Skip to main content

BERHATI-HATI MENJAGA HATI

Asalamualaikum.... ana just share benda ni dari seseorang =). insyaAllah, teruskanlah pembacaan anda ya :)

Hati kenalah jaga kerana ia adalah wadah rebutan di antara malaikat dan syaitan. Kedua-duanya berlumba-lumba mengisinya. Jiwa yang bersih, malaikatlah yang mengisinya dengan iman, ilham dan pimpinan insan. Jiwa yang kotor, syaitanlah yang mengisinya dengan was-was, keraguan dan kekufuran.
 

(Status Mohd Fadli Yusof pada April 25, 8:26pm) 
...

Maksud Sabda Rasulullah ﷺ, “Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, kalau baik daging itu maka baiklah manusia, kalau ia rosak maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati” (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Nukman bin Basyir)

Hati ibarat raja dalam kerajaan diri yang memerintah. Bila syaitan dan nafsu menjadi penasihatnya, kederhakaanlah yang terjadi memenuhi kerajaan diri.

Sebaliknya, bila malaikat penasihatnya, atau hati yang murni, sudah bersih, tentulah ketaatan, kepatuhan, ketertiban yang terjadi, memenuhi kerajaan diri, yang dilaksanakan oleh rakyatnya, iaitu jawarih (jasad/fizikal) yang dapat dilihat oleh mata.

Bila hati baik dan bersih, hati yang baik dan bersih itu akan mendorong mata melihat hanya perkara-perkara yang baik, telinga akan taat, hanya mendengar perkara yang halal dan baik-baik sahaja. Perut hanya menerima makanan yang halalan taiyiban, hasil dorongan hati yang baik. Segala jawarih akan terjaga dan terpelihara dari perkara-perkara mungkar, kerana hati yang telah baik, taat dan patuh dengan perintah-perintah Allah Yang Maha Baik.

Sebaliknya pula, jika hati jahat, tidak beriman, ia akan dorong mata buat maksiat, melihat perkara haram dan lucah. Ia akan dorong pula telinga mendengar umpat dan keji, dengar berita bohong dan fitnah. Lidah pula akan berkata bohong, lucah, mengumpat dan memfitnah. Kaki akan melangkah ke tempat-tempat maksiat, jauh sekali nak melangkah ke masjid...segala fizikalnya terarah kepada kejahatan, hasil dari arahan hati yang jahat tidak mahu beriman tadi.
Oleh itu, jagalah hati, kerana ia hakikat diri, bahkan menjadi raja di dalam kerajaan diri.
Hati yang menjadi raja kerajaan diri itu ibarat wadah (bekas), untuk diisi sesuatu yang indah. Ilmu, ilham, hikmah, taufik dan hidayah dari Allah, Tuhan yang Maha Menganugerah.

Allah tidak akan mengisi ilmu, ilham, hikmah, taufik dan hidayahNya dalam wadah yang kotor. Mana boleh barang yang berharga diletak ke dalamnya, selagi belum bersih. Bekas yang kotor hanya layak diisi dengan benda yang kotor. Macam tempat buangan sampah, segala kekotoran dilempar kepadanya.

Berhati-hatilah menjaga hati, bersihkan ia selalu dari mazmumah (sifat-sifat terkeji) yang melulu. Gilaplah ia hingga bercahaya, agar layak ia menampung anugerah dari Al Khaliqur Rahman. Yang berupa iman, hidayah dan taufik, ilmu dan hikmah, serta lain-lain lagi yang tidak ternilai harganya.

Anggota lahir dengan yang bathin (hati atau roh) pasti ada kaitannya. Jasad lahir ini adalah sarang sementara bagi roh, yang mana jika roh meninggalkan jasad, pastilah jasad itu akan dipanggil mayat. Doktor yang merawat penyakit lahir menyuruh menjaga hati yang lahir, serta lain-lain anggota, agar sentiasa sihat dan berfungsi dengan baik. Tetapi yang lebih penting dari itu, kita disuruh menjaga hati yang bathin, yang disebut sebagai jismullatif, yakni benda halus yang bersifat maknawiah atau abstrak. Iaitu tidak dapat dilihat oleh mata kepala tetapi terasa akan adanya...

Inilah yang dimaksudkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud: “Mereka bertanya kepada engkau wahai Muhammad tentang roh. Hendaklah engkau katakan kepada mereka, ‘Roh itu adalah urusan daripada Tuhanku’...” (Al Israk: 85)

Lazimnya manusia sangat memberi perhatian dan mengawasi kesihatan fizikal. Pengawasan dibuat dengan seribu satu macam cara. Apabila mengalami sakit atau sebarang gangguan, biasanya tanpa lengah lagi manusia akan segera menemui doktor. Andainya tidak berkesan daripada rawatan biasa, berpindah pula ke doktor atau rawatan pakar.

