Sunday, September 27, 2015

Rapuh






XXXXX

Pernah tidak. Rasa. Kering hati?
Hati.
Kering.

"I need some refresher" sigh*

Lapang. Mohon hadirnya di hargai :)



1st batch


As-Saba': 36, 39. :) Alhamdulillah. First batch. Siap! Esok adek akan angkut ke tempat yang wujud 'orang-orang macam aku'. (Means?) -- Sebelum ni. Kalau kawan-kawan aku business tudung ka, baju ka. Diorang akan cari aku. Ha ha ha ha. *You know what I mean* ='D  
'Disebabkan orang macam aku lah. Business kawan-kawan aku maju tau. Jangan memaen'. Haha.

*

But now. I'm not the shopper anymore. Hii. Let see how far this will go :) #Lahaulawalaquwwataillabillah.. 

Yang namanya rezeki itu. Tertulis nya pasti. Ketentuannya lah yang masih kabur, sebab kita tidak akan pernah mampu melihat alam di hadapan yang menanti :)  Moga di rahmati. :)




1st batch Brooch
 Kakak aku. Kakak aku yang ambil gambar di atas :) 

Bapak ndak terkejut! Terer rupanya dia main photoshop ni. :D Boleh letak dia buat iklan ni nanti. Lol. Brooch tu. My mom and younger sister nya hasil tangan. Aku busy menenun di atas, diorang busy di bawah. Last-last, aku dapat tengok gambar ja. Ngahaha. Mau cepat nya pasal kan. Malas dah tangguh. Minggu depan surely hectic. So aku kena pulun habis the whole thing this week! Haiiiippppp!

Before
My room was once a lovely and calm place. Lol. It turn out disastaaaa~ lol. My mom pun complaint. "Yes mom. Dah siap semua. I'll clean it up k". Itu ja jawapan, setiap kali mom suruh kemas! Hua hua. 

*
Honestly. Aku selalu 'angan-angan' mat jenin mau buat business etc ni. Tindakan and kemahuan aku. Boleh kata 0%. Until I met kawan yang memang taiko business :) a.k.a Sifu da big boss aku. Lol. (*aku harap dia skip this post*) huhu. 
*
 Pada setiap yang tertulis. JADInya PASTI :) Dan pertemuan ini. Aku kira. Untuk push aku towards certain limit. Yang eventually, aku ndak pernah 'tergerak' untuk gerakkan. Lol. Moga Allah rahmati :) Yang namanya booster spirit aku ni :) Dream will always a dream, unless you work for it ;)

Tq bos! ;) 


PALING PENTING.

TQ pada mama (especially) and my sistass semua :) walau camana semangat aku, kalau diorang tiada dalam usaha ini. I'm nothing. Trust me. Cinta dan sayang milikNya :) Kita kongsi sahaja adanya :) aiwah!

*
Dan mohonlah ke Tuhan. Agar hati. Sentiasa di pasakkan pada kaki :) Paksakan ku tunduk sehingga mati~. *pinjam lirik Fynn Jamal jap* Ehe. 'Moga yang namanya niat ku terpelihara untukNya. UntukNya! UntukNya!'. Di setiap mudahnya urusan, Allah uji dengan keikhlasan. Dimana level kita? Aku? -- Jawabnya sendiri di hati. 







Baju cousin semalam. AliffLee. *Jangan tanya*. Berapa kali silap jahit. Silap potong kain. Silap ukur. 'Dugaan vs Cabaran'. I'm in between. Lol. Buat baju budak actually lebih challenging dari baju orang dewasa. Sebab, jahitannya cikenittt ja ya. Belum lagi yang baby boy 2 bulan tu. Huhu.  'Ndak sempat ambil gambar nya'. 3hb October in shaa Allah, boleh. Kenduri cukur jambul nye babu ku

Cuma.

Pada silap lah. Kita BANYAK belajar :) First attempt jahit baju budak ni. Memang pengalaman yang jangan pernah di lupa Najwa! Nanti budak-budak tu besar, diorang akan ingat, kau pernah jahit baju diorang. Hehe. And at least, kau dah tahu camana mau jahit baju anak kau nanti. Wahaaattt? - kbye. 

*
So. Officially finished today :) -- And malam ni, mom kau suruh kau buat kek buah nya, jahit tudung nya. Packing barang, sebab esok kau kena turun bandar. Kemas rumah, sebab kawan kau datang umah minggu ni! 'Aku tengok ja nanti macamana bengang kau boleh pegi' Wa ha ha. #lahaulawalaquwwataillabillah! 

*
Pada lapang yang Allah beri. Moga kita syukuri :) Tenang dan manfaati :) Sebab bila sibuk mendatang. Lapanglah yang kau cari. 'Nangis sedu'. 

*
Salam sayang de premis ini.
Moga berbahagia di harimu ;)

*
CatatanWawaHaris! 




Saturday, September 26, 2015

Story de mory 0247 PM!

Pada waktu yang di tikam dengan lambakan kerja. Aku mohon, kau perlahankan pergerakkan mu. Bagi aku space jap. Ya Allahurabbiii.. Ko dalam state, yang kalau tengah makan, dah habis makan. Kau boleh tertidur sambil pegang mangkuk tempat kau makan tu. luls. Terrible kind of tired

Dan sementelahan kau stress dengan lambakan kerja tu, family kau pun ikut kau stress sekali. Ngeng. Aku mungkin ndak ter pekik terlolong mintak bantuan. Tapi, lihat pada EKSPRESI WAJAH. luls. Tamparan malaikat is the best indicator untuk muka aku waktu stress. Subsequently, family kau la yang terpaksa hadap muka kau yang najehe' tu. luls.

