Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011
Bismillahirrahamanirrahim

" Kerana Mu Ya Rabb, ku ikhlaskan "

Terpandang ke langit biru, hati bungkam. Mendongak ke siling rumah, hati berkuiz sendiri.  Badan di pusing ke kiri ke kanan. Persoalan yang menanti jawapan. Betulkah setiap langkah yang ana ambil ni? Adakah diri ana melawan arus ketentuanMu ya Rabb. Tatkala sahabat-sahabat ana sudah menadah ilmu di gedung knowlegde Universiti Malaysia Sabah, ana masih lagi menghitungkan detakan jarum jam, bilakah ana mau pi sambung belajar ni? Ya, memang ana dah dapat tempat, ana dah buat passport, visa dan hanya tinggal terbang sahaja lagi ke Tanah Jakarta Republik Indonesia, tapi... sedikit sebanyak, penantian itu menggugat keyakinan dan menimbulkan prasangka yang tiada berkesudahan. Astaghfirullah.. jauhkanlah hati hambaMu ini dari keraguan, tetapkanlah ia pada "niat dan pendirian".

Sahabat-sahabat ana ada juga yang mengkuiri keputusan ana, "betulkah mahu jadi doctor ni?", " oh... ndapa... orang banyak dui…
Bismillahirrahmanirrahim


"Benarkah cintamu"


Dalam sederap tapak kaki, tersembunyi seribu satu pengalaman. Mungkin bagi sesetengah pihak, itu hanya satu nukilan perasaan kemanusiaan yang di gores sekali dengan emosi,namun, hakikatnya, hati jua lah yang memiliki rasa.

Ibu

Tatkala lisan kita mudah menutur kata, "mak, Cah nak kawen". "Ape Cah? Cah tu mude lagi.. belajar la dulu... cari duit untuk mak ayah dulu..." jawab si ibu."Tapi mak... Cah kawen waktu belajar dulu, mak tahu jugak kan..Cah suke sangat dah ngan Mirul tu..." Jawab si anak mendesak. "Mak bukan tak bagi kawen Cah.. cuma mak risau..kawen tu bukan semudah yang Cah sangka tau" balas ibu Cah dengan nada risau.

Bila lisan ibu menutur kata, haruskah kita bersuara?
Yakinlah,
pasti ada firasatnya yang tidak kita ketahui :) Beliau membela kita sedari kecil, mana mungkin dengan mudah menyerahkan anaknya pergi. Pasti ada segumpal kemelut untuk bertarung dengan perasaannya sendiri.

[namu…