Saturday, January 22, 2011

Diet ikut jenis darah??


Bismillahirrahmanirrahim

Tinta buat informasi & transformasi :)

hehe....
(untuk golongan wanita & mana-mana yang berminat la ea)

DARAH JENIS A :

* Elakkan pengambilan daging merah seperti daging ayam, burung, dan itik. Untuk mula berdiet belajarlah untuk makan ikan beberapa kali seminggu dengan cara ianya direbus mahupun dibakar. Anda DILARANG sama sekali untuk mengambil makanan diproses seperti sosej, daging, burger, bebola daging & sebagainya kerana ia mengandungi nitrat yang boleh menyebabkan kanser perut. Situasi ini lebiih mudah berlaku terutamanya kepada mereka yang mempunyai kadar asid yang rendah dalam perut.

* Hadkan pengambilan makanan laut. Yang penting, JANGAN ambil makanan laut yang lain jika anda telah memakan ikan. Jika makanan ini di campur, ia akan menyebabkan pengeluaran lektin.

* Makanlah kekacang selalu! Mengamalkan pengambilan kekacang akan membekalkan protein yang diperlukan tubuh memandangkan pemilik kumpulan darah ini tidak memperoleh sumber protein mereka dari makanan lain seperti daging.

* Jika anda mengambil sayur-sayuran dalam diet anda, bagus sekali! Walaupun begitu, anda digalakkan mngambil sayur secara mentah. INGAT! ada juga sayur yang harus anda elakkan kerana ia mengandungi lektin seperti tomato, keladi, ubi kentang, dan kubis.

DARAH JENIS B:

* JAUHI makanan laut yang mempunyai cengkerang seperti kerang dan siput kerana ia mengandungi lektin yang mengganggu sistem imunisasi tubuh. Elakkan juga tiram dan ketam.

* Beruntungnya anda mempunyai darah jenis ini kerana kalian boleh menerima semua jenis produk tenusu dan telur. Mahu tahu kenapa? Ini disebabkan kandungan primer gula dalam antigen darah B adalah sama dengan kadar gula dalam susu.

* KALAU BOLEH, gunakan minyak zaitun sahaja untuk memasak kerana ia membantu melancarkan sistem penghadaman. Minyak jenis lain? Tidak berkesanlah!

* ElAKKAN kacang. Ia mengganggu penghasilan insulin dalam tubuh.

DARAH JENIS O :

* Bagusnya berdarah O kerana anda tidak mempunyai masalah untuk menikmati sebarang jenis daging.

* Makanan laut terutamanya ikan juga boleh diambil tanpa sebarang masalah kerana minyak ikan amat baik untuk kesihatan.

* Sumber protein boleh didapati daripada kekacang.

* Pilih sayur berdaun hijau kerana ia kaya dengan vitamin K. Jangan pula kamu lari dari sayuran hijau. Tak elok!

( Peter D'Adamo, ND)

Allahu'alam :)

Illalliqo'

Thursday, January 20, 2011

Dari hati hamba

Bismillahirrahmanirrahim

~ Tinta dari hati hamba ~

Rasa takut sangat nak tidur malam ni.

Rasa risau..

malam dah lanjut, bapa pun dah pesan,

"kalau dah tahu mau jalan esok pagi, napa nda tidur awal...."

Hurm...

bukan tak boleh tidur sebab ada penyakit 'susah tidur malam'..

Tapi Najwa teringat tentang semua perlakuan Najwa hari ni,

Najwa rasa lebih banyak buruk dari baiknya.

(+_+)

hari ni, Najwa jumpa teman lama Najwa...

Fatin Nazeera... Nana... Walida....

Erm... Sxon..... terima kasih sangat kat Sxon sebab tolong Najwa buat kertas kerja pertandingan nasyid. Sxon jugak yang tolong fax.... huhu, bertuah juga ada sahabat cam Sxon. (:

Yang buat Najwa rasa tak sedap hati malam ni.

Najwa rasa Najwa banyak meng 'ghibah' kawan hari.
Kawan yang sepatutnya, Najwa bimbing dia, bukannya hanya berani cakap belakang tentang dia.

Kawan Najwa baik orangnya. Pemaaf.. jujur...
Tapi, mungkin, kerana satu khilaf dia, Najwa dah tak berapa nak setuju ngan dia..
(+_+)

Ya Allah...ampunilah hambaMu ini.

Kadang Najwa fikir juga, napelah....aku takda kekuatan untuk tegur and berterus terang!
(pujukan di hati ~~~ "selemah-lemah iman Najwa~~~")
Tapi!dalam masa yang sama! Najwa ghibah!

