Bismillahirrahmanirrahim...
Asalamualaikum w.b.t teman-teman yang di sayangi...
"Pandangan mata itu laksana anak panah beracun daripada anak panah iblis. Sesiapa menahan pandangannya daripada keindahan-keindahan wanita, maka Allah mewariskan kelazatan beribadat di dalam hatinya...."
Perintah Allah
Tahanlah sebahagian pandanganmu pada apa yang tidak perlu.
Awaslah, pandangan mata boleh menyihir!
Kerana larangan pandangan mata ini berkait rapat dengan memelihara diri daripada lembah terkutuk, zina.
Tidak hairanlah, sungguh hikmah peringatan Allah s.w.t dalam surah al-Nur ayat 30-31 yang bermaksud :
"Katakanlah kepada lelaki-lelaki beriman: 'Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.Yang demikian itu lebih suci bagi mereka.Sesungguhnya, Allah mengetahui apa yang mereka lakukan'.Katakanlah kepada wanita yang beriman;'hendaklah ,mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya''"
Perintah Allah s.w.t bukan bermaksud menahan pandangan secara total tetapi pada sebahagian pandangan yang boleh memandu seseorang kepada kerosakkan. Manakala, menjaga kemaluan wajib secara total.
Kisah lirikan mata al-fadhl
Dikisahkan dalam al-sahih, al-Fadhl bin Abbas, pernah dalam satu perjalanan dari Muzdalifah ke Mina, menumpang unta Rasulullah s.a.w untuk melaksanakan korban di sana. Dalam perjalanan itu, tiba-tiba ada beberapa ekor unta yang di tunggangi oleh kaum wanita melepasi mereka.
Al-Fadhl teruja melihatnya. Lirik matanya terpesona.Rasulullah s.a.w peka dengan anak muda itu. Baginda lantas memalingkan mata al-Fadhl ke arah lain.
jelas pada kita, jika pandangan sebegitu di bolehkan, sudah tentu Rasulullah s.a.w membiarkan saja al-Fadhl menikmati pandangannya.
KEINDAHAN MENAHAN PANDANGAN MATA
1. Memerdekakan hati daripada kelalaian.
Jika orang yang mabuk arak mampu segera sedar kembali namun orang yang mabuk cinta sukar menyedarkan kembali kewarasannya walau di ketuk berkali-kali.Kelalaian hatinya akan mengheretnya perlahan-lahan ke dalam mimpi ngeri.
2.Menajamkan akal
Orang yang menahan mata ialah orang yang sedang berusaha menajamkan akalnya kerana kemampuan akal mempertimbangkan akibat daripada pandangan itu. Akal yang sering di asah pasti kuat dan kukuh.
3."Menyimbah" api neraka jahanam.
Oleh sebab pandangan mata itu pintu syahwat, yang membuat iman jadi tergugat lalu tertarik hendak berbuat maksiat.Apabila sudah berbuat maksiat, sudah tentu api neraka menjadi tempat kembalinya. Tahanlah pandangan, insyaAllah, terpadamlah jahanam.
4.Menguatkan hati dan menyalakan keberanian
Ada di sebut di dalam athar."Sispa yang menentang hawa nafsunya,maka syaitan menjadi takut kepadanya." Jika syaitan takut, sudah tentu hati yang menjadi rebuatn syaitan itu kuat, Bila hati kuat, keberanian menjadi mantap.
5.Kepuasan menahan nafsu
Kita pasti berasa nikmat gembira apabila memperoleh sesuatu kejayaan. Begitu juga kegembiraan yang akan kita nikmati apabila berjaya bermujahadah diri menahan pandangan.
6.Mudah menerima ilmu.
Berkata Waqi' guru Imam Syafie : "Ilmu itu cahaya, dan cahaya tidak menembusi hati yang berbuat maksiat". Pandangan mata yang tidak di jaga, memberi kesan kepada hati. Jika hati hitam, sukarlah cahaya ilmu menadahnya.
7. Menguatkan firasat yang benar.
Orang beriman yang bersih hatinya lantaran menjaga pandangan mata akan mampu mempunyai kekuatan firasat.Firasat itu buah cahaya. Jika hati bersih bercahaya, firast sukar meleset.
8.Bebas daripada penyesalan.
Sekali saja memandang, ingatannya sukar di buang.Tika itu, hati sukar bersabar, dosa mudah menyambar. Apabila sudah terjebak, air mata tidak mampu lagi mengundur masa.
Allahu'alam...
Sumber; Solusi Isu No.18.
Semoga sama-sama kita dapat muhasabah.
Saya tertarik sangat dengan artikel ni, sebab,suatu hari tu, ada satu senior saya kat UMS (lelaki), kami terserempak.. Mulanya, saya buat don't know je lah...jalan slumber, tengok bangunan, tempat parking...ye lah, malu juga mau pandang....huhu
Then, yang saya ndak sangka tu, bila kami dah macam dekat-dekat nak ambik jalan yang sama. Dia terus ubah haluan, ambik jalan bawah pokok, smabil tunduk, langsung tak nak pandang,huhu. Gegar juga hati time tu, tertanya-tanya, siapalah orang ni ea?..
Astaghfirullahaladzim.....balik-balik saya beristighfar pastu...
Hurm....tu jugak lah pentingnya menjaga pandangan mata.Bayangkanlah kalau kami sama-sama pandang memandang time tu, nau'zubillah...entah lah, down habis kali iman ar. Mudah-mudahan Allah memelihara ku.amin...
Ok....Illaliqo'maa'ssalamah.
(Buat Hisyam, sorry ea...ambik gambar yang lawa tu dr blogmu, hihi~)
Comments