But alhamdulillah! I'm DONE! n_n

Baju dua orang cousins aku dah siap. haiiip! Tukang jahit chipsmore tanpa sijil macam aku ni. Memang stress kalau orang letak 'expectation' untuk jahit lawa-lawa macam dekat kedai. Kuss semangat aku everytime aku make mistake. Lol. Bukan mudah tu! Oiiiiii. Either terpaksa ganti kain, atau tetas semula jahitan asal. Aku rugi paling besar dua benda ni kalau aku make mistakes, 1. Masa, 2. Tenaga`. Sedang banyak lagi station aku kena lawat. (Means, banyak komitmen lain. luls)*

*
Tapi. Tanpa cabaran. We will eventually not grow right? 'senyum paksa'

*
Okay :)

Alkisahnya, hari jumaat lepas (which is semalam). I went to Papar. Untuk bank in duit semua. And I took public transport. Sebab bapak dah guna kereta untuk hantar my younger sister pegi kelas. They don't even know aku turun Papar, luls. Sebab aku ndak rasa Papar-Bongawan tu jauh pun. Aku boleh tumpang-tumpang dan tumpang mana-mana public transport. And kaki jalan macam aku. Sebenarnya suka travel using public transport ni. Sebab, bila orang lain drive kenderaan, kau boleh mengelamun ke luar jendela, pasang angan-angan mat jenin kau. Luls.

*
So, waktu aku jejak ja KeretaApi Negeri Sabah tu. Aku ter jodoh dengan seorang kakak yang tidak boleh bercakap. Nye urang berunai, babau. Suara ada, but you can't grabbed each and every sentence. Dia tegur beg aku. Cantik katanya. (Kau jangan tanya aku, camana aku boleh faham apa yang dia cakap. luls. Ko ndak tahu, aku ada kebolehan luar biasa komunikasi menggunakan bahasa babau aku) -- Aku main 'teka-teka' dengan dia. Haha. Tabah ja kakak tu ya~! ='D

"Aaa Uuuu Eeee UUUUU" (Sambil tunjuk bahagian jantung and pundi kencing)

"Ohhhh~ Jantung laju?? Kencing sakit??"

*Tabah*

Dalam hati-- "Ih, Ya Allah, camana la kalau aku jumpa patient begini ni nanti tau. Ndak ka boleh salah diagnose ni nanti. lol" -- History from family and investiagation ada bha Najwa~ ok2.

Moral of the story. Be adaptive. Not everyone that come to you is normal. But treat them normally. 

*
Second place.

Mari sini. Aku story sikit tentang 'Kereta api LAMA Negeri Sabah'. Kalau aku marah sangat, aku mau kata kat Pak Jib. Duit 2.6 bilion tu, 0.5 bilion ndak perlu buang di  Pilihan Raya. Ni! Kereta api tempat rakyat jelata naik ni, boleh salur ke situ.

I'm not talking about the new one. The old one is what I'm emphasizing now.

Patut waktu aku masuk kereta api jak, aunty cina depan aku, sudah membebel in her english accent. " Why don't people seat? So dangerous ma..This is my first time using this train" -- Husband dia kat sebelah senyum-senyum ja ya. Sebab suara aunty tu boleh dengar for almost 2 gerabak. lol.

But it does make sense.

Bila gerak ja kereta api tu. Luruh jantung kau. Lol. Dia menyentak! dulu. Baru dia gerak . Dia sentak! lagi. Then gerak. For almost 10 minutes. Aku mau kata, "Kalau teringin naik roller coaster, ndak payah pegi jauh-jauh. Ni ja, naik old train, negeri Sabah. Yang paling best, yang ni, own risk. Tiada safety requirement. Tunggu nasib ja. Baik atau ndak. Sigh*

Kata kau. Fahami nasib rakyat. Mari sini. Cuba naik train ni bersama-sama rakyat. Mungkin* baru ada rasa. Kot* (Tidak tertuju pada Pak Jib sahaja. Ianya juga buat pihak ber WAJIB)

'Kau rakyat. Tahu complaint ja. Susah senang nya kau bukan tahu'

Mungkin. Mungkin lah ya. Na'udzubillah. They'll take note about rakyat marhaen ni, bila puluhan nyawa terkorban dek kereta api tergelincir. Ada jugak terfikir untuk buat surat aduan bertulis. Tapi mungkinkah?* Akan di layan? *Boleh di fikirkan* Sampai masa. Pihak-pihak 'sedar' boleh cuba membantu dalam hal ini kan.

Surat aduan bertulis boleh di terima. Kot*

And satu hal yang agak membingungkan*Kereta api BARU. Pelancong yang guna.~? Whatttt?  Rakyat memang second, third, fourth class is it?
*
So 20 minutes to 3 o'clock. 



Anak kepada cousin satu umur kau. Cousin yang kau pernah main bola, gusti, sunat-sunat. lol. waktu kecik-kecik. Sekarang dah ada anak comel. :) Mohon anak ini di cintaiNya :)

Sleepless night again. Selamat malam chenta de tata!

*

CatatanWawaHaris!

Thursday, September 24, 2015

Korban!

Felicia Yap?
 24.9.15. Aidiladha. :) Sambutannya. Alhamdulillah. As usual. Di rumah saja. Tidak busy. Santai. Tiada sebarang tekanan. Semuanya hanya tentang 'kebersamaan' kami sekeluarga. Every Eid pun, ndak kira la aidilfitri or aidiladha. Kebersamaan adalah salah satu yang kami satu family mahukan :). But kali ni. Agak*sunyi. Sebab si boy mama (Akid) ndak balik. Staying with his non-muslim friend in the hostel. Cool* anak perantauan kan. Kadang-kadang perlu rasa juga tu. Untuk bina kredibiliti mandiri. I've been thru that :)

*
So dekat rumah ni. Memang kami ada bela seorang Felicia Yap ya. Kalau agak-agak mau jumpa Felicia Yap, tapi ndak kesampaian, boleh la jugak PM. Ada ni sini sorang di rumah ni. lol. Habis handphone aku penuh memory nya k! Gambar dia sorang jak. -- Tapi, if tiada dia ni. Tiada raya kami di rumah ni. luls. 

*
The gegirl team in the house

So semalam. Dalam kereta. Jammed jalan. Sebab semua orang balik raya. And my father suddenly utarakan certain statement, yang buat diri berfikir.

