Monday, January 26, 2015

Bebaskan minda



Bismillahirahmanirrahim

Kalam lemah seorang hamba. Membiarkan diri mencoret setinta dua buah fikiran malam ni. Sebelum menyiapkan slides presentation. Hee

Ada manusia. Menguasai seseorang dengan memberi jalan pada wujudnya kebergantungan. Memberi apa saja untuk mendapat hormat dan kepatuhan pada dirinya dengan jalan awal membenarkan 'kebergantungan' berlaku. Membuat seseorang tu merasa, 'dia perlukan' aku. Dia tidak akan lari mana, sebab 'dia perlukan aku'. 

Tiada salah wujud pergantungan.
Fitrah manusia, nalurinya mahukan security attachmentTapi....itulah.
Tiada lepas, tiada bebas, selagi mana kita terperangkap dalam 'rasa kebergantungan' kepada makhluk Nya.

Berbeza dengan Dia.
Dalam kebergantungan pada Nya, tiada cela.
Sayap yang rapuh mengukuh.
Mata yang rabun, terang menembusi 6D dunia berfantasi.
Tuhan beri jalan.

Jika jiwamu hilang kebergantungan,
Itu cuma di akalmu.
Penjara pada mindamu.
Kerana jeriji besi itu sudah lama menikuskanmu.

Kau perlu melakukan 'TRANSISI' pada 'rasa kebergantungan' mu.
Tidak perlu kau buang rasa itu,
Cuma alihkan rasa itu, pada yang Kukuh menggenggam tenangmu.
Memelihara rasamu secara mutlak.
Dan tiada mainan dalam mendalami rasamu.

Dan tiada satu pun! patut kau alih rasa itu,
Selain kepada Tuhanmu.
Tiada tempat selainNya rasa kebergantungan tu patut di letakkan.
Simpan rapi dalam jagaNya.
In shaa Allah tenang milikmu.

=)

Saat hatimu berlari damai mendapatkan Tuhan. In shaa Allah, tenang milikmu :) -najwaharis

Tuesday, January 13, 2015

Kehidupan 1

"Wa, bangun", suara Ma kedengaran dari arah pintu. "Arrr..", responku ringkas, sebab memang dah bangun tapi, teman sebilik mandi kat satu-satunya toilet bilik kami, so I have to wait. "Al~ cepat sikit, kite nak ambik wudhu'", pekikku. "Ok2". Maka bermulalah hari kami. Tiada perubahan, datang ke kelas 'tepat-tepat', sebab Seminar pertama kumpulan kami di jadualkan jam 11 pagi. Semua berdebar!

Tepat pukul 2.10 minit, Seminar selesai! Alhamdulillah.. semua orang dah bentangkan slides masing-masing. Seminar kami berkisar tentang "Breast", the surgical anatomy, physiology, pathology, medical treatment, management and surgical procedure yang boleh di buat. Interesting, tapi bila dah berlanjutan, penat dan sakit kencing datang berkali-kali. Maka berulang-ulanglah kami ke toilet. Adoi.

Petang, sekitar jam 4.30, kami turun ke lapangan (ward) untuk mencari 'new case' untuk di 'clerk'. Walaweyh! macam biasa la, semua patient try to avoid eye contact dengan kami. Kami akan jalan terkedek-kedek di dalam ward, sambil-sambil menjengolkan leher untuk stalk, mana-mana patient yang 'kelihatan sihat dan bertenaga'. Hehe. Mungkin di sebabkan penat melayan soalan yang sama dari staf-staf hospital dan medic students, patient jadi jemu. Bukan uni' kami ja dekat sini, Cyberjaya uni' pun dah memulakan posting mereka. Tabahlah wahai patient. Kami pencacai ilmu yang perlu jasa baikmu :)

So...

Jenguk punya jenguk, naaaa.... jumpa satu. Pakai tudung, muda, umur 21 tahun :) Dan apa yang paling 'menyentuh' naluri kami, dia dah kahwin and now pregnant. "Sedikit touching dengan ke 'solo'an kami, tapi semua itu boleh di kawal" lol, haha. Ok serious.So in her case, what actually happened? This is how I'm going to talk about it in general way, sebab kawan yang clerk case ni, so saya tolong-tolong jak. Hee.

Case 1.

She is 21 years old lady, admitted on 13 January 2015, married and four months pregnancy.

