Skip to main content

Posts

BERHATI-HATI MENJAGA HATI

Asalamualaikum.... ana just share benda ni dari seseorang =). insyaAllah, teruskanlah pembacaan anda ya :) Hati kenalah jaga kerana ia adalah wadah rebutan di antara malaikat dan syaitan. Kedua-duanya berlumba-lumba mengisinya. Jiwa yang bersih, malaikatlah yang mengisinya dengan iman, ilham dan pimpinan insan. Jiwa yang kotor, syaitanlah yang mengisinya dengan was-was, keraguan dan kekufuran.   (Status Mohd Fadli Yusof pada April 25, 8:26pm)  ... Maksud Sabda Rasulullah ï·º, “Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, kalau baik daging itu maka baiklah manusia, kalau ia rosak maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati” (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Nukman bin Basyir) Hati ibarat raja dalam kerajaan diri yang memerintah. Bila syaitan dan nafsu menjadi penasihatnya, kederhakaanlah yang terjadi memenuhi kerajaan diri. Sebaliknya, bila malaikat penasihatnya, atau hati yang murni, sudah bersih, tentulah ketaatan, kepatuhan, ketertiban yang terjadi, memenuhi keraja...

Penat dengan setiap dilema & pilihan.

Bismillahirrahmanirrahim.. "Ya Allah, hati ini sentiasa resah, mencari dan mencari, menghitung setiap detik perjalanan dengan sejuta rasa yang membeku di dalam dada. Adakah hambaMu ini sudah benar-benar memilih? Tunjukkan ya Allah, tunjukkan ya Allah, tunjukkan ya Allah....... HambaMu penat terus di buru rasa bersalah,, penat Ya Allah, penat... Hanya kepada Mu saja hambamu mohon petunjuk ya Allah.... Tunjukkan hambaMu ini jalan yang terbaik."

Mohon Maaf atas segala silap & mohon di doakan =)

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم و رحمة الله و بركاته Di kesempatan ini, Najwa mahu mohon maaf, beribu-ribu dan jutaan kemaafan, jika ada yang tersinggung, terguris, terasa, terluka, kecewa sebab sikap dan perangai Najwa, mohon maaf.....sangat-sangat!! Mungkin ada yang agak tidak senang dengan kata-kata or perlakuan kasar Najwa Binti Haris.. Maaf ya ^_^, ala...0-0 la ya? =) hehe. Dan satu hal lagi, Najwa minta halal, yang Najwa makan, minum, samada sengaja mahupun tidak sengaja... mana tahu kan.... kunyah punya kunyah, ek?? siapa punya ni?? hehe...Halalkan ya?;), jgn lupa.. Last but not least, mohon di doakan untuk exam final Sem III ni, start 23-27 Mei 2011. Doakan di mudahkan menjawab soalan, di mudahkan memahami soalan , di beri kesihatan yang secukupnya sepanjang minggu exam.... Paling penting ;), heee... di beri keputusan yang setimpal dengan usaha......(Kalau tidak setimpal tapi dapat lebih, boleh juga doakan... ehe, manatau rezeki kan =))heheh. Jangan lupa doakan ya=). Al...

Ukhti

Asalamualaikum ^_^ Erm, nukilan kata kali ni tiba-tiba lahir dari hati saat suatu hari saya selesai solat dan ternampak akak-akak ex-Usrah, walaupun saya ndak join usrah lama lagi, tapi, ukhuwah yang tersemai ndak mungkin dapat di putus, sebab ukhuwah tu terpatri di hati biar macamna pun cuba di hindari =). Saat saya lihat akak tu, hati saya tenang, jiwa saya keliru, tapi, moga Allah bukakan jalan terbaik untuk di terokai. =) "Buat ukhti" Saat terpandang wajahmu, hati berdetik mengatakan, indahnya... Indahnya kau pada kesederhanaan yang kau miliki. Tatkala menatap wajahmu, hatiku berkata, Kau menilai kecantikan dari sudut yang berbeza, Kecantikkan yang kau miliki bukan pada wajah yang di lapisi bedak tebal, bukan pada krim-krim muka yang memutihkan kulit, Bukan juga pada eye liner yang menonjolkan susuk mata. Kau....cantik.. Sebab kau sederhana, akhlakmu indah, Senyumanmu ikhlas keranaNya, Dalam penat kau melayan senyumku, Kau nampak tenang, Hatimu di penuhi cintaNya, S...