"Banyak manusia ani. Semue ber keluaran"

"ye lah pak. Raye kan"

Senyap sekejap.

"Sebenarnya. Apa ba sebenarnya pengertian 'korban' ni? Kita faham ka tu? Apa ba yang sebenarnya yang di raikan ni? Korban yang macamana sebenarnya yang di sambut ni?"

Senyap. Bertambah 10 minit.

"Kalau di fikirkan korban Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail tu. Tiada orang sanggup buat benda begitu. Bayangkanlah, Allah perintahkan Nabi Ibrahim tinggalkan isteri dan anaknya. Lepaskan mereka di tengah padang pasir. Ade kah lelaki yang sanggup tinggal anak bini nye sehelai sepinggang nyatu. Worst! tu feeling nye."


"Kemudian. Nabi Allah Ibrahim. Di suruh sembalih anak nye. Cue kamu bayang tu. Ndade tebayang tu! Sigh*"

(With informal tone and informal situation)

Bapak terus memandu. Dan kami deeppp 'memikir'. Khutbah yang orang dengar pagi ni. Bapak sudah rungkai malam sebelumnya. Tapi sejauh mana kita yang mendengar mampu garap dan hayati. Itu urusan dalaman diri.

Selalunya. Kalau bapak sudah 'suruh fikir' gitu. Kami cuma senyap, dengar dan FIKIR. 

*
Aidiladha ku? tepuk dada Najwa! Huhu. Sendiri boleh rasa.

S0? Which one is my mom? lol
Baju. Semua hasil tangan mama. Hehe. Harini, sambutan aidiladha. Kawan-kawan adek datang rumah. Selebihnya, lawat rumah jiran sebelah. Dari aspek sosialnya, agak kureng la banding raya aidilfitri kan. Tapi juadah pagi-pagi memang penuh. Lain lagi dengan pertukaran lamban and rendang dari jiran sebelah.

*
Moga aku mampu mengait makna dari yang namanya 'pengorbanan' :) Moga Tuhan pahat cuma 'sayang' dalam hatiku. Tiriskan sehabisnya pada yang namanya amarahku. Allahummalayyinliqolbikamalayyintalidaudalhadid.

*
CatatanWawaHaris!

Wednesday, September 23, 2015

Stitches!



Tengah-tengah drive. Terdengar lagu ni. Cari! And found!

*
Salam rindu TuanMA! ups

*
MOVE ON~

-- editted--

Post Raya Haji 2015!

 Sebab. Minggu ni. Minggu bizissss! Projek-projek kecil berjalan at around this week ;) Semalam dah masuk, membelah dan membeli kain-kain nya! Alhamdulillah!  Hehe. Gerakan last dah di buat. Next week market! #Rabbiyassir!

*
Kenapa? Kenapa kalau gerakkan projek kau ni. Kau ndak boleh kalau adik kau ndak ikut? --- Sebab!

Satu, dia terer fashion and match2 colour. Whereas me? Boleh jahit. Boleh potong-potong suma. Bab fashion? Saya sentiasa perlukan penasihat saya. Wa ha ha. Ndak arif! luls.

Dua, dia update ngan fashion ya. 'Orang-orang' yang update ni, amat penting dalam mini projek ini ya. luls. 

So, kami dah round kedai. And guess what! Pacik kedai rupanya perhati ja gaya kami ya. lol. And dia bagi diskaun sehhh.. SEMUA yang kami beli. "Ok2, boleh consider kedai pakcik next time" :) - Kain Mewah Segama, Sabah.

'Saya tolong pakcik promote tempat pakcik sekali keh ;)'

*

Thus? It begin~~!

Step yang pertama. Kami just test market. So, no gempak-gempak dulu. In shaa Allah, my elder sister and younger sister will run it for me after this. #Rabbiyassir. We'll look forward what will happen in advance :) #telahtertulisrezekimu


*
Next week mungkin akan lebih padat dengan percutian. Hehe. Sebab kawan Ipoh mali datang Sabah ;)

*

So, pepagi aidiladha 2015 ni. Family kau memang wajib tempah kek kau. lol. Ni hasil tangan bertiga ni. Kakak: cream, adek: tukang hias2. So adil :) ngeng.

 Salam aidiladha! 

Saya. Kalau di kira pahala korban. Saya mungkin di level paling worst. Huhu. Moga Allah sayang mereka-mereka yang banyak berkorban untuk saya dan kita semua :)

Moga dikau berbahagia!


*
KeepTheMoment!NajwaHaris@--

Tuesday, September 22, 2015

Hati Tisu

Based on one of my conversation with someone last night.

"Hati kamu macam tisu.. Jgn JD tisu.. nanti orang slalu guna tok lap benda tidak berfaedah.. fhm kan? Saya kias sahaja.. maaf", Mr ubat gigi Darlie.

'Sekali ngan 'typo' dia aku bagi' luls

*
Hati tisu.
Yeap. Memang. Betullah tu. Tiada penafian dalam hal ni. Sebab, somewhere in the jungle, kau memang versi hati tisu ni. 

*
Hati tisu. 

Hati versi ni.
Boleh diam waktu di sakiti. Tapi nangis belakang tabir.

Hati versi ni.
Boleh berlagak cool depan kau. Tapi siram pokok bunga belakang rumah. Eh*

*
Pokoknya. Kau ingat best ka ada hati tisu? Paling susah bila kau terpaksa pendam semua benda yang kau sebenar nya boleh turn out psychosis' kalau di simpan-simpan. lol. Dan aku lupa beritahu. Hati tisu ni, bila dah crumble, dia jenis 'terus rosak'. Ni lagi parah. Kalau hati kertas, at least, lepas kau crumble kan dia, kau luruskan balik. Sterika. Kau boleh dapat semula bentuknya. 

*at least*

Tapi bukan hati tisu.Sigh*

*
Dan. Siapa yang sebenarnya suka hati tisu? None. 

*
Cuma. Hati tisu. Sayang nya lebih dari bencinya :) Dia boleh korbankan dirinya untuk airmata dan hingus kau. Kadang-kadang kau lap kan taik burung kat dia. Kau ingat? Siapa ja sanggup buat tu? NONE. lol. 