According to her story, she had abdominal pain that actually radiated from the back to the lower region of the abdomen (The pain was more prominent at right iliac fossa). It suddenly started at night before she was admitted.She said the pain is colicky in nature and it took about 2 hours for the first pain before it was relieved. She said she tried to relieve it using ointment, but it didn't work. As the pain worsen, she went to the hospital to seek medical treatment. Not only that she said, the severity of the pain is 10/10 during that time, but the pain relieve after several hours waiting in the ward. Along with the pain, she also mentioned that she had vomited about 2 times before she came to the hospital. The content of the vomitus was fluid and one episode minimal amount of blood. She said, she doesn't have any loss of appetite or weight.
She had none significant past medical history. But she had one surgical history few years back due to motor accident. She said it is only a minor surgery for minor injuries on her skin. She's not under any medication. None significant family history. She's a non-smoker, once a passive smoker when her father still alived, and she never consumes alcohol. She said, after she was admitted, she complained that she hasn't passed stool yet, but she can urinate as usual. Other systemic review is unremarkable.

So what is your differential diagnosis? - That's what I'm gonna do now, 'RESEARCH'. hee.

Setelah selesai kes yang pertama, kami mula ber engsot-engsot ke sudut ward yang satu lagi. Kelihatan, seorang lelaki tengah duduk atas katil sambil memegang phone nya. "Aina, tu tu". Aina, "Ko nak ke? Jom la", dari kejauhan kedengaran suara pesakit,*Speak Kelantan*. "Uihhh, orang kito", kata Aina. Saya dah gelak-gelak. "Haaaa! Jom!". Maka kami pun mendekati patient. Bermulalah story line.

 (*To be continued)... ready to sleep. hee

Monday, January 12, 2015

Aku kagum


Aku kagum! Sungguh aku kagum! SubhanAllah.
Pada dia.
Yang bila di lepas tidak gagal.
Bila ditinggal tidak sirna.
Bila disakiti gagah mendepani :)

Dia gadis itu.
Ku kenal dengan perwatakkan berbeza asalnya.
Dia tidak menunjukkan dirinya.
Bersembunyi di sebalik pandangan manusia.
Takut di nilai.
Takut terbanding.

Tapi.
Masa cemerkap membuka tirai-tirai yang menyelubungi dirinya.
Indah.
Bila dia jelas dirinya :)
Dia mula tunjuk.
Dia mula men jadi Dia.
Engkau indah seadamu.
Aku menjadi semakin kagum.

Engkau pencinta sejati.
Engkau tidak tewas untuk menjadi pencinta itu.
Dan cinta yang lekat padamu, ku faham, tidak mampu tertanggalkan.
Engkau memang mengagumkan.

Usah kau jelaskan dirimu.
Kau adalah kau.
Jalani hidupmu.
Kau memang akan mendapatkan yang terbaik dari yang terbaik :)


P/s: Engkau wanita syurga, bidadari dunia. Dedicated song for you: *Wanita syurga bidadari dunia by OKI*

-mungkin saja kau tidak tahu wujudnya blog ni, but still, kekuatanmu mengagumkanku- :)

Saturday, January 10, 2015

Rasional mendepani poligami

*Gambar sekadar hiasan*

Poligami?? What are you thinking?? NO!!
So inilah benda yang 'selalunya' terjadi. Jangan tipu diri sendiri, tanyakan saja pada semua wanita, pada 'awalnnya', pasti penolakkan berlaku. If mereka benarkan, dua benda sahaja yang mungkin menjadi penyebabnya:
1. Sebab sudah bosan dengan husband. So, why should I care? I can take care of myself.
2. Sebab dah hilang langsung rasa keterikatan dengan dunia. (erti kata lain, 'I don't care dah', Allah lebih utama in my life)


So, kenapa Najwa tiba-tiba buka topik Gunung Berapi Pendam ni?? lol. Bukan apa, Najwa dah encountered satu situasi dekat hospital baru-baru ni. Bilamana seorang ibu muda menjaga anaknya yang darjah 5. Perforated Acute Appendicitis. Masa first first jumpa, kami cuma senyum dari kejauhan. But I don't know, cara dia senyum, like she knew me, and macam ada 'pandangan trust' di situ. So, saya decided untuk ambil case anak dia sebagai 'case clerk' saya :)

Hendak di jadikan cerita, ibu muda ni dah letih...
So, dia request saya untuk tengok-tengokkan anak nya untuk dalam satu malam macam tu. Saya mula-mula 'agak berat' la jugak kan, sebab sebenarnya kami dah off pun start that day, dan saya rasa badan saya kurang selesa, saya start rasa sakit tekak dan bersin-bersin jangan cakaplah. Instead of patient yang kena di rawat, saya rasa sayalah yang perlu di rawat. lol.