Tulah manusia! bila dah terlanjur kata, baru nak nyesal!
Isk! buruknya perangai Najwa!.

Ya Allah, hambaMu mohon sangat, peliharalah hati hambaMu ini..
Seterusnya, peliharalah lisan hambaMu ini ya Allah....


Then, yang buat Najwa tak boleh tidur tu,
Najwa rasa Najwa khianat ngan diri sendiri.
Hipokrit!!

Najwa...
(something yang x boleh display)
Najwa dah buat sesuatu yang Najwa rasa tak patut.
adalah tu, tak boleh nak share kat sini.
huhu (+_+)

HambaMu takut untuk tidur ya Allah,
takut sangat untuk menghadapMu dalam keadaan hati dan jiwa yang penuh dosa.
takut untuk menghadapMu dalam keadaan yang tidak bersedia.
takut untuk menghadapMu dalam keadaan tidak tenang & bergelumang dosa.
HambaMu takut ya Allah....

Jika nyawa hambaMu ini di ambil malam ini ya Allah,
ampunilah segala dosa yang telah hambaMu lakukan ya Allah..

Astaghfirullahaladzim...

(+_+)

Illalliqo'

Monday, January 17, 2011

Tinggalkanlah yang haram, Allah akan menggantikannya dengan yang halal.

Bismillahirahmanirrahim.

Tinta buat diri & teman ~

Jom kita sama-sama hayati kisah ni :)

TAUBAT SEORANG LELAKI

Suatu malam yang hening, kelihatan seorang lelaki berjalan-jalan di sekitar Madinah dalam keadaan lapar. Dia berhenti di luar sebuah rumah kerana terhidu bau makanan. Imannya belum cukup kuat untuk membuat pertimbangan yang waras dalam menyuluh tindak tanduknya, kerana terliur dengan makanan itu, dia menyusup masuk kedalam rumah tanpa izin tuan rumah tersebut.

Melihat makanan yang menyelerakan di satu sudut rumah, dia segera mencapainya, tetapi tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Kata-kata yang di dengarinya daripada rasulullah s.a.w dalam satu majlis ilmu di Masjid Nabi siang tadi terlintas di benaknya. Rasulullah berpesan, "Barangsiapa meninggalkan yang haram dia akan mendapat yang halal." Mengingatkan kata-kata itu, dia tidak jadi untuk mengambil makanan tadi. Dia hendak segera beredar, tetapi ada godaan lain pula.

Telah terlihat olehnya barang kemas. Kalau dia ambil, tentu tidak ada siapa tahu. Segera barang kemas itu digenggamnya. namun sekali niat jahatnya di matikan. Teringat lagi dia kepada pesan Rasulullah s.a.w " Tinggallah yang haran dapat yang halal". Diletak kembali barang yang berharga itu. Haram mengambil barang milik orang lain.

Namun sebelum dia beredar.....datang lagi satu godaan yang lebih besar. Dadanya berdebar kencang apabila melihat seorang wanita cantik sedang lena tidur di kamar peraduannya. Pintu kamar itu dilangkah masuk. Wanita itu dirapati. Tangannya menggeletar, peluh memercik membasahi tubuh. Nafsu membisikkan kata-kata indah untuknya. Berlaku perebutan nafsu dan bisikan kata-kata Rasulullah s.a.w, "Tinggallah yang haram, akan dapat yang halal. Akhirnya dia beristighfarr dan perlahan-lahan beredar.

Berkat pesanan Rasulullah s.a.w yang melekat disanubarinya, dia berjaya mematahkan keinginan nafsunya. Kelegaan yang amat sangat terasa di hatinya apabila keluar dari rumah tadi dan kemudian memijakkan kaki di Masjid Nabi. Kerana berjaya dalam peperangan sengit mengalahkan nafsu yang mengajak kepada yang haram, dia diberi ketenangan yang luar biasa oleh Allah SWT. Seketika kemudian, subuh tiba. Selepas solat subuh berjemaah, lelaki itu merebahkan diri di masjid kerana terlalu mengantuk akibat berjaga semalaman. Apabila matahari telah meninggi, seorang wanita datang bertemu dengan Rasulullah s.a.w di masjid. Dia mengadu rumahnya dimasuki orang.

Dia takut diganggu lagi, lalu memohon mendapatkan seorang pengawal yang dapat menjaga harta bendanya. Setelah di tanya, rupanya si wanita itu seorang janda. Baginda memandang sekeliling kalau-kalau ada orang yang dapat menjaga wanita itu.