*
Wokeh! Mama sudah menyeruku!
Salam sayang chenta de tata ;)

*
NukilanRasaNajwa!



Monday, September 21, 2015

Post 12:44 minit malam!

Wujud tidak? Unconditional love ni Saleha? Wujud tidak? Cinta tanpa usaha untuk membina 'rasa'? Wujud tidak cinta, tanpa sebab? Aku sedikit tidak yakin. 

*
Lihat. Sedang Tuhan kau cintai untuk syurga yang di sediakanNya. Sedang Tuhan kau taati pada apa yang kau takuti dalam nerakaNya. Wujud tidak? Kemandirian cinta yang 'tanpa sebab' ni Saleha?

'Wujud tidak BENAR ini untuk Mu' ~ tu?

*


Ada yang masih belum kau mendapatkan PASTI. Ada yang masih belum....

*
 Sebab kau teringin dan mahu akan Tuhanmu.







NukilanRasaNajwa!

Sunday, September 20, 2015

Celoteh si Tukang Jahit!

Bak kata mama, "Mood menulis tu. Kalau ada. Tulis. Sebab tidak ada satu moment dalam hidup kita ni yang sama dengan moment yang lainnya. So keep each moment ;)". - Quoted!

*
So one of those precious moment is. Bila langsir Diraja* kau. Konon nya tu. Siap. Ha ha. Aku cukup berterima kasih dengan Permaisuri kat rumah ni :) Hehe. My mama. Sebab support aku dalam hobi yang memenatkan diri sendiri ni sebenarnya. Katanya, "Sepatutnya, cuti ni. Study. Medic tu bukan boleh tinggal-tinggal. Ini? Ndak habis-habis dengan langsir la. Business la. Macam-macam!"

'And kau pun buat muka seposen kau'. Bukan menambah empathy from your mom. It eventually, turned out meng annoying kan mom kau. luls.

*

So.....

Tadaaaa! He he he

Simple-simple ja ya dulu. Ini first attempt ya buat langsir. Ketahui lah sayang sekalian. Buat langsir rupanya 'lebih rimas' dari buat baju. ha ha. Pengakuan tidak berbayar. Sebab kau ada mesin kecil kiut miut ja. Suddenly, langsir yang kau jahit. Gedabak. meleret-leret. Haha. Apa pun. Kau kata ke diri, "Expect lah untuk menggapai bulan. Kalau ndak capai, at least boleh dapat bintang kan ;) ceewahh". hiii.

*
Langsir ini. Background life dia eh. Bukan 'kain langsir' sebenar nya'. Ianya adalah kain untuk buat pakaian. Ndak tau kenapa bapak beli kain kuning striking ni dulu sampai ber meter-meter. Lol. So, di kesempatan itu. Anak dia yang berhobi jahitan ni pun, pegi songlap kain bapak. Hoho. Thank you pak :) So bila kain ni 'kain untuk pakaian', eventually, kau kena cantum-cantum kain, sampai lebarnya bertambah. Banyak kerja sikit lah, banding kalau memang 'kain langsir'.

*
Cik Epal jumpa Brother minggu ni

Meja tu. Aku graun-graun fikir. Mana mau letak machine berdua ni ya? So aku kutip balik almari tv yang aku cabut dah the whole rak dia. Lol. Aku bawak masuk bilik aku. "Selagi kau masih boleh stand tall, why not kan? ;)" Itu antara monolog psychosis aku. Ada jugak lubang-lubang sudah meja tu. Mom pun ndak berapa setuju. Takut roboh katanya. Tapi aku masih letak 'trust' dekat meja tu. So... yahh. *Degil kan*. Guna jugak. luls. Dah reassured mom, yang meja tu tegap lagi. 'Pindik-pindik tagap'. Aiwah. Ko tengok* merepek*

*
Miss Epal (mesin jahit kain) and Brother Lily (mesin jahit tepi). Aku nikah kan kalian pada 18 September 2015. So, belajar lah terima each other k. Memang kamu berjodoh. So, ndak payah gaduh-gaduh. luls. Arranged marriage ni. Moga berhasil dengan kain baju langsir etc nanti. ngeheh.

*

Before

Me reality kan. Apa yang 'cuma' di gambar-gambar kan sebelum ini. Bukan benda mudah beb. Mimpi dan angan-angan lebih mudah dari reality. Aku ndak mau show kan 'betapa mudah' jahit ni. Aku mau semua sedar, and berpijak di bumi nyata, aku 'berpenat-penat' sebenarnya buat ni. Ndak payah tembirang pandai. luls. Sampai migraine kepala and left submental lymph node enlargement aku buat ni. Ngeng. 

*
That's life. Bukan semua mau indah. But eventually, lepas kau penat-penat tu. Bila tengok hasil. kau? *Bahagia* :) Hehe



So ini selitan dari si tukang jahit. Yang ada cita-cita buat kedoktoran. Luls. Moga di sampaikan. Moga di mudahkan. Mohon doanya. Mom, support my hobby. Tapi mom cakap. Profession aku lain. Fokus katanya. In shaa Allah mom. Aku bahagia ada parent yang ndak bosan layan karenah aku. Apa jak hobby aku. Semua di support. Hehe. 

*
Thus, that picture. Aku try tudung baru beli sebenar nya. "Mom, buleh ka tu mom tolong ambil gambar ku mom dengan tudung ni?Hehe". "Ngam ka pipi ku begini pakai tudung lekat-lekat di muka mom". "Nde tambam ka mom". "Nde awkward ka mom?". 

' So. Ketahuilah. Yang my mom adalah insan yang sentiasa sabar layan anak-anak nya.' luls. And I know, mama-mama kamu pun begitu tu kan. Jangan la menipu. Kita ni, tiada yang mampu berlagak macho depan parent. Luar dalam tembus kita ni kalau dengan parent. Diorang ja yang tahu perangai kita yang 'sebenar-benarnya'. Jangan ber ulah nye urang berunai. luls.