Bila diri tidak seperti apa yang kau fikirkan

Bismillahirrahmanirrahim Asalamualaikum. "Jika aku bukan aku yang kau fikir dan harapkan" Saat diri bertatih berdiri menongkah arus kederasan duniawi, kau menemani, Tapi bukan menemani untuk mendepani, cuma menemani untuk melaluinya secara berdikari, kau mahukan yang sempurna, kau inginkan yang kudus tanpa silap walau sebesar zarah, Aku bermonolog sendiri.. Kau mahu yang bagaimana? Yang perfect tanpa cacat cela?? Yang boleh mengungkap tapi tidak menyingkap naluri yang tersembunyi? Jangan kau silap.. Penilaian manusiawi lemah, pancaindera yang Dia beri belum tentu bisa menembusi rahsia yang terkandung dalam diri, hanya saja, Dia yang lebih mengetahui, Hakikat kerahsiaan roh dan rahsia hati yang tersembunyi. Namun usah gusar, Normallah kita sebagai manusia yang banyak tertipu dengan pandangan mata ini, Hatta nabi Ibrahim turut ingin melihat Tuhan dengan matanya sendiri, ternyata, mata tidak bisa melihat secara menyeluruh. sehingga kadang, ia kabur dengan fitnah yang di se...

Allah, Rasulullah dan Family ku =)

Bismillahirrahmanirrahim Asalamualaikum w.b.t Melabuhkan tirai kerinduan terhadap keluarga :) My parent always the strong element that make me feel enthusiasme in my life. No one can replace! Naughty young brother who makes me laugh, always! Make me cheer in anger. But one thing, he a little bit lazy in study, for you my brother, good luck in PMR this year. Don't consume too much time in playing 'games'.. Remember what mom said ;). Ladies in the HousE....!! Clean our house, make it always clear n condusive.... Cheer!! Young sist, don't just sit and look at our old sist doing work.... you're big enough.... Good Luck in SPM this year ;). Be a doctor or nutritious ;). U're just cool if u know how to make urself cool ;). "My family" Dalam menerjah alam penuh pancaroba, Ku mengintai beberapa pintu yang mencerminkan persepsi kehidupan, Ku tercari-cari kasih sayang yang boleh membuatku tersenyum bahagia saat duka menewaskan kekentalan jiwa...

Resahnya Sang Hati yang Teruji

Bismillahirrahmanirrahim. "Bersabarlah wahai Hati" Wahai secebis daging yang selalu membantu menggambarkan rasa, Tidak kiralah marah. sedih, kecewa, gembira, hatta bahagia sekalipun engkaulah cerminannya, Wahai secebis daging yang selalu menjadi punca resahnya jiwa, Tenanglah engkau dalam dakapan iman yang baru di baja.. Wahai secebis daging, Hari ini aku sudah mula menongkah arus kedewasaan, Aku melihat panoramanya berbeza, Penuh warna dan kadang gelap hilang punca cahaya, Wahai secebis daging, Kekuatan dan kesabaran yang ku tahan semakin tipis terhakis, Lantaran dilanda arus yang vice versa dengan kebenaran.. Ku mencari kekuatan! ku selongkar kitab-kitab pengukuh iman, Hasil tangan Fatimah Syarha, Kitab-kitab keluaran PTS, semua ku buka, Namun ku akui, tanpa teman yang juga utuh pada paksi yang sama, Aku rapuh.... Terbelenggu antara fantasi dan kehidupan realiti.. Adakah aku harus berpijak pada 'Prinsip'?? Saat aku sendiri menyaksikan, sahabatku berubah seca...

Hadis 11 (dari Hadis 40 Imam Nawawi)

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم Ùˆ رحمة الله Ùˆ بركاته Apa khabar? =).    Jom share ;) "Tinggalkan yang Meragukan"   Daripada Abu Muhammad al-Hassan bin Ali bin Abi Talib r.a, cucu kesayangan Rasulullah SAW berkata bahawa beliau menghafal salah satu daripada sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: " Tinggalkanlah apa yang meragukanmu dan kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu" (Riwayat al-Tirmizi no.2518, al-nasa'i no.5711,8/327-328,Ibn Hibban dan al-Hakim) Huraian dan inti dari hadis: Kalimah yang 'meragukan' bermaksud meninggalkan sesuatu yang menjadikan kamu ragu-ragu dan gantikanlah dengan perkara yang tidak meragukan. Hadis ini kembali kepada pengertian hadis ke enam,yaitu sabda Nabi SAW yang bermaksud, " Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas,dan di antara kedua-duanya banyak perkara yang syubhah". Meninggalkan yang syubhah akan membawa seseorang muslim kepada sifat warak. Ia merupakan manfaat umum dalam usaha me...

ANALISIS KENAPA AL-QURAN TURUN KEPADA BANGSA ARAB

1.         Bahasa Arab Ia adalah antara bahasa yang tertua di dunia, dan bahasa ini adalah bahasa yang asli (authentic), yakni, tidak ada ceduk-menyeduk bahasa asing, spt bahasa Inggeris @ bahasa Melayu sekalipun.. Bahasa yg paling tepat untuk menerangkan tentang isi kandungan Al Quran. Bahasa yang terindah utk nukilan puitis  2.        Bangsa Arab Adalah bangsa yang terkenal dengan puisi dan syair, dan arif menghafal.. Adalah bangsa yang terkenal dengan sifat degil, kasar ( pengaruh  geografi), dan kejam (seperti membunuh anak perempuan) serta budaya dan  amalan-amalan  sesat seperti menyembah berhala, arak, judi, perempuan, sihir dan sebagainya. Cabaran : sifat-sifat tersebut adalah merupakan satu cabaran yang hebat untuk Nabi SAW meyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat yang sebegini rupa.  Kalau nak dibandingkan dengan bangsa-bangsa sebelah timur, walaupun kafir, budaya...

