Monday, July 25, 2011

Usrah SMK Kolombong & UKBI 2 :)





Jom ramai-ramai top up iman :)
Kak Syai, busy nampak :) hehe
ADIK-ADIK SMK KOLOMBONG

SMK KOLOMBONG
Kedatangan kami naik bas sahaja :)




Moga adik-adik semua terus istiqomah berusrah k :)



Seorang adik bertanya,

"kak, siapakah sahabat Rasulullah yang terlibat dalam penulisan al-Quran ya?

Uhu... semua tu lost dari memory ku. Ya Allah, ini mungkin atas dosa-dosaku. Benar kata pepatah arab,

"Penyakit ilmu adalah lupa"

Najwa... pertajamkan semula ilmu agama mu yang kian tumpul!
InsyaAllah, Ya Allah, pandulah hambaMu ini semula ke arah menggarap ilmu-ilmu agama Mu.

Lepas ni, harap keluaran-keluaran pelajar SMKAKK, dapat lakukan yang lebih baik,
benar apa yang selalu ustaz Nik sebut dulu,

"Belajar tu bukan untuk Exam semata-mata!"

Jom sama-sama lakukan kebaikkan =)

Buat sahabatku Syaidatul Sabila Azwa, jangan stop k :)

Tu ja setakat ni buat perkongsian,

illalliqo'wamaa'ssalamah :)

Monday, July 18, 2011

Bismillahirrahmanirrahim


"Tika Allah berbicara dengan kita tentang erti kesabaran"
Laung-laungkanlah perkataan sabar sekuatnya, namun, ungkapan itu hanya akan di rasai kegerunannya, tatkala kita sendiri di uji.

Namun,
Firman Allah :

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang di usahakannya, dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang di kerjakannya.(Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami,janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kami apa yang kami tidak sanggup memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

[Al - Baqarah : 286]


Syukran wahai murabbi :)

setitis tinta mu, membawa sejuta makna..

ANAKKU, INDAHNYA BILA ALLAH MENGATUR HIDUP KITA!



"Rama-Rama
Dan Bunga"
..Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan Bunga dan Rama-Rama...



Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat...



Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberian Allah berbeza drd permintaannya...
kemudian dia berfikir Allah mempunyai terlalu ramai makhluk utk diurus...kan..dan dia memutuskan utk tidak mempersoalkannya...

Selepas satu tempoh..

Lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya.

Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yg hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik...dan drp ulat yg terselindung telah bertukar menjadi rama-rama yg cantik...


LA TAHZANI!

I want something else,

But Allah give other thing,

Why??


Because... Allah wants to give us, something better. =). Then, appreciate what u have Najwa! Innallahama'assobirin...


Thats all for the share today :)


illalliqo'wamaa'ssalamah.

Sunday, July 17, 2011


Bismillahirrahmanirrahim


"Allah Pasti Lebih Tahu"

Hati berdebar-debar, "apalah course yang aku dapat ar...?"[monolog dalaman]. Dup dap dup dap... Tapi... line ndak clear la pulak...nda pla ble check ni kalau gini. Hurm...ndapalah, tunggu hari esok.

[esoknya]
"Nah, dapat dah masuk!"

hati terdiam, course yang di ingini ndak dapat... bukanlah course pilihan kedua ni 'bukan pilihan', ianya antara kategori pilihan berat juga, tapi tidaklah seberat pilihan pertama..
No. Matrik :  BN11110004
No. KP   :  920211125594
Nama   :  NAJWA MD HARIS
Kursus   :  IJAZAH SARJANA MUDA SAINS MAKANAN DENGAN KEPUJIAN (SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN)
Kod Program :  HS04
Fakulti   :  SEKOLAH SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN

Muncul dua butang, 'teruskan' atau 'tidak teruskan'. Lantas tangan menekan, 'tidak teruskan'. Hati hampa pada mulanya, sebab, khabar bahawa mendapat course 'pilihan pertama' terus berkecai.Aku cuba menenangkan diri. Ini semua ujian.

Kebetulan... sahabatku baru balik dari Sarawak.. Dia birthday pula tu,,
"Ndak mahu sambut dia dengan kesedihan... Jangan nangis Najwa!"Tp, 'feelings can be control, tears never lie"... tangisan pecah juga. Sahabat yang sambut birthday tu pula yang cuba menenangkan.