*
Ok dear. Apa pun hobby anda. Masak ka. Trading ka*.Main drone ka* ups. Menyanyi. Melukis. Buat video. Menari. Keep it up ;) Chaiyok2! Asal saja bahagia :) Dan manfaatnya, cuma diri tahu. Kepuasan nya cuma empunya badan yang tahu :). Don't down grade yourself! Yah!

*
Baru ja berjinak-jinak dengan hobby ni. Harini, makcik sebelah rumah dah suruh jahit jubah baby nya yang baru lahir dengan jubah boy nya umur 6 tahun! Hoii! #lahaulawalaquwwataillabillah. Sahut juga cabaran dalam gegarnya keyakinan! 

Salam sayang buat semua!  

*
CelotehSiTukangJahit!



Thursday, September 17, 2015

Satu detik lupa. Satu detik ingat.

Ar-Rum: 33-34. Terkesan. Sedikit tersentak. Marah ke diri. Dengan monolog, "Inilah yang selalu aku buat". Selalu buat. Ulang kali buat. Di tegur Tuhan dengan ujian. Ingat. Selang 2,3 hari. Kembali semula ke kondisi asal diri. Najehe', nye urang Brunai. Nde pandai ingat! 

.
But eventually, it is US. Human being. Al-insan~lebih skeptikal An-nisyan. Si pelupa itu. Berapa kali pun mengelak air yang di masuki semut, berapa kali pun di elak benda-benda yang boleh singkatkan memori otak. Yang 'lupa' dalam hal ini. Bukan lagi 'minda', tapi ruh. Bukan jasad yang perlukan interrogation here, it is the soul that need solemnization. Jeopardize! The need to save our self might take long before we realized that we're just drawn into the battle. 

.
Kita hidup mendabik dada. Menyangka yang sesetengah kita lebih rendah dari lainnya. Tanpa sedar. Wujud arrogance and ignorance dalam diri.  Yang baik, di 'uji' dengan baiknya. Yang jahat, apatah lagi. Aku. jelas, manusia berdiri dalam dua dimensi. Jangan sangka dalam satu jasad ini, semuanya putih saja. They're certain moment. The dark side took it over. And subsequently banish all the bare pure area of our own soul.   We ultimately turn into something undesirable at that particular moment. Beware!

.
Sejelas makna nama. Manusia. Insan.
Jangan juga kita pernah nafikan wujud yang namanya maghfirah :) Masih kita punya harapan. Masih kita ada jalan untuk di tuju. Jangan benarkan diri terhenti pada satu kesilapan. Jangan benarkan diri berhenti dari rahmat dan keampunan. Mistake, is indeed something we can ponder upon. And experience is the best teacher ever. No doubt. For mistakes from which we learned shouldn't have their repetition in the next chapter of our life. 

.
That's why Allah ingatkan kembali kita. Si dominasi pelupa ini. Untuk 'beringat dalam benar, beringat dalam sabar', Al-Asr.

.
To you. Who might have been through several difficulties because of me, I hope God soften your heart, to abolish that dark spots about me in your heart. And I pray that, Allah will also do the same to my heart. #Lahaulawalaquwwataillabillah. We can't even control our own heart, who are we to question His plan, right?  We only have the ability #to ask when it comes to certain circumstances.

.
May Allah Loves you and me :) Night!

WawaHaris

Wednesday, September 16, 2015

Full or partial housewife

Full time housewife / Partial housewife / not a housewife at all? Lol. Which one might be good for me? This holiday really testing me in different aspect so-called 'views' of my life. Which one is the best option after all? My mom taught me how to be that 'partial' type. Luls. But eventually, that kind of task also brought some inner less self-satisfaction in me. Can I have it all? Can I actually sacrifice myself to have it all?

"What do you mean by less self-satisfaction?"

I mean, can you put yourself in both tasks, fully? For example, can you give your full attention and  understanding towards the book that you read while at the same time, you also do cleaning, cooking and renovating the house? Are you capable of doing those multitasks ? Fuh! challenging. But to be true, as a woman, we can't avoid those things. One day, somehow, we will go through those things :) 

Honestly, for now. If you asked me. I'll eventually answer that I'm not yet capable. I might trained myself and know my capability only after I entered the working zone. hehe. Even during my practice session in Hospital Beaufort, I can't afford to prepare meal for my family for their lunch. Now, I can. :) Because already have free time maaa. Hii. 

.
Today, I have 2 projects. Hehe. One is 'Langsir project' and 'the other one is 'Room renovation' project. With mutual cooperation of my sister ;) I don't know, if I should call this transformation or reformation. But either way, I bothered only about changes and new way of comfortable living. 

.
Partial or full-time housewife? It doesn't really matter. What does matter. Is actually, my capability ;) Chewahh. 

WawaHaris

Tuesday, September 15, 2015

Sampai sini

Kau dan aku. Mulanya beza. Ku rasa cuma saiz and body shape. luls. Kau kurus, aku chubby chacha sikit. Hii. Aku berpendapat. Kita sebenarnya sama. Sama dari aspek jiwa and cara fikir :) *Senyum* . Aku gembira. Mengatakan, "Ya, mungkin inilah dia. Aku telah pun jumpa". Kata dek hati yang separa yakin menyakini. 

'Ternyata silap'

.
Sekian lama. Meninggalkan zone persekolahan. Aku ternyata bukan lagi orang yang sama. Sigh* Yang syadid mengikuti. Terpaksa aku katakan. Yeap. Aku telah berubah. Menemuimu, ku fikir, aku menemui semula diri ku yang hilang. Akar kita sama, background pendidikan kita sama. Sekolah berasaskan agama. I thought, I found what I want. Until I realized, that I'm not the same person as 4-5 years back. I've changed. 

.
Kau versi 'jaga'. Aku versi sedikit terbuka. Kau juga mahu yang 'jaga'. Walhal aku punya persepsi yang jelas berbeza. Extrovert macam aku, memang ill kalau kau latih berpendirian introvert macam yang kau mahu. 

Kau mahu. 