Its not easy to make all people around us satisfied *_*

Uhu ~ bingung! mana satu nak layan dulu ni??? Bismillahirrahmanirrahim. Asalamualaikum w.b.t =) Meet  you all again in this entry ;). Want to share some sort of small awkward feeling here, but still consider it normal. But before that, lets go through this ~ " Behold in the Remembrance of Allah do hearts find satisfaction." (13-28) From that "ayaht", what appear in ur mind?? =) Its about satisfaction right?. Erm..... Before I tell you the main thing that I should share in this entry, let me share some story =). " Linda & Ciciy ni sahabat baik. Dorang jumpa tym kat tempat belajar d Institut ....{rahsia}, ehe. Selama ni, diorang kawan baik ja. Tapi, satu kali tu, kawan c Linda, iaitu c Ciciy ni, asyik-asyik buat muka masam, kasar kalau berkata-kata, [ndak la kasar sangat pun, kasar dari biasa la ] , asyik-asyik tunjuk muka la! ndak habis2 ! {ehe, emosi pla kan :P}, mungkin atas dasar ketidakstabilan hormon kan... ala, biasalah...wanita kan ;)... he...

Field Trip sandakan =)

Bismillahirrahmanirrahim Asalamualaikum w.b.t. Hanya gambar yang menjadi bukti bicara, kerana lidah kelu untuk berkata :) Sebelum bertolak, kat SST Tink' ;) Sempat melawat anak2 RPH jap :) Mamil Fikri beberapa minit selepas sampai d Ranau =) Ladang teh :) wah... happy sakan Nabilah... cantik ba ladang tehnya =) Asasis' man Jima layan blues ~~ Berposing sebentar =) awal pagi, sebelum bertolak SESB Jennyta Alhamdulillah~  *_*, ni ja stakat ni mampu upload =). Illalliqo'ma'assalamah =)

Program Menara Gading 2011. Membuka Mata Hatiku yang selaMa ini Kaku.

Bismillahirahmanirrahim. Asalamulaikum w.b.t harap semua teman-teman sihat hendakNya =) Ha! this week, Najwa turut membantu dalam Program Menara Gading (PMG) 2011.Tapi, kali ni Najwa merungkai setiap apa yang Najwa belajar, dari perspektif yang agak berbeza ;)... erm... slightly different :). Sebab.... kali ni.... Najwa jadi salah seorang "chef". ehehehe....Perasaan tu.... mmg!! sangat-sangat berbeza!.  I learn many things. And this experience make me always thank to others. =). Pengajaran yang najwa dapat: 1. Najwa berterima kasih sangat dekat "mbak-mbak" yang masak utk semua pelajar masa zaman sekolah dulu. Ndak sangka pulak, masak untuk ramai orang ni perlukan mental & fizikal yang agak kritikal juga.Syukur ada kak Jue, banyak bagi tunjuk ajar =). kak Ain, kak Nana, Yuni, & Atul. :). 2. Najwa tau sda.... macamana mau pegi 'pasar ikan' waktu pagi... jam 4 pagi?? aduyai..... first time... tp, kak Jue kata, time tu la ikan baru sampai... fresh! ...

Anak-anakku =)

Bismillahirrahmanirrahim.  Asalamualaikum w.b.t PROGRAM KAMI SAYANG & PRIHATIN (KSP). Unforgetable memory! Lets take a look ;) Malam pertama sampai kat RPH =) Solat jama' qasar b'jemaah, then kitorang dengar pengisian dari Dr Abdullah =) Semua busy ngan persiapan program. Inilah wadah merapat ukhuwah antara kami =) Yassir, consider as a good brother for anak2 RPH, and maybe.... for us ;) Our YDP, who always commited with da'wah.   Wou!! sabar adek2ku... sangat ribut + meriah!! Tu yang najwa peluk tu, Azrul nama dia, suka senyum sebenarnya, kalau senyum nampak semua gigi, pipi tembam pun naik =). tp, kat gambar, buat muka macho la pulak~~ hehe . Yang sorang g Adha... Allahuakbar...hyperaktif! xble duk diam! d suruh mandi xmau,, bila sebut, "nanti bagi 20 sen,"ha! baru dia b'gegas mau mandi. Banyak karenah... tapi seronok layan =). lucu ngan adek2 ni =). kalau kawan2 yang baca entry ni ada masa, cuba2 lah turun padang lawa...