Pastu, aku capai handphone ku, {tut tut...tut tut...}, tidak bersambut. "napa mama nda angkat ni?, mak....angkatlah....".
Lantas kaki di gagahkan, menuju tandas, wudhuk di ambil dan bergegas ke ruang solat, solat zohor di tunaikan, teringat kisah hero dalam cerita indonesia 'ayat-ayat cinta', waktu heronya tu dalam penjara, dia bertemu seorang tua, katanya "huh! wahai anak muda, adakah bila waktu engkau susah baru engkau sujud kepadaNya??" [nada dia nada perlian, najwa nda ingat].


Last-last, mama call semula, sebelum mama call tu, sahabat-sahabat mesej dah, tanya-tanya, tak kurang juga ada yang menenangkan. [terima kasih semua:)]

sebenarnya, sebelum mama call, mama ada bagi mesej :
"Mula istighfar dulu n Blh d mesir n india n indonesia cuma tanya kawan-kawan mu mcmna apply n siapa penaja mrk n bapa blh tlg yg d indonesia tu n jgn cepat gelabah krn semuanya urusan yg maha esa"

Hati sedikit terubat dengan mesej mama, then mama call, perbualan berlaku antara kami.
Last-last mama kata, "Pulanglah sekarang dik". Dalam hati yang agak gundah, rasanya, itulah yang terbaik sekarang. Mungkin bagi sesetengah orang, 'ala...tu pun mau sedih ka...?', tp, kita tidak akan merasai satu kepahitan, jika kita tidak berada di situasi itu.

[Malam itu, di rumah, kesedihan belum boleh di hilangkan. Namun, itulah hikmahnya 'punya iman', mengadu kepada Allah itu cukup menenangkan. :)]

EsoK paginya..

Mama datang ke bilikku,
kami berbual. mama nasihat. Mama juga kata, Allah lebih tahu, lagipun mama kata, mama tengok, ko ni bukannya orang yang boleh tahan kesibukkan melampau seorang doktor ni, pastu ko ni bukannya boleh duduk di satu tempat tu lama-lama. Ko kan suka berjalan, then, kalau ko masuk kedoktoran, mesti ko nda sudah boleh aktif sangat d ABIM dik. Ko punya patience untuk doktor tu ko rasa cukup dik? Aku hanya senyum... [memang ku akui, 'tidak pernah cukup'], ya la, ketahanan doktor tu kena 100 %, kalau nda 100% pn, 99.9 %.... uhu.... kesabaranku??

Dan mama tengok, kau ni bukan orang yang pasif dan kurang agresif, ko ni jiwa mu ke arah kepimpinan dan kemasyarakatan. Kalau ko pegi bidang doktor, memang ko akan kurang bersosial dik, kadang2 sampai ndak bersosial langsung.

Suatu masa dulu, sebenarnya, hati hambaMu ni lebih lapang dengan kos Sains Makanan slps istikharah di buat, namun, mungkin atas nama pengharapan manusia & kebanggaan manusia, hambaMu lupa & leka. InsyaAllah, I'll do my best in this course :). dan hambaMu akan pergi, as far as I can. Mungkin bukan 'Dr' perubatan... tp, 'Dr' falsafah :).

Lepas tu, mesej salah sorang dari sahabatku, cukup memberi motivasi, rupanya, setiap perkara punya aturannya tersendiri :

"U can b an xclent stdnt d SSMP krg.trust me.. Sory 2 say, i think u r not strong enough 2 do tht job. hehe. emosi bha.mcm mn ko mau bedah org lau ko emosi ngn mslh kau.msti ko ndak konsentrate dlm or.aku ndak tahu la d hosp kau dulu. tp tym aku d hqe, dr pelatih kna marah2 jak dpn psakit...hehe. honestly, aku pn berat hati lau kau p mesir. tda kwn aku tgk rapat umum thn dpn.haha..miez n syai ndak bjiwa politik sgt. hee. d truth is, i still need u 2 guide me"

Lepas dapat mesej ni, Najwa tersedar.. AturanNya pasti punya rencana tersendiri... terharu dapat mesej shbt sorang ni. uhu.

aturanMu Maha Hebat ya Allah.
HambaMu akan gagah meniti hari-hari seterusnya :).