Tapi, akak tu buat muka innocent..and adik tu pula cute~ tembam-tembam with muka simpati sedih sebab mak dia mau tinggalkan dia~ aigoooo! How can I resist?? Memang jahatlah if resist kan. So, masuk topik semula. Saya tanya lah, "Xde orang nak shift ke kak?". Akak, "Xde.. adik die demam sekarang kat rumah. Akak risau jugak. Abah dye pulak kene tukar shift malam ni. Akak ni isteri ke-3. Suami akak yang first dah meninggal". -senyap- kemudian baru senyum. "Oh...." . So tanggapan awal Najwa, 'Kesian jugak akak ni'.  Me, "Ok lah kak, in shaa Allah petang ni dan malam ni saya cuba datang tengok-tengokkan Zharfan eh". Maka disitulah perjanjian menjaga bermula.

Sebelum akak tu balik, dia cakap kat anak dia, "Mak balik dulu eh, nanti mak datang semula, esok. Nak abah naik ke hantar susu?" . Zharfan ni suka minum susu kotak :). Comel. So mak dia pun turun, bila abah dia masuk ja ward with susu kotak, muka Zharfan berseri-seri! (Waktu ni, tanggapan saya. Alhamdulillah.. means  poligami uncle ni berjaya. Sebab anak-anak dan isteri sayang kat dia*) senyum :)

.............................................

Jadi, jump to conclusion. Dalam apa jua perkara. Adalah penting untuk menanggapinya dari dua sudut yang berbeza. Pada saya, jelas poligami yang pakcik ni amalkan adalah 'untuk membantu', dan saya bahagia tengok akak tu. Pakcik ni mengambil janda yang punya anak tiga tapi tiada tempat bergantung. Cuma cabaran yang jelas di lihat adalah soal membahagikan masa. Abahnya xdapat stay lama, sebab banyak tanggungjawab lain. Selain itu, jika dilihat dari character pakcik tu, memang boleh nampak, 'why dia boleh involve dalam poligami'. Sebab 'jelas' soft and toleransi dia. Nampak 'firm and berprinsip' la senang kata.

Dari saat dan detik itu, bukanlah saya kata, " Yah! Nanti aku akan bagi laki aku berpoligami!" NO NO NO~ But if certain situation camni, I think, kita perlu consider that term 'poligami'. Dan musyawarah jelas dengan 'niat' yang jelas perlu di ketengahkan. Jika nafsu di utamakan dalam hal-hal sebegini. Trust me, it won't end dengan baik :)

"Monogami sunnah asal baginda, tapi Allah persilakan poligami dalam hal-hal yang menuntut"
Jangan longgar, jangan juga ketat.
Dan jangan di tindas rasa. Jika masih ada yang rasa 'feeling' dia di tindas, maksudnya, encik suami belum boleh menjenguk tingkap poligami' :)
sekian.


-Dari Tabir Pengalaman. Aku mengukir senyuman- :)

Detachment


Aku akan menulis semula :) Teringat komen rakan sewaktu dalam perjalanan balik ke Ipoh, " Aku rase ko pandai menulis, ko tulis la pape, pastu bagi kat aku. Aku tau je kat mane nak hantar". Saya, senyap dan berfikir. "Hurm, actually memang ade minat tu, tapi... saya tidak menulis suka-suka. Saya tidak menulis dengan 'cipta-cipta', saya tulis dari rasa". Bagi saya, penulisan dan 'rasa' adalah dua elemen yang tidak boleh di pisahkan. Cheewah! Hee.

But basically, my life here since masuk practical ni tiada lah anjakan paradigma sangat, saya tetap saya. Yang suka melancong dan scroll facebook. Lol. Teman-teman terdekat mesti tau. Tapi.. my inside like  70-80% changed menurut kesedaran saya. Saya bukan lagi Najwa yang boleh gelak suka-suka macam dulu. Memang saya gelak, tapi dah kurang* and I still remember, saya paling latest  gelak kuat bila all my Abim's friend visited me masa balik cuti haritu. Dengan lawak dorang, saya yang suram, sampai sakit pipi senyum. Dan saya boleh rasa tense saya tu kurang sikit berbanding sebelumnya :) hee.

Dan kenapa saya menulis semula? Harini? Entahlah. Saya rasa saya 'perlu' menulis. Sebab, saya punya satu rasa, yang saya x boleh deny 'kurang menyenangkan'. Balik cuti haritu, hidup seolah padat, sebab cuti pendek sangat. Saya boleh kata, the whole 1 week tu ada ja kena jalan. Memang xlekat dekat rumah. Kalo dekat rumah pun, saya x rest, samada mengemas rumah atau teman mama beli barang. Ada la jugak selit2 meng online kan diri. Apa ja pun, online tu easy, just clicked dekat phone. Xperlu gerak pun.

