Bismillahirrahmanirrahim
~Tinta buat teman ~
~Tinta buat teman ~
Ukhuwah itu di hati,
Walau bersendirian ia pasti menemani,
Bukan di musuhi tapi di sayangi,
bukan dilupai tapi diingati,
setiap yang manis mampu dikenangi,
Walau tiada di mata, ia hadir bila dirindui,
kerana asasnya, ia kekal di dasar hati,
Bukan hanya di sini, tapi dimana jua,
bukan setakat ini, tapi hingga hujung nyawa,
salam ukhuwah, salam rindu jua kerana Allah :)
Illalliqo'.
Comments