Friday, January 27, 2012

Bismillahirrahmanirrahim, "Sekadar perkongsian" =)


Program Iqra' Nabawan
20- 22 Januari 2012

Satu pengalaman yang memanusiakan diri ini. Sewaktu meninjau kawasan sekitar, tiba-tiba, brrooomm,brooommm, bunyi motor lalu tepi saya. Kelihatan seorang lelaki berambut panjang dengan tiga orang anak perempuannya di atas motor tersebut. " Mahu ikut program pakcik?" sapaku. "Ya", jawab pakcik tersebut ringkas. "Ha, mari sini adik-adik, ikut kakak ar..." n_n
Ketiga-tiga mereka mencapai tanganku, sambil kami berjalan beriringan ke surau Kg. Pandiwan. Itulah hari first I met them, hoho... miss them a lot. =')

Ributnya di serbu, ok... camera please... dussshhh, semua berpusu-pusu dengan simbol peace masing-masing. Ya Allah, rindunya... budak-budak ni soft, bersih dan mudah di bentuk. Cuma kawasan tu kurang   insan-insan yang boleh berkhidmat di bidang tarbiyah. Dan pengalaman ini sangat  mengajar erti kasih-sayang. Memberilah tanpa perlu meminta kembali. =)

Ok, yang Najwa tau, akak ni usia dia 23 tahun. Anak dia ada 4 orang, 2 daripadanya OKU. Erm.. selami & cuba fahami. Kesusahan hidup tidak menghalang kakak ni turun ke program yang agak berjarak dari kampungnya. Baby tu? baru berusia sebulan. Ya Rabb, la haula quwwata illa billah.
Tengah duduk dalam surau, akak ni suddenly approached me, saya xberapa ingat the whole conversation, tapi, antaranya, " Bole ndak tinggalkan apa-apa untuk baby ni?", kebetulan ada towel yang Ikal (nanti saya tunjuk picture Ikal k =) pinjam kat tangan saya, "Ermm.. tuala? kak mahu?" . Tanpa banyak soal, kak tu gapai ja apa saya bagi. "Erm... duit? ada tak". Honestly, Najwa ni pengasihan orangnya, but Najwa ndak berapa suka orang meminta-minta, Nabi pun xsuka. Let me feel sympathy on my own, tapi jangan meminta-minta... xelok.. Tapi, bila fikir semula by rational aqal, siapakah juga yang sanggup meminta-minta? Mesti akak ni desperate sangat. Saya jawab, "Maaflah kak, saya ni datang sebagai pelajar.. belum kerja lagi..." =) "InsyaAllah.. sumbangan akan di usahakan oleh pihak yang terlibat". Akak tu just tunduk. "Boleh kak jadi kakak angkat kamu?". Yang penting, akak ni banyak berbual dengan saya tentang keperluan hidup. Hurm... terlalu bergayakah Najwa ni? Nampak kayakah? . Hurm... allahua'lam... apa pun, ikhlaskan...insyaAllah... sumbangan akan di usahakan kak... just wait :)

Ha~ ni Ikal yang saya  sebut tadi :). Mula-mula kenal ni waktu dengar suara budak nangis dekat belakang Prasekolah. Rupanya Ikal jatuh dari gelongsor dekat taman permainan, habis semua baju basah, kakak dia tolong basuh. Mahu di jadikan cerita... saya pun  mandikanlah~ . Ikal guna tuala saya sementara baju dia yang still basah di keringkan.. Lepas mandi, siap pakai bedak lagi ;), sikat rambut.. wangi! ;D Tapi, after di transform, suddenly, semua yang masuk ke bilik private fasi tu tanya, "Perempuan ka lelaki tu?". Haha. Lucu~ tapi, rupanya, dalam diam, Ikal memendam perasaan.. dia tahan nangis... Last-last, blast juga tangisan Ikal. Dia ndak tahan kot di buli kakak-kakak. Ngeh3. Mana ndak, dia kan lelaki, treatment yang di bagi macam dia perempuan pla, apa kes? haha.

Tapi... ada satu ni yang menyentuh hati. Masa salam-salam ngan peserta belia sebelum berangkat pulang. Suddenly, macam ada orang pukul-pukul dari belakang. Saya pusing, " Huh? Ikal rupanya...Kenapa Kal...?". "kakak mau pulang...? mau pulang guna bas itu?", sambil tangan menunjuk ke arah bas. "Iya... kal...=)". "Mau ikut.....". "Nah sudah!! haha." Semua yang lain turut ketawa. Hurm... walaupun ketawa-ketawa gitu, sedihnya juga hati di tanya gitu... macam ndak mau pulang kita jadinya. ='). Adeih, menaip ni pun jadi sebak. InsyaAllah.. kak doakan Ikal jadi anak soleh. InsyaAllah, kak usahakan untuk datang lagi. Rindu Ikal :)

Okeh... perkenalkan~ Baby Roslinda.. anak akak yang dekat atas tu :) Huhu, agak terkejut jugak la, Roslinda belum mampu sangat buka mata dia, tapi mom dia sudah bawak dia jalan-jalan pegi program, Allahu akbar.Camana? Layak dah ka Najwa jadi mom?? pergghh. hehe. Belum sedia gi..... heee.

Ok lah, rasanya, dah lama sangat ngadap screen laptop ni :)
Moga pengalaman yang di kongsi ni, menggarap walau sedikit dari sifat kemanusiaan kita. Kita cukup bertuah di bekal dengan ilmu agama dan harta yang secukupnya, terdapat insan lain yang tidak seberuntung kita. Jadikanlah hambaMu ini antara hambaMu yang bersyukur Rabb. Amiinn..

Selamat malam semua,
Sekadar Perkongsian
;)
Ilalliqo' wa maa'ssalamah~

Wednesday, January 18, 2012



Bismillahirrahmanirrahim..

Tika minda bertatih antara fatamorgana dunia & kehidupan akhirat yang kekal abadi, jiwa beku.. Ya Allah, hantarkanku insan-insan yang membawaku menujuMu. Ya Allah, hambaMu ini ingin kembali kepadaMu dalam keadaan yang Engkau redhai & sejahtera ya Allah. Namun tidaklah ada kekuatan itu melainkan dariMu Tuhanku.. Engkaulah yang paling memahami hambaMu ini ya Allah..

Ya Rabb, seringkali hambaMu ini bermaksiat dalam ibadah kepadaMu ya Rabb.. Namun, Engkaulah yang Maha Mengasihani, tidak langsung menghukum hambaMu ini atas rasa kasih & sayangMu ya Rabb.

Ampunkanlah hambaMu ya Rabb.

Jadikanlah hambaMu ini insan yang bersyukur ya Rabb. Atas semua aturanMu yang tidak memenuhi kehendak hambaMu ini, hambaMu mohon, lapangkanlah dada hambaMu ini ya Allah, pertemukan hambaMu ini dengan hikmahMu ya Rabb. Dan perkuatkanlah jiwa hambaMu ini untuk sentiasa optimis ya Rabb.

='|