Yang pemalu. Pendiam. Tudung labuh litup all the time. Yang tidak pernah upload gambar. Yang syadid berbatas. Yang pokoknya. That typical solehah lah. Yang kalau kau buat wife. Dia akan setia di rumah with you.

'Jika aku lelaki. Ya, aku juga mungkin* akan mahu kan perkara yang serupa'.

Sigh* tapi JELAS. Aku tidak se typical itu. Mengetahui itu. Aku berundur dengan tenang. Kita sebenarnya, 'tidak lagi' serupa. Jiwa kita menuntut different things.

.
Aku. Versi 'not typical'. Itu yang mungkin aku risau, kau tidak boleh terima. Aku penuh keterbukaan. Padaku. Tudung itu, konsepnya, 'tutup dada'. Bukan 'panjangnya berapa inci'. Padaku. Hijab itu tanda 'pelihara'. Bukan pada tinggi nya iman. Semakin panjang tudung, semakin tebal imannya. No such things.  Itu semua persepsi*. But, bak kata ilmuan, tertutup itu lebih baik. Bukan sebab dia baik, sebab dia 'menyebabkan' orang lain tidak jadi jahat and naik nafsu. *Boleh difikirkan*

.
Kau idamkan muslimah itu. Yang sopan santun penuh keayuan. Aku? Versi intellectual. Argument adalah salah satu cara aku mendapatkan ilmu. luls. Kau mahu yang menurut. Sedang aku? Hanya akan menurut, setelah kau berjaya patahkan hujahku :) You'll gain respect, after you encounter my perception. Unless, kau memang cekan dengan pendapatmu, dan pendapatmu boleh di terima akal. Then, I'll accept what yours. Intellectual  conversation, memang konsep diskusi yang paling aku minati. Selalunya, if senior-senior came out with their opinion, saya akan dengar. Jika benar, ikuti :) Bukanlah bermakna, all the time pun kau tidak setuju. And atas dasar ego, kau tolak membuta tuli. Itu bukan lagi intellectual, itu, nafsu. lol. 

Yang benar. Benar. Yang salah. Salah. *No argument*

.
So. Padamu. Kau mahu yang versi 'baik' tu. Menurut. Risau aku bukan versi itu. Aku menarik diri. Dan perkenalan kita ni. Biar terhenti di sini. Sigh*

.
Mungkin. Satu hari nanti. Aku akan menemui semula 'diriku yang hilang'. Who knows. Versi typical muslimah tu, kiraku cuma tinggal 40% ada padaku. Mungkin aku perlu kembali ke suasana itu untuk dapatkan apa yang hilang. Tapi, hidup tidak begitu. Hidup yang Tuhan beri aku sekarang, tidak membenarkan aku begitu. I can't be that typical again dear. I just can't. 

Inilah aku. Insan baru yang mungkin kau gelar separa liberal. Kau pula. Akhi-akhi version yang sepertinya , sudah bukan lagi sepadan dengan versi ku yang 'sekarang'. Ndakpa lah. Mendapatkan yang taat ke Tuhan, Rasul dan parent pun sudah cukup syukur. Ku kira, mendapatkan versi 'ustaz-ustaz' adalah apa yang di mahu ku pada mulanya.Hakikatnya, aku jelas tidak layak lagi  untuk itu. Yang sederhana sajalah apa yang ada di mahuku kini.

Tapi, kita rancang. Allah juga rancang. RencanaNya adalah yang TERBAIK. La haula wa la quwwata illa billah.

.
Kau dan aku. Cukup sampai sini. Perkenalan sesingkat ini. Mungkin untuk mengajar aku  erti mengenal diri. Melaung kuat ke aku: Yang aku JELAS, bukan yang DULU lagi :)

Yang terbaik buatmu. Moga juga akan ada yang terbaik untuk Aku.

.

So, sapa yang allergic dengan ayat-ayat drama and jiwang karat, kasi tinggal jak post ni. Haha. Sebab, kalau saya ulang-ulang baca pun, saya rasa 'agak drama'. Ngahaha. 

Selamat malam!
.
NukilanRasaNajwa

Monday, September 14, 2015

This worldly life




Kita boleh. Hidup di dalam nya. Kita hayati. Kita nikmati. Tapi tidak di nafikan. Kita juga boleh terperangkap. I won't deny. Aku juga punya desire yang sama for this worldly life. Desire for it's contentment and false contemplation. 

.
Few days back. My father bawa lawat his friend called uncle ______. 

Uncle. :)
Was once orang kaya. Yang hidupnya mewah penuh gaya. Mengenali mereka sekeluarga, waktu masih kecil. Travel trip satu Sabah :) Aliff yang paling kecil now dah tingkatan dua :) wow. SubhanAllah. Terlalu kayanya diorang, his kids all amal western lifestyle. 


.
Bila kejatuhan uncle ______ berlaku, aunty (isteri uncle _____ ) cerita. Anak-anaknya semua tanya. "Dad, what are we doing here?". They need to move from rumah banglo besar di bandar, ke rumah terpencil di pendalaman Membakut. Atas niat, dulu nya rumah ini di bina untuk bersantai di hujung minggu, kini sebagai tempat tinggal tetap mereka. Nyamuk, hutan, memang apa yang ada di sana. 

Dan Allah temukan kami semula. Dalam keadaan yang paling ber beza. Cuma untung nya kami. Allah cuma 'suppressed', tidak hilangkan semuanya. Sebagaimana yang Allah tarik dari mereka. Uncle loss it all. And his wife memang tidak bekerja. Since her husband boleh beri semua dekat diorang 'masa tu'. Katanya, "menyesal juga". Tapi what's the point now kan. 

.
Aku terkesan dengan kata bapak.

