Skip to main content

Tinggalkanlah yang haram, Allah akan menggantikannya dengan yang halal.

Bismillahirahmanirrahim.

Tinta buat diri & teman ~

Jom kita sama-sama hayati kisah ni :)

TAUBAT SEORANG LELAKI

Suatu malam yang hening, kelihatan seorang lelaki berjalan-jalan di sekitar Madinah dalam keadaan lapar. Dia berhenti di luar sebuah rumah kerana terhidu bau makanan. Imannya belum cukup kuat untuk membuat pertimbangan yang waras dalam menyuluh tindak tanduknya, kerana terliur dengan makanan itu, dia menyusup masuk kedalam rumah tanpa izin tuan rumah tersebut.

Melihat makanan yang menyelerakan di satu sudut rumah, dia segera mencapainya, tetapi tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Kata-kata yang di dengarinya daripada rasulullah s.a.w dalam satu majlis ilmu di Masjid Nabi siang tadi terlintas di benaknya. Rasulullah berpesan, "Barangsiapa meninggalkan yang haram dia akan mendapat yang halal." Mengingatkan kata-kata itu, dia tidak jadi untuk mengambil makanan tadi. Dia hendak segera beredar, tetapi ada godaan lain pula.

Telah terlihat olehnya barang kemas. Kalau dia ambil, tentu tidak ada siapa tahu. Segera barang kemas itu digenggamnya. namun sekali niat jahatnya di matikan. Teringat lagi dia kepada pesan Rasulullah s.a.w " Tinggallah yang haran dapat yang halal". Diletak kembali barang yang berharga itu. Haram mengambil barang milik orang lain.

Namun sebelum dia beredar.....datang lagi satu godaan yang lebih besar. Dadanya berdebar kencang apabila melihat seorang wanita cantik sedang lena tidur di kamar peraduannya. Pintu kamar itu dilangkah masuk. Wanita itu dirapati. Tangannya menggeletar, peluh memercik membasahi tubuh. Nafsu membisikkan kata-kata indah untuknya. Berlaku perebutan nafsu dan bisikan kata-kata Rasulullah s.a.w, "Tinggallah yang haram, akan dapat yang halal. Akhirnya dia beristighfarr dan perlahan-lahan beredar.

Berkat pesanan Rasulullah s.a.w yang melekat disanubarinya, dia berjaya mematahkan keinginan nafsunya. Kelegaan yang amat sangat terasa di hatinya apabila keluar dari rumah tadi dan kemudian memijakkan kaki di Masjid Nabi. Kerana berjaya dalam peperangan sengit mengalahkan nafsu yang mengajak kepada yang haram, dia diberi ketenangan yang luar biasa oleh Allah SWT. Seketika kemudian, subuh tiba. Selepas solat subuh berjemaah, lelaki itu merebahkan diri di masjid kerana terlalu mengantuk akibat berjaga semalaman. Apabila matahari telah meninggi, seorang wanita datang bertemu dengan Rasulullah s.a.w di masjid. Dia mengadu rumahnya dimasuki orang.

Dia takut diganggu lagi, lalu memohon mendapatkan seorang pengawal yang dapat menjaga harta bendanya. Setelah di tanya, rupanya si wanita itu seorang janda. Baginda memandang sekeliling kalau-kalau ada orang yang dapat menjaga wanita itu.

Melihat lelaki yang sedang lena di suatu sudut masjid, baginda menemuinya. Ditanyakan siapakah gerangan dan adakah dia telah beristeri. "Saya seorang duda," jawab lelaki itu yang hidupnya kurang terurus selepas kematian isterinya. Baginda bertanya apakah kedua-dua janda dan duda itu bersetuju untuk dijodohkan.