Anehnya, tidak demikian sikap manusia dalam menghadapi penyakit hati atau rohani. Sama ada manusia mengambil sikap terus tidak peduli langsung atau mereka memandang remeh terhadap persoalan hati atau roh. Padahal kesan dan akibat daripada penyakit hati atau roh bukan sahaja mencetuskan berbagai kejahatan dan kemungkaran malah akan diseksa di Neraka Allah SWT di Akhirat kelak, wal’iyazubillah.

Mari kita lihat betapa dahsyatnya penyakit hati berbanding penyakit yang lahir atau bersifat fizikal...
 

  * Penyakit lahir walau bagaimana teruk sekalipun, ia hanya merosakkan badan, tapi penyakit roh atau hati menghancurkan apa yang ada di dunia ini.
    * Penyakit badan kalau sudah teruk sangat, membawa mati badan, tapi penyakit roh atau hati membawa matinya iman dan Islam.
    * Penyakit badan sakitnya tidak kekal, tapi penyakit roh atau hati seksanya kekal abadi.
    * Penyakit lahir hanya manusia yang benci, lebih lagi jika penyakit yang nampak dikulit, seperti kudis, kurap, berbau busuk dan lain-lain, tapi penyakit batin Allah benci.
    * Penyakit lahir menguruskan badan, tapi penyakit batin menguruskan iman. Bila iman kurus, maka kuruslah amal, banyaklah derhaka.
    * Penyakit lahir tidak dipandang hina oleh Islam, malah dapat pahala dan boleh masuk Syurga jika sabar dan redha, tapi penyakit batin dipandang hina.
    * Penyakit lahir tidak sampai hilang kepercayaan orang, tapi penyakit batin sampai menghilangkan kepercayaan orang.
    * Penyakit lahir tidak membawa permusuhan, perpecahan dan peperangan, tapi penyakit batin membawa pergaduhan, perpecahan dan peperangan, kerana di sana ada dendam, hasad dan dengki, ada ego sombong takabbur.

Jarang manusia perasan penyakit-penyakit batin, malah tidak pernah memikirkannya, kerana selama ini kita hanya diajar untuk jaga fizikal, tidak diajar menjaga hati.
 

Salah satu cara mengesan apakah kita sudah terkena penyakit batin, sebagai perbandingan agar mudah difaham, jika penyakit lahir, seperti demam, kita tak lalu atau tak selera nak makan. Begitu juga penyakit batin, kita tidak selera nak beribadah kepada Allah. Jika rasa malas beribadah, itu tandanya penyakit batin sedang subur dalam diri kita...bahaya!

Oleh kerana pentingnya hati dan roh, maka ia hendaklah dijaga sungguh-sungguh, caranya...

Sebagaimana kita beri jasad fizikal makanan yang cukup, berkhasiat dan berzat, wajiblah kita memberi makanan yang cukup untuk jasad batin kita, roh atau hati. Makanannya ialah solat, zikrullah, membaca Al Quran, tasbih, tahmid, selawat, melihat kebesaran-Nya melalui pemandangan dan mengingati mati.

Berilah ia pakaian iaitu dengan sifat-sifat taqwa.
Jauhkan hati itu dari sebarang penyakit seperti marah, bakhil, pendendam, sombong, riyak, ujub dan sebagainya.

Pernah suatu ketika, seorang pesakit datang kepada seorang arif, Sofyan r.m. Pesakit itu bertanya kepadanya, "Ya Sofyan, aku ini menderita penyakit jauh dari Allah Taala. Tolong beri aku ubat penyembuhnya, ya Sofyan..."

Sofyan r.m, ulama yang arif itu lalu berkata kepadanya, "Ya saudaraku, hendaklah kau mengambil beberapa buah akar KEIKHLASAN, daun-daunan KESABARAN, dan perahan KERENDAHAN HATI.

Letakkan semua dalam wadah KETAQWAAAN, lalu tuangkan ke dalam cairan RASA TAKUT, kemudian adun dengan api KESEDIHAN.

Saringlah dengan saringan KEWASPADAAN dan kemudian ambil ramuan itu dengan tangan KEJUJURAN, lalu minumlah dari gelas ISTIGHFAR yang telah dicampurkan dengan air KESOLEHAN.

Sesudah itu jauhkanlah dirimu dari RAKUS dan SERAKAH, InsyaAllah dengan izin Allah Taala, engkau akan SEMBUH dari penyakitmu itu."

