
Penuh warna dan kadang gelap hilang punca cahaya,
Wahai secebis daging,
Kekuatan dan kesabaran yang ku tahan semakin tipis terhakis,
Lantaran dilanda arus yang vice versa dengan kebenaran..

Ku mencari kekuatan!
ku selongkar kitab-kitab pengukuh iman,
Hasil tangan Fatimah Syarha, Kitab-kitab keluaran PTS, semua ku buka,
Namun ku akui, tanpa teman yang juga utuh pada paksi yang sama,
Aku rapuh....
Terbelenggu antara fantasi dan kehidupan realiti..

Adakah aku harus berpijak pada 'Prinsip'??
Saat aku sendiri menyaksikan, sahabatku berubah secara drastik lantaran di landa ribut kemaruk cinta fana manusia?
Aku bingung dan sedikit bimbang, adakah aku juga akan mengalami perkara serupa?
Saat sahabat yang dulunya teguh dengan pendirian..
"InsyaAllah....kita tekad, bercinta lepas nikah ya =)"..
Kini??
"Hubby..... tidur ka tadi?huhu".
Hubby: "sori.... iya....tertidur Aby..."
Bukan menyalahkanmu wahai sahabatku, bukan mendiskriminasi cinta dan hubunganmu, 
Siapakah kita untuk menolak cinta yang datang tidak berundang,
Tapi cukuplah dengan kau berusaha memelihara maruah dan harga dirimu,
Mungkin....
Gelombang ini terlalu kuat untuk di rentasi, 
kerana ia bukan stakat ilusi,
ia satu ujian realiti pasti yang terpaksa kau tempuhi.

Astaghfirullah...!
Sabarlah kau wahai secebis daging!
Jangan biar tuan badan teruji, resah!
Merasakan benda itu salah, tapi terpaksa bungkam lantaran menerima realiti!.
Kaku lidah,
bergetar rasa hati, 
jiwa remaja ingin mencuba sesuatu yang belum pernah di temui,
Adakah diri mampu bertahan?
Itulah jawapan yang belum dikenalpasti.



Ya Allah, kuatkan secebis daging yang ada pada jasad dan rohku,
Teguhkan iman dan pendirianku.
Biar secebis daging ini dipenuhi cinta padaMu selamanya,
dan pertemukanlah secebis daging ini dengan pemiliknya yang sah,
Yang mana sama-sama merafa'kan cintanya padaMu.
La haula wa la quwwata illa billah,
Ku mohon kekuatan Rabb, 
kuatkanlah hati 'kami'
sebelum disatukan untuk lebih mencintaiMu..
amin.



Hasil nukilan rasa; Najwa Binti Haris