Skip to main content

NABI ISA a.s. DENGAN ORANG MABUK CINTA



Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima dan lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Comments

Popular posts from this blog

Hadis 11 (dari Hadis 40 Imam Nawawi)

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم و رحمة الله و بركاته Apa khabar? =).    Jom share ;) "Tinggalkan yang Meragukan"   Daripada Abu Muhammad al-Hassan bin Ali bin Abi Talib r.a, cucu kesayangan Rasulullah SAW berkata bahawa beliau menghafal salah satu daripada sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: " Tinggalkanlah apa yang meragukanmu dan kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu" (Riwayat al-Tirmizi no.2518, al-nasa'i no.5711,8/327-328,Ibn Hibban dan al-Hakim) Huraian dan inti dari hadis: Kalimah yang 'meragukan' bermaksud meninggalkan sesuatu yang menjadikan kamu ragu-ragu dan gantikanlah dengan perkara yang tidak meragukan. Hadis ini kembali kepada pengertian hadis ke enam,yaitu sabda Nabi SAW yang bermaksud, " Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas,dan di antara kedua-duanya banyak perkara yang syubhah". Meninggalkan yang syubhah akan membawa seseorang muslim kepada sifat warak. Ia merupakan manfaat umum dalam usaha me

Apa itu HIV?

So that night. He 'actually' told me about "Rumah Pengasih" ? If I'm not mistaken. He told that, woman with unwanted pregnancy and had HIV stayed in that house. But, my point in this post is his question regarding HIV. "Jadi sebenarnya, apa yang menyebabkan HIV tu ya? Camana la mau ubat tu?" And that night. My typical 'student mind' with exam oriented krik3* moment medical student came out. I cursed my own self as I can only replied those questions in the most 'surface' way.   . So today, I decided, to 'kind of' pay it back . Boleh kan? Ngeh heh.  So, apa sebenarnya HIV tu ? HIV tu sebenarnya stand untuk "Human Immunodeficiency Virus". If kita ada virus ni dalam badan kita, dia boleh bagi kita satu penyakit akhirnya. Iaitu--> AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome).  Unlike other virus. Virus yang satu ni, macamana kau try buang pun, dia ndak akan pernah get rid of, kau kena tanggung sampai mati. Da

Stay Humble :)

The consultant. Yep, they are a consultant, a specialist or in other words, the Mr. Know it all for their specific field. What I want to share tonight, those Doctor I've seen, the more they know, the more humble they became in life. You can view it through their character,  in how they treat people, how they treat those who can do nothing for them :) Dr Cheah told us today. How after you delete your arrogance people will be kind to you. God also kind to you. After the patient died, you don't say,"You all should bring him/her early.If not, the patient can save!". You don't, he said. Don't be arrogant. Be humble and kind to the family member.In fact, both had done their best to save the patient.  In another story, he drove to the hospital above the speed limit. The police stopped him. But due to his reason, as he said he had an emergency case in the hospital with guilt face shown on her face, the policeman forgive him. See? He said :)  . Stay