Sofyan At-thauri r.m didatangi orang untuk merawat penyakit batinnya, yakni sifat-sifat mazmumah yang terkeji. Amat jarang orang di zaman kita ini mencari guru atau ulama untuk merawat penyakit batin, yang banyak cari ubat kuatkan tenaga batin (yang masih dalam kategori penyakit lahir).

Ertinya, merawat penyakit mazmumah batin itu dengan iman, dengan taqwa. Jalannya mujahadah dengan nafsu.

“Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah beserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69)

محمد فضلي بن يوسف

08 Jamadil Akhir 1432H

12 Mei 2011

Silakan share

(Jika ingin kongsikan di blog, atau di copy paste ke nota anda, sila nyatakan nama saya dan buat pautan ke FB saya, agar saya mudah menjawab segala persoalan yang timbul dari artikel ini. Link terus ke FB saya: http://facebook.com/mfadli11 atau ke note ini, http://www.facebook.com/notes/mohd-fadli-yusof/berhati-hati-menjaga-hati/10150247604411719)

Berumrah bersama kami - Bimbingan dan tarbiyah sepanjang jalan. Rabbani Travel & Tours Sdn Bhd, hubungi saya 012-4962812, Mohd Fadli Yusof.

Comments

Popular posts from this blog

Hadis 11 (dari Hadis 40 Imam Nawawi)

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم و رحمة الله و بركاته Apa khabar? =).    Jom share ;) "Tinggalkan yang Meragukan"   Daripada Abu Muhammad al-Hassan bin Ali bin Abi Talib r.a, cucu kesayangan Rasulullah SAW berkata bahawa beliau menghafal salah satu daripada sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: " Tinggalkanlah apa yang meragukanmu dan kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu" (Riwayat al-Tirmizi no.2518, al-nasa'i no.5711,8/327-328,Ibn Hibban dan al-Hakim) Huraian dan inti dari hadis: Kalimah yang 'meragukan' bermaksud meninggalkan sesuatu yang menjadikan kamu ragu-ragu dan gantikanlah dengan perkara yang tidak meragukan. Hadis ini kembali kepada pengertian hadis ke enam,yaitu sabda Nabi SAW yang bermaksud, " Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas,dan di antara kedua-duanya banyak perkara yang syubhah". Meninggalkan yang syubhah akan membawa seseorang muslim kepada sifat warak. Ia merupakan manfaat umum dalam usaha me...

Apa itu HIV?

So that night. He 'actually' told me about "Rumah Pengasih" ? If I'm not mistaken. He told that, woman with unwanted pregnancy and had HIV stayed in that house. But, my point in this post is his question regarding HIV. "Jadi sebenarnya, apa yang menyebabkan HIV tu ya? Camana la mau ubat tu?" And that night. My typical 'student mind' with exam oriented krik3* moment medical student came out. I cursed my own self as I can only replied those questions in the most 'surface' way.   . So today, I decided, to 'kind of' pay it back . Boleh kan? Ngeh heh.  So, apa sebenarnya HIV tu ? HIV tu sebenarnya stand untuk "Human Immunodeficiency Virus". If kita ada virus ni dalam badan kita, dia boleh bagi kita satu penyakit akhirnya. Iaitu--> AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome).  Unlike other virus. Virus yang satu ni, macamana kau try buang pun, dia ndak akan pernah get rid of, kau kena tanggung sampai mati. Da...

In mission!

Dalam beberapa trilion detik lagi, dia mau kawen. Gitewww~ untuk 'memperpanjang' 'masa', aku guna detik instead of 'bulan'. lol. 22 November kata nya. Bah. Ready for the busy mission gais. Kawan mau kawen.  Siapakah?  Mak Jemah balik Kg naaa Si kakak long garang and caring kau :) Walaupun aku tua setahun. Yeap. Dia lagi layak kawen dulu dari aspek 'matang' tu. Ngeh he he. Se mak cik -mak cik aku. Dia lagi 'mak' dari aku in terms of jaga hubungan dengan orang kan. So, ndakpa. Biar dia langkah al-bendul dulu. luls.  * Actually, sekarang ada satu tab penting dari blog ni. Autism tajuk nya. Prepare slide seminar. Tapi kau release tension jap. Pegi tab yang ini. haha. Tahu kah engkau? aku release tension, bila aku menulis. Kadang-kadang aku menyanyi. xD "Baca Quran oi" 'Ok'  * Jangan. Jangan hidup dengan amarah. Jangan. Jangan hidup mencengkam dendam.  Jangan. Jangan biarkan hati ber darah dan necro...