Melihat lelaki yang sedang lena di suatu sudut masjid, baginda menemuinya. Ditanyakan siapakah gerangan dan adakah dia telah beristeri. "Saya seorang duda," jawab lelaki itu yang hidupnya kurang terurus selepas kematian isterinya. Baginda bertanya apakah kedua-dua janda dan duda itu bersetuju untuk dijodohkan.

Mereka berdua tersipu malu. Kerana terharu dengan pilihan Rasulullah s.a.w dan teringat perbuatannya malam tadi, lelaki itu tidak dapat menahan diri daripada menangis lalu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di rumah wanita tersebut. Lalu, dia bertaubat. Akhirnya Rasulullah s.a.w berkenan menikahkan lelaki dan wanita itu dengan disaksikan oleh para sahabat. Demikianlah berkat meninggalkan yang haram, dia mendapat yang halal sebagai gantinya. Kini, wanita cantik itu dan segala di dalam rumah itu menjadi halal baginya.

Begitulah kisahnya...


InsyaAllah.. pedoman buat diri kita juga...

Illalliqo' (^_~)

Tinta buat Hati




Tinta buat diriku

Erm....

Hari ni, saya nak tanya sikit la kan,
macamana nak dapat hati yang benar-benar bersih dari kemaksiatan?

Yalah, secara jujurnya, hati Najwa pun bukan selalunya bersih,
kadang ternoda juga....
dari pandangan yang tak terpelihara, dari telinga yang selalu "terayat" ngan lagu-lagu jiwang....
Hurm.....
maybe, kat sekolah dulu, senang la sket.... lagu2 yang Wan Zai & Hisyam pasang pun,
lagu nasyid, asmaul husna....bacaan Quran...

Huhu~
Susah juga memelihara hati...

Pastu, kadang-kadang, terdetik juga kat hati, nak sms orang-orang yang kita suka,
nak borak-borak kosong....

Ya Allah, jika Engkau tidak menguatkan imanku, tentu aku dah buat semua tu tanpa batas.

Tapi, saya tahu, kalau saya buat semua tu,
zina tu sejengkal ja ngan saya.

Ada juga teman2 (yang lelaki) yang minta-minta number,
maybe nak kenal lebih dekat kot,
(ke nak kenakan kaum hawa ja~ allahu'alam)

Ya Allah, sekali lagi, bentengilah hambaMu ini dengan rasa malu.

Ya, alhamdullilah...
Syukur sangat-sangat malu tu still ada dalam diri.

Saya cuma nak pegang prinsip
"Jujur & setia pada bakal suamiku"
Ya Allah,
peliharakanlah hambaMu ini.

******
Nak share sket la.

hari tu, waktu Najwa mau pi Sembulan, Najwa ternampak sekumpulan remaja lelaki.
(dalam hati, budak semenanjung kot~) ya lah, pemakaian & gerak laku dorang macam dorang tak familiar ngan Sabah ni.

Apa yang Najwa mau crita,
muka dorang, SubhanAllah....
Bercahaya-cahaya, berseri, macam ada Nur,,,
Dah tu, tengok dorang ja, Najwa tahu, dorang memang orang yang selalu solat malam.
(mesti tanya, camana tahu? ek... naluri Najwa~)

Pastu, terdetik kat hati Najwa,
layak ke aku untuk dapat lelaki-lelaki soleh camtu?
Huhu,
Sedihnya....
(+_+)
Bila nilai kat diri sendiri balik,
Najwa rasa tak layak sangat,
jiwa makin nakal,
tak tau napa.

ya Allah, perbaikilah luar & dalam hambaMu ini..

Hanya Allah saja yang mengetahui,
Hanya Allah saja yang mengatur hamba-hambaNya.
berikanlah hambaMu ini yang terbaik ya Allah.
Hanya padaMu hambaMu meminta-minta.

Illalliqo'



Saturday, January 15, 2011

Tinta Buat Teman

Bismillahirrahmanirrahim

~Tinta buat teman ~









Ukhuwah itu di hati,
Walau bersendirian ia pasti menemani,
Bukan di musuhi tapi di sayangi,
bukan dilupai tapi diingati,
setiap yang manis mampu dikenangi,
Walau tiada di mata, ia hadir bila dirindui,
kerana asasnya, ia kekal di dasar hati,
Bukan hanya di sini, tapi dimana jua,
bukan setakat ini, tapi hingga hujung nyawa,
salam ukhuwah, salam rindu jua kerana Allah :)
Illalliqo'.

Friday, January 14, 2011

Mimi, Sxon


Bismillahirrahmanirrahim..



buat teman-teman baik ku yang kini jauh dari mata...

Doaku mengiringi kamu ~`