"Allah tarik semula kekayaan tu, adalah satu anugerah. Anugerah yang bukan semua orang boleh rasa. Bila Allah tarik nikmat keduniaan tu. Allah sebenarnya buat kita 'ingat'. Bukan semua orang dapat tu. Uncle tu dulu, boleh tahan juga tu hanyutnya. Family pun sampai terabai. Bila kejatuhan tu hampir berlaku. Syukur. Uncle tu sudah ada rasa mencari Tuhan dalam dirinya. Dan dia boleh tangani kejatuhan tu dengan baik" 

Dan sekarang, atas hilangnya nikmat kekayaan tu. Uncle mendapat semula Tuhan dan keluarganya. What a replacement kan :)

:) 
.
Sebelum ni. Emotionally, memang tergugah juga dengan kesusahan hidup yang Allah anugerah tu. Sebab 'belum faham'. :) Tapi bila sudah faham. 

Kesusahan itu pun boleh dibaca sebagai nikmat :) 

.
Terkesan dengan lagu Maher Zain nun. Lagu Maher Zain ni banyak di ulang-ulang sekitar Masjid Jamek :) 

Ujian setiap kita berbeza. Cerita dan jalan hidup kita berbeza. Tapi tiap satunya, cuma kita yang merasa.

Aku tidak akan memahami rasamu. Kau juga tidak akan mampu mendalami rasaku. Tapi ketahuilah. Aku admit, aku tidak sempurna. Dan kau boleh lihat dan telusuri ketidaksempurnaan itu. Aku juga punya moment-moment 'tidak bahagia'. Tidak semua hanya senyuman. Kadang ada airmata.

Kata bapak. Satu maqam, jika kau sampai padanya, kau pasti bahagia. "Maqam syukur" :) 

Again. NukilanRasaMasjidJamek.

Orang Tuamu

Ujian tu. Ujian pada 'rasa hormat' mu ke kedua orang tua mu. Bukan waktu kau kecil-kecil. Bukan waktu kau still depend on them. Tapi waktu kau sudah lagi tidak perlukan diorang. Sudah bekerjaya. Ber pangkat Doctor, PHd, etc. Sudah boleh hidup ber dikari sendiri. Sudah ber kawinan semua. Waktu ni lah kau di uji!

Di sini lah sebenar-benar 'test' sama ada kau masih lagi mampu hormat atau tidak pada mereka. Sabar atau tidak pada mereka.

.
Akan sampai satu masa. Orang tua mu akan kembali ke level itu. Level sensitivity nya memuncak. Keanak-anakkan nya lebih ketara. Kencing nya ber sepah. Kata-katanya sinis. Mulut nya enggan berhenti bicara tentang kejayaan, tentang hebatnya dia masa mudanya. 

*Akan sampai masa itu*

.
Aku terkesan. 
Selang lima hari yang lepas. Aku menemani kakak ku konvo di KL :)

Aku Allah pilih, menjaga uwa ku (nenek perempuanku). Kesan nya deeppp pada ku. Otak ni, ndak berhenti-henti! berfikir, menafsir, ber jelaga dalam pekat nya jerebu! 

"Bagaimana orang tua ku nanti di masa tuanya? Dan bagaimana aku nanti di masa tua ku?" 

.
Nenekku.
Aku faham kondisi ini di usia tua. She just can't stop talking (ber kunyanyang nye urang Brunai). And somehow, apa yang dia cakap tu. If you type yang 'makan dalam', you might get hurt over and over again. luls. Sebab dia versi 'terus terang'. Dia ndak suka, dia kutuk kau depan-depan. Makcik pakcik aku la salu kena. luls. 

.
Sangat-sangat menguji beb~ lebih-lebih lagi jika dia kutuk kau depan khalayak ramai. luls. Telan liur gulp* gulp* seja arr~ huhu.

.
Cuma pada waktu ini lah! 'Pembuktian' kau tu hormat ndak masih dengan dia :)

.
Aku dah learn satu teknik, waktu ber musafir dengan nenek ku ni :) Satu seja yang kau perlu buat :) "Kau kena set kan di minda mu. Kau faham. Dan kau kena jaga hati dia, camna kau layan kanak-kanak"

e.g.

"Bah, age tah! panyapi barang-barang atu!" (First order*)

"Ok we, kajap ar" 

"Ih! panyapi barang atu! Nde kan nde merati!" (Second order*)

"Okay~ kajap arr~" (Lunakkan suara, walau apa keadaan pun)

Uwa. Senyap and tenang :)

Aku perasan. Bila api, lawan air. Jawabnya. Neutral :) Tenang :) Orang tua-tua ni, mahu nya cuma di hormati. Di dengari. Di ikuti. Kadang, if you can't follow certain instruction tu, just sembunyi kan ja, ndak perlu di bentak. luls. Sesetengah orang bukan boleh tahan tu beb~ susah~

But actually, makin kita lawan, makin panjang adegan tu. luls. Give it a try. Jadi air dalam marak nya api :) 

.
Ok la. Letih :) luls. Tapi post ni versi ndak boleh tangguh. Nanti 'hilang mood' :)

.
Apa pun. Motif nya :)

"Kalau kita ndak mau, anak-anak kita buat dekat kita kelak. Dari harini, kita trend diri kita untuk tidak buat gitu dekat parent kita kan? In shaa Allah.

*Yeap. susah*

Tapi boleh di latih.

*Yeap. bukan mudah*

Tapi. Tidak mustahil. 

.
My mom said.

"Syukur lah masih ada uwa yang kamu boleh layan karenah nya"

luls.

.
Salam sayang :)

NukilanRasaMasjidJamek

Wednesday, September 9, 2015

Post 7 Pagi

So, alhamdulillah :) Ko dah habis ber posting di Hospital Beaufort semalam. Expected the unexpected, rupanya, Pengarah hospital sangat baik dan tidak banyak kira. Semuanya? Mudah. *senyum*

Tapi sayu sikit. Sebab kau macam belum puas dekat hospital tu. Hee. Bukan sebab, 'so many thing to learn', just because, suasana dia :) Semua orang treat kau baik... sangat :) Like they show their appreciation towards medical students. Kalau certain tempat, sotong-sotong jak orang layan. Cam kau tu tiada harga. luls. 

Semalam dah buat round satu sepital, say thank you dekat semua staff nurses :) Semua ucap, "Goodluck doctor" :) *Doa. kata-kata mereka. Doa* amiin.