Don't give up Najwa ;)

Okie...

Mutiara kata al-Qarni:

Bersama air mata pasti ada senyuman.Bersama kesedihan ada kegembiraan. Bersama cubaan ada anugerah.Bersama musibah ada anugerah. Semuanya telah merupakan ketentuan yang pasti dan prinsip hidup yang di gariskan Allah s.w.t.
Illalliqo'maa'ssalamah.

Illalliqo'ma'assalamh.

Wednesday, July 13, 2011


"Kembara Hati"

Hari ini, hambaMu ini menempuh sebuah perjalanan/ permusafiran lagi ya Allah. Engkaulah Peneman yang tidak sedetik pun hilang sepanjang perjalanan tadi :). Ya Allah, izinkan hambaMu ini berkongsi :).

Perjalanan tadi mengambil masa kurang dari 24 jam. :)
Dari Bongawan - Papar - Kota Kinabalu - Bongawan.

Kisah lucu di Papar.

Sejenak saja menjejakkan kaki di Papar, saya direct pegi kedai Akademi Memandu Pantai Barat (Papar). Masuk ja, semua senyum, saya di minta duduk dekat kaunter dan membayar wang RM 400.
[ehe, ni xperlu la crita kan?]

Ni kisah lucunya, bila dah selesai bayar-bayar semua, saya pun mula mengatur langkah yang 'entah ke mana',, ya la,, masa untuk kereta api ke kota kinabalu bertolak lama lagi,,,ada lebih kurang 1 jam setengah lagi... Hurm... saya pun beli la air tin ' Iced Tea Lipton'. Saya bawa air ke satu pondok dan minum, "Wah! haus!". Alhamdulillah....[hehe].
Pastu, xda apa mau buat kan, saya buka la Tafsir Quran, baca jap 2 muka surat. Dah habis, saya buat sedikit notes dari buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam - Fathi Yakan. 
Tiba-tiba.....
Seorang atuk tua datang mendekati saya. Lalu terjadi perbualan antara kami :
(atuk tu berkopiah dan berkemeja)
Atuk:
Kan ke mana?

saya:
Kan ke KK.

Atuk:
Arh??

Saya :
kan ke KK ku..

Atuk :
Oh.....Buat apa k sana?

Saya :
[sedikit hairan... ya la, ndak kenal-kenal kan, uhu]
Uh, kan mbali barang..

Atuk :
Oh... nda mbawa dangan?

Saya :
hehe, ndada... sorang-sorang aje...

Atuk :
Eh, bahaya tu! napa nda mbawa dangan?? kana culek karang! lainlah lau t'jumpa 'dangan' masa dalam perjalanan....[muka menimbulkan persoalan]

Saya:
[Ekk?? mcm tersirat pula atuk ni,,uhu.]
Hehe... nde jue tu...
Kite ani kan ke mane?

Atuk :
[tangan kiri tunjuk sebuah bangunan]

Saya :
Oh....

Atuk:
berapa umurmu...?

saya :
[huh???]
mau masuk 20 tahun...
[bikin takut juga atuk ni....]

Atuk :
Oh.... buleh minta nombor telefon.
[sambil mata melihat dekat hp saya dekat atas meja pondok]

Saya :
[Biar betul atuk ni??takkkuttt!]

Atuk:
Minta saja nombor telefon ba... mana tahu *ehem2* sama anakku / cucuku...
Cucuku sekarang di Sarawak... anakku pun ada jua....

Saya :
Eee....! malu ku eh... nde buleh eh.....
[nda dapat tahan muka mau ketawa, RUPANYA, haha!]

Atuk:
Apa namamu tu?

Saya:
Na..jw..a Ci.[gagap sket]/ [tp, consider atuk2, dia sebut 'Najuwa']

Atuk :
Ui...sedap bunyinya tu [muka senyum :)]

Saya :
hii.

Atuk:
Orang Bongawan kan?

Saya:
awu..

Atuk:
bah, mun nombor telefon pun nda brani kan bagi, ndapa la, orang bongawan kan? Najuwa kan?