Persoalannya di sini. Apa yang 'kurang menyenangkan' tu? Saya pun kurang pasti sebenarnya. Tapi sakitnya tuh disini* hati. Saya xpasti, sayakah yang masih marah, atau orang lain yang masih marah dekat saya. Yang penting, saya sejujurnya, instead of marah dan rebel , saya risau and care. Tapi biasanya luka yang di buat oleh orang yang dekat dengan kita lebih dalam dari luka yang stranger tinggalkan. Saya dah minta maaf. Saya dah buat part saya, but weird nya, orang yang marah dekat saya tu, masih marah dan enggan respond. But again, intead of marah balik, saya sebenarnya more towards risau and care. Sebab saya memang versi macam tu, gaduh jangan lama. Kita dekat dunia ni, boleh bergaduh untuk merasa kepelbagaian warna kehidupan, tapi kita tidak di cipta untuk itu dalam dunia ni. Sebab tu, mana-mana pergaduhan, saya banyak beralah ja.

But in this case, saya sendiri kurang jelas. Why it took so long to heal the wound? , I can cure myself, why not you? Astaghfirullahaladzim.. Mungkin besar sangat ni wound that I left dekat dia. Dan kadang-kadang saya rebel dengan apa yang dia buat. Saya rasa saya di buli secara mental. Dan saya xkan biar benda tu terus berlaku. No no no.

*Panjang juga ni my luahan*

Tapi sebenarnya, dari sudut baiknya, Najwa lihat benda ni punya hikmah yang tidak ternilai. Allah cuba tunjukkan sesuatu dan buat sesuatu untuk Najwa. Sebab sahabat yang sorang ni, dia sangat baik dan always a giver. Kebaikkan dia boleh mencairkan mana-mana hati. lol. Sebab tu saya salu guard myself dari falling in love. lol. Tapi kebaikkan dia serious memang boleh buat semua orang attracted towards him. Non can beat it. Honestly.

But sad is, I think, lepas ni semua nya xkan pernah sama dah. Sebab saya rasa dia dah nekad dah ni untuk stop any connection with me. Even saya tanya tentang keadaan bapa dia pun dia xreply dah. Sigh* Petanda pada kebencian yang melampau la tu. This thing happened like so fast! Tapi saya yakin, Tuhan punya hikmah untuk semua ni terjadi. Tuhan tengah berbicara dengan Najwa tentang,

"DETACHMENT"

Selama ni Najwa cuba untuk detach. Tapi segagah mana pasakan bumi si gunung tinggi, tetap telanjang bila di toreh dan di bom berpenjuru. Same with me. Walaupun hati selalu terdetik untuk leave this one friend, tapi dia bukan biasa-biasa. Ada something dekat dia yang buat saya xkan lepas dia. Mungkin kebaikkan dia tu la. I don't know. Cumanya sekarang, saya xperlu dah 'cuba detach'. Tuhan sendiri detach kan untuk saya sahabat yang sorang ni. Tuhan sendiri dah buatkan sahabat saya ni menjauh. Tuhan bantu saya buat detachment tu walaupun menyakitkan. Tapi saya yakin, Tuhan punya rencana. :) Bukan mudah, tapi in shaa Allah boleh. Sakit, sebab bila kita dah too close, known each other, etc. Tiba-tiba masing-masing bawa haluan, dan cara detach tu kurang menyenangkan lagi, memang sakit. Tapi yakin. Saya yakin. Jika dengan satu kehilangan, Tuhan gantikan dengan ingatan yang lebih besar pada Nya, kebergantungan tiada tara padaNya. Itu petanda kepada 'satu kebaikkan' :) iaitu mendapatkan Tuhan, dalam hilang nya keduniaan. :)

Mungkin, inilah titik akhir pada 'pinjaman' yang Tuhan beri. Seorang sahabat yang baik dan memahami. Silap saya mungkin kurang apprecitiation pada teman begini. Silap saya mungkin tidak cuba memahami. Saya sendiri xsangka, benda ni akan jadi this BIG. In shaa Allah, mungkin Tuhan akan pinjamkan saya semula sahabat macam ni bila saya mula beri sepenuh ingat pada Dia.

Untuk sahabat, terima kasih for being there for me. And I'm sorry, sebab mungkin I'm not there with you when you need me.

Selalunya saya jarang mengecewakan teman-teman saya. Sebolehnya saya cuba penuhi, but this time, I feel like miserable sebab dah menghampakan salah satunya.

*Salam maaf permisi ku undur diri*
(ok yang ni saja menghilngkan ke seriousness)
Najwa tetap sayang. :)



*Gambar sekadar hiasan*