Mereka berdua tersipu malu. Kerana terharu dengan pilihan Rasulullah s.a.w dan teringat perbuatannya malam tadi, lelaki itu tidak dapat menahan diri daripada menangis lalu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di rumah wanita tersebut. Lalu, dia bertaubat. Akhirnya Rasulullah s.a.w berkenan menikahkan lelaki dan wanita itu dengan disaksikan oleh para sahabat. Demikianlah berkat meninggalkan yang haram, dia mendapat yang halal sebagai gantinya. Kini, wanita cantik itu dan segala di dalam rumah itu menjadi halal baginya.

Begitulah kisahnya...


InsyaAllah.. pedoman buat diri kita juga...

Illalliqo' (^_~)

Comments

Popular posts from this blog

Hadis 11 (dari Hadis 40 Imam Nawawi)

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم و رحمة الله و بركاته Apa khabar? =).    Jom share ;) "Tinggalkan yang Meragukan"   Daripada Abu Muhammad al-Hassan bin Ali bin Abi Talib r.a, cucu kesayangan Rasulullah SAW berkata bahawa beliau menghafal salah satu daripada sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: " Tinggalkanlah apa yang meragukanmu dan kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu" (Riwayat al-Tirmizi no.2518, al-nasa'i no.5711,8/327-328,Ibn Hibban dan al-Hakim) Huraian dan inti dari hadis: Kalimah yang 'meragukan' bermaksud meninggalkan sesuatu yang menjadikan kamu ragu-ragu dan gantikanlah dengan perkara yang tidak meragukan. Hadis ini kembali kepada pengertian hadis ke enam,yaitu sabda Nabi SAW yang bermaksud, " Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas,dan di antara kedua-duanya banyak perkara yang syubhah". Meninggalkan yang syubhah akan membawa seseorang muslim kepada sifat warak. Ia merupakan manfaat umum dalam usaha me...

Apa itu HIV?

So that night. He 'actually' told me about "Rumah Pengasih" ? If I'm not mistaken. He told that, woman with unwanted pregnancy and had HIV stayed in that house. But, my point in this post is his question regarding HIV. "Jadi sebenarnya, apa yang menyebabkan HIV tu ya? Camana la mau ubat tu?" And that night. My typical 'student mind' with exam oriented krik3* moment medical student came out. I cursed my own self as I can only replied those questions in the most 'surface' way.   . So today, I decided, to 'kind of' pay it back . Boleh kan? Ngeh heh.  So, apa sebenarnya HIV tu ? HIV tu sebenarnya stand untuk "Human Immunodeficiency Virus". If kita ada virus ni dalam badan kita, dia boleh bagi kita satu penyakit akhirnya. Iaitu--> AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome).  Unlike other virus. Virus yang satu ni, macamana kau try buang pun, dia ndak akan pernah get rid of, kau kena tanggung sampai mati. Da...

In mission!

Dalam beberapa trilion detik lagi, dia mau kawen. Gitewww~ untuk 'memperpanjang' 'masa', aku guna detik instead of 'bulan'. lol. 22 November kata nya. Bah. Ready for the busy mission gais. Kawan mau kawen.  Siapakah?  Mak Jemah balik Kg naaa Si kakak long garang and caring kau :) Walaupun aku tua setahun. Yeap. Dia lagi layak kawen dulu dari aspek 'matang' tu. Ngeh he he. Se mak cik -mak cik aku. Dia lagi 'mak' dari aku in terms of jaga hubungan dengan orang kan. So, ndakpa. Biar dia langkah al-bendul dulu. luls.  * Actually, sekarang ada satu tab penting dari blog ni. Autism tajuk nya. Prepare slide seminar. Tapi kau release tension jap. Pegi tab yang ini. haha. Tahu kah engkau? aku release tension, bila aku menulis. Kadang-kadang aku menyanyi. xD "Baca Quran oi" 'Ok'  * Jangan. Jangan hidup dengan amarah. Jangan. Jangan hidup mencengkam dendam.  Jangan. Jangan biarkan hati ber darah dan necro...