Saya :
[bingung-bingung]
awu....hiii
[sengih kambing]

Atuk :
Bah...ke sana tah ku dulu ar.. hati-hati ar...

Saya:
okey :)

[p/s: haha. tu la atuk paling cool pernah di jumpa, siap bole carikan pasangan untuk anak & cucunya. peristiwa ni membuatkan diri ini tersenyum sendiri stiap kali terlintas di fikiran. pengalaman~pengalaman~ =). Tp, HATI-HATI tetap HATI-HATI! mana bole percaya orang sembarangan.]


sebenarnya, banyak lagi yang saya hadapi hari ni, contohnya, ada Mat Salleh tu, berikan saya 'seat' dekat bas. hurm.... mereka memang menghormati kaum Hawa. Kalau nak tengok orang Malaysia buat camtu....? erm, no komen. :P.hehe.

Okish...

Moga berjumpa d entry seterusnya..

Illalliqo'maa'ssalah...

Monday, July 11, 2011


Bismillahirrahmanirrahim

"Fikrah itu"


Pencarian menuju Nya tidak akan pernah henti,
Selagi nafas masih berhembus,
Nyawa masih belum di tarik keluar dari jasadnya,
Penantian untuk bertemu denganNya tidak akan terhenti.

Banyak cubaan,
Banyak fikiran, banyak persangkaan yang ku temui.
Semuanya tidak pernah lari dari landasan menujuNya.
 
Namun, I think I've found one.
Tidak pernah kata ini fikrah terbaik,
Bukan juga yang paling tidak baik,
tp perjalanan ini telah pun di rancang.
InsyaAllah, 
medan dakwah menggunakan kenderaan ini lebih selesa untuk ana.
dan ana menyayangi mereka :)

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM Sabah)
 Maybe, some of u will ask me.
why??
Apa kelebihan??
Usah persoalkan, setiap satu itu pasti punya kekuatan tersendiri.

Adalah lebih baik untuk kita saling bekerjasama & kurang2kanlah memikirkan "kekurangan" pihak lain.
Allahu'alam.

Maaf untuk segala silap.

Illalliqo'ma'assalamah.

Sunday, July 10, 2011


Bismillahirrahmanirrahim

Asalamualaikum w.b.t

"Pendekatan sederhana (al-Wasatiyyah)"



Some share :)
Erm, mungkin Najwa bukanlah orang yang sesuai untuk berbicara tentang ini, sebab ni bukan bidang 'spesifik' yang Najwa ambil. Tapi insyaAllah, dengan cerapan majlis2 ilmu & sedikit pembacaan,
Kita Share K ;).

Baru-baru ni, satu program di anjurkan oleh ABIM Sabah, sebelum program berakhir, beberapa orang peserta bertemu dengan saya,
berlaku sedikit conversation antara kami:

Peserta 1:
Asalamualaikum kak.

Saya:
waalaikumussalam dek.

Peserta 1 ;
Gini kak, sebenarnya, kami ada mau cakap ngan kakak ni, erm..... tentang program ni...

Saya:
Oh... ok. jap ar.
[10 saat kmudian]
Ya dik, apa tadi tu? ha, teruskan, maaf la, ada hal mau urus tadi.

Peserta 1:
Kak, kami cuma mau gtau sikit la.. ni kan Kem berbentuk Islami...
sepatutnya semua peserta di wajibkan tutup aurat secara lengkap la kak, semua mesti pakai Stokin...Wajibkan la kak...kaki kan aurat... pastu, aurat mesti la di tutup selengkapnya kak.

Peserta 2 : iya kak, betul tu... sepatutnya gitu, nama pun "kem Islami"

[ saya hanya diam dan tersenyum]

Saya:
Ok2, teruskan, bila kamu dah selesai cakap sumanya, kak bagi respon k ;)

Peserta 1;
Gini kak, macam dalam satu program tu kan, sebelum kami datang, dorang wajibkan kami pakai stokin kak.