Basically, posting di Sabah memey awesome ;) hehe.

.
Haritu. Yeap. Haritu.

Terfikir untuk story tentang something. Tapi ter gendala sehinggalah hari ini :) Story di A&E. Suami bed ridden since dapat stroke. Complication dari stroke tu, 1 year after stroke, dia dapat seizure. Recurrent seizure leads to epilepsy. I still remember the drugs, 'Epilim'. Presenting complaint. This time, bila epilepsy menyerang, ndak tau how strong the jerk, sampai pak cik tu ter jatuh dari atas katil, kepala nya ter hentak and koyak. Duhhh*

And guess what, saya observe kawan-kawan M.A saya jahit luka tu. Mula-mula bius kan those area. Pastu suture. Kesian pak cik tu. Dah la separuh badan mati. Ter paksa la tahan seja di cucuk-cucuk. Her wife tunggu dekat luar. Thus, emotionally, dia dapat support dari 'me'. Hee. You know what, patient get calm, when you show mercy in your eyes :) Proven. 

So, since that, her wife took care of her. With passion with care :) Bila kita sakit. Serious. Kita perlu support. Masa ni lah Allah uji pada ahli keluarga ter dekat. Bukan mudah. Sedangkan wife Nabi Ayyub lari bila Nabi Ayyub sakit.

Tapi akhir nya. Hanya lah juga La hau la wa la quwwata illa billah :)

.
So. Harini? 

Accompany my sister ke Keyel :) Kan ber konvo nya besidia ani . Hee. Mom dah masak sodap-sodap pagi ni. Ayam panggang bagai. Walaupun ndak cakap 'for my sister', but it is definitely 'for my sister'. Lol. 

.
Erm.

Dapat tau. Ada yang saya ndak mau dia tau. Tapi dia tau saya blogger* Observational effect weyh~ Different. Bila kita boleh ber cakap secara bebas dengan tidak bebas. Huhu. 

.
Nevermind.
I'll set my mind, anda* tidak baca blog saya ya. Adeh~ Kalau baca pun, senyap-senyap la bha~ Now. Trust me. Saya ambil masa semula untuk *dapat mood* menaip dengan rasa, menaip dengan bebas. Sigh*


.
Salam sayang :)
NUKILANRASADEBAMBAM

Wednesday, September 2, 2015

Degil

Degil. Dari dulu, anak yang *agak* degil itu. Aku. Luls. Yang banyak sikit calar di badan nya itu. Aku. Sebab DEGIL. 

.
Kurang pasti. Either one. Positive nya stubborn dengan negative nya stubborn. But one thing. Macik sorang ni. Dia memang 'hard to control' nya orang.

*I still remember*

Accident basikal dengan adik lelaki aku. Gara-gara degil. Senyap-senyap bawak my younger brother keluar dari kawasan rumah. Konon nya mau jadi tourist guide. Ndak boleh tengok adik duduk rumah ja. Not adventurous. Last-last, calar-calar muka adik lelaki aku. Aku? Sembunyi dalam bilik. Seb bek bapak ndak mengamuk. Diorang matang tangani kes aku. Maaf di terima. Ehe.

.
Second case, bila aku degil. Pas dapat lesen kereta. Eager mau bawak kereta. Nekad! "Kalau bapak ndak kasi ni. Aku keluar senyap-senyap". *Kau*. Tengok semangat degil aku tu? Mengalah kan beruang kutub.Eh?

So, makcik ajak pegi Sipitang. Jarak agak 2 jam dari tempat aku tinggal. Bapak confirm ndak bagi ni. Kau dah plan, bila bapak keluar, kau just buat called last minute ja nanti. So, bapak had no time untuk bantah kau. *Kau fikir*. Degil aku bukan biasa-biasa k.  

Plan berhasil. Semua ber jalan lancar. Bapak 'ter paksa' lepas. No choice. Otw. Aku selamat ja. Cool ja. Balik tu. Tiba-tiba stereng keras and ter lock! HOI! Siot panik!. Dah la konvoi dengan makcik tu semua perempuan. Suami-suami semua tinggal di rumah. luls. 

Rupanya, belting putus. Hampeh* 

Aku, "Ok lah, pengajaran nya. Bila bapak cakap jangan. Dengar and taat ja!"

Aunty-aunty aku, "Adui, ini lah kalau jalan tanpa suami di sisi~" luls. 

.
Seterus nya. Kau degil jugak. Degil mau sambung pengajian bidang perubatan. Tapi yang ini. Beza nya. Bukan kau tidak putus asa dari kedegilan kau. Tapi 'ada orang' yang support kau untuk kekal ber degil. 

Kata nya, buat apa terus kan something yang kau ndak minat. No passion, no desire. True. So pindah course --> Food Science and Nutrition (UMS) ---> MBBS (QIUP)

*Dan sekarang. Alhamdulillah :) Tuhan beri jalan dan aku terus melangkah. Moga terus di mudah kan. Ujian ber liku. Tapi aku kena usaha sampai pada apa yang di tuju :) aiseh# mohon doa*

.
Degil lagi. Bila kawan kata, "Jangan ber sahabat dengan lelaki. Tiada konsep 'close friend' kalau dengan orang lelaki". Ada betul nya :) And lesson learned.

.
Itu lah kan. I also don't know. Am I sebenar nya 'degil' atau~ 'adventurous" ? Eager to discover the world? Maybe. hee.

Sampai satu tahap, mom did say to me, "Ah, adik tu. Kalau mau jalan ke mana-mana. Kalau 'tanya' tu, bukan untuk keizinan. Untuk 'tell' ja." luls. Bukan mom boleh say no pun. Ini memang time extreme muda-muda dulu. 

*Now*

Ehe. Ada kurang sikit. Sebab bila kau dah merantau ni. Kau hargai every space and time with your family. Apa-apa mintak izin. If they say no, you'll follow them. *kind of* :)

.
Too adventurous vs degilness.

Which one?

.
Hee :) Tepuk dada tanya minda ;)

Nite2.

NukilanRasa