Saya:
[senyum]

peserta 1:
Tu la yang kami mau cakapkan kak.

saya:
Oh, ok.
Hurm....
Kakak terima kasih dulu untuk semua komen2 adik, insyaAllah dari semasa ke semasa, usaha memperbaiki mutu program, sentiasa ada :)
Kak mau tanya adik,
adik kenal ka semua peserta yang datang program ni?

Peserta 1 :
Ndak la kak..

Saya:
Macam tu juga kakak :).
mahu tahu? ada jugak yang datang  ni hanya sekadar 'mencuba', ada yang free hair lagi dekat luar.
Ada yang bermasalah family..
erm... dari situasi-situasi tu, kita mengharapkan satu perubahan drastik dengan cara paksaan?
Kita kenal pun tidak, tiba-tiba mendatangi dengan teguran yang bertimpa, 
hattakan tudung pun mrk susah nak sangkut dekat  kepala, ni kan pula nak direct n strongly guna stokin.
Akak faham perasaan adik,
melihat kemungkaran, n tergerak hati untuk 'terus mengubah'.
tapi adilkah bagi mereka?
Sebab tu program berbentuk Islami ni di buat,
agar mrk terdedah dengan cara hidup Islam
 dan supaya mereka sendiri 'membuat penilaian & pilihan' melalui apa yang mereka nampak :)
Dan cara terbaik Rasulullah dalam berdakwah adalah AKHLAK.
Pendekatan sederhana ke atas mad'u perlu di ambil kira juga dik..:)
Supaya mad'u boleh di dekati & mudah menerima :)

Dalam sebuah artikel dinyatakan:
"Imam Syafii juga dianggap tokoh yang memilih pendirian sederhana di antara pendekatan Imam Malik yang mengutamakan kehendak Hadith di dalam membuat hukum dan Imam Abu Hanifah yang banyak menggunakan akal. Kesederhanaan pendekatan Asyaari dalam bidang akidah dan pendekatan Syafii dalam fikah adalah faktor penting. Ia sangat mudah diterima dan menguasai sebahagian besar masyarakat Islam di Malaysia."

Nanti.... bila adik dah habis sekolah dan turun kepada masyarakat sebenar, adik akan faham. Kakak pun dulu macam adik juga, menyatakan yang haq tapi dengan cara yang tidak bersesuaian. Kita kena bijak dalam berdakwah, sebab hati manusia tidak boleh didekati dengan cara yang sama, kerana hati manusia tidak semua sama. Oleh itu, [menurut Timb.Presiden ABIM Pusat]"ENTRY POINT" juga kena berbeza mengikut mad'u.

Peserta 1 & 2 :
[muka sedikit kelat]
Ok kak.

Saya:
kak faham situasi kamu, tapi ndapa, macam kakak, kamu juga akan faham &belajar dari pengalaman,

Tammat

Guru yang paling baik dalam hidup ni adalah "pengalaman" sendiri. Pengalaman tidak mengajar kita 'teori' semata, tapi teori yang di selimuti praktikal. [p/s: tidak semua info di dalam dialog di atas d  pertutur di dalam perbualan, tapi, saya letakkan sebagai info imbuhan :)]. Untuk menjadi da'i yang benar-benar baik & berkualiti, 'bukan mudah'. Tapi, insyaAllah, tarbiyah yang di beri kepada kita di medan dakwah akan banyak mengajar kita teknik dakwah yang berkesan. dan kadang, teknik dakwah tu, tidak ada di dalam buku pun, tapi Allah ajarkan kepada kita melalui 'pengalaman' =).

Tu ja la sedikit perkongsian dari najwa.

sayang semua kerana Allah:)

Illalliqo'wa ma'assalamah.

Tuesday, July 5, 2011


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 
Cinta itu
 Cinta itu
Hadir bila dikau perlu
Hadir bila hati di rundung pilu
Hadir bila hati kata mahu
Hadir bila lidah menjadi kelu
 
Cinta itu
Menjadikan yang layu segar
Menjadikan yang kering basah
Menjadikan yang sakit sihat
Menjadikan yang buta celik semula

Cinta itu
Hasilkan buah fikiran
Hasilkan idea bernas
Hasilkan energy dalaman
Hasilkan minda cerdas
Namun...

Cinta itu
susur galur kelalaian
tali arus perzinaan
sangkut paut kemurkaan
Result pada kemusnahan

Cinta itu indah andai kita tahu meng 'guide'nya
Cinta itu indah andai kita tahu haluan dan paluannya
Cinta itu indah andai kita tahu maknanya
Hakikatnya, tiada yang lebih besar nilainya
melainkan
Cinta NYA
Love After Nikah is the best choice :)
Nukilan Hati Sang pencinta~

Sunday, July 3, 2011

   
    بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليك

"kalam lemah seorang hamba berbicara,
tentang pengalaman diri."
Bermusafir mencari cara untuk lebih dekat padaNya.


KHAMIS/ JUMAAT






Pertemuan tidak dirancang,
setelah terpisah 'sangat lama' & 'sedikit lama' dan 'baru jumpa',
kami di pertemukan semula,
Sahabat-sahabat seperjuangan,
(Miezrah, Jima, Syai, [Ardy])
Sahabat di Asasi sains UMS,
{Dalam raptai graduasi}
(Maisarah, hajar, nini, nabilah, azmah, fazilah, [fahmi], [aboy] dan yang lain)
Moga pertemuan 'semula' itu memberi hikmah bermakna.
Berjumpa semua sahabat Asasi Sains UMS pada Hari Graduasi :)
Tidak lupa, teman-teman serumah kak kasma,
(K. Rida, K. Nisa, K.Odah n the geng)
Pertemuan sementara itu, terkandung seribu satu perkongsian,
Dan insyaAllah,
Membina Iman.

SABTU


{Seminar dakwah; Islam Agama Risalah. Berlangsung di dewan bhsa & pustaka}
Ilmu yang diperolehi sangat mahal tidak terbeli,
Lebih-lebih lagi muncul satu kekuatan baru untuk mendalami ilmu bertaraf tinggi,
tidak hanya terkatung-katung di takuk lama,
dengan ketertutupan minda tentang sesuatu isu,
Mindaku Harus Maju!
InsyaAllah,

Sambil menyelam, 'tersedut' air, (*_*)
Jumpa pula ngan sahabat lama yang baru balik dari Jordan,
Siti Norhaidah Harun,
Orangnya tetap sama,
suka bergurau,
tapi wajahnya makin berseri,
pancaran 'NUR' Ilahi, insyaAllah...
Moga sahabatku ini terus tetap beristiqomah tanpa jemu mengajakku ke arah mendekatiNya :), insyaAllah...
AHAD
 

hari itu, hari ini :) 3 Julai 2011
Stesen kereta api Putatan- bongawan
Ku melihat kanak-kanak dan bayi,

(^_^)


Pernah terlintas, kenapa kalau kita lihat kanak-kanak atau bayi, 
hati resah jadi 'cool',, Muka masam jadi jernih,,
Kening berkerut jadi rata,,
Kenapa??
Kawan kata~
"sebab diorang innocent.." 
Saya kata, 
Setuju!
Hii


 Jiwa yang jernih itu, 
masih belum di sentuh debu dosa,
Jiwa yang jernih itu,
Masih belum memahami hakikat dunia yang berpancaroba,
Jiwa yang jernih itu,
Masih suci sunnatullah fitrah.

Allahuakbar.
Indahnya aturan & ciptaan Mu.
(^_^)
Hari ni juga, banyak mengajar tentang erti 'perbezaan',
Perbezaan itu tidak wujud  bagi Nya,
melainkan TAQWA.
 Hamba ini naik kereta api lagi,
merasai detupan gerak nadi masyarakat, 
merasai sendiri kesederhanaan hidup society,
dan jiwa hamba ini menyukainya :)
mengajar diri untuk lebih berdikari,
menilai sendiri akan erti 'nikmat' yang selama ini di kecapi.

SubhanAllah.
Arrangement yang sangat sempurna.
AturanMu tidak pernah silap.
Hikmah tersingkap bila kita sendiri menembusi cermin pemisah darjat & perbezaan taraf yang di cipta manusia.

Sedikit perkongsian & contengan jalanan,
permusafiran & hikmah perjalanan,
Erti hidup lebih bermakna dengan bermusafir mencari jalan menuju Nya:)

InsyaAllah, bertemu lagi:)

illalliqo' maa'sslamah.