Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

Diet ikut jenis darah??

Bismillahirrahmanirrahim Tinta buat informasi & transformasi :) hehe.... (untuk golongan wanita & mana-mana yang berminat la ea) DARAH JENIS A : * Elakkan pengambilan daging merah seperti daging ayam, burung, dan itik. Untuk mula berdiet belajarlah untuk makan ikan beberapa kali seminggu dengan cara ianya direbus mahupun dibakar. Anda DILARANG sama sekali untuk mengambil makanan diproses seperti sosej, daging, burger, bebola daging & sebagainya kerana ia mengandungi nitrat yang boleh menyebabkan kanser perut. Situasi ini lebiih mudah berlaku terutamanya kepada mereka yang mempunyai kadar asid yang rendah dalam perut. * Hadkan pengambilan makanan laut. Yang penting, JANGAN ambil makanan laut yang lain jika anda telah memakan ikan. Jika makanan ini di campur, ia akan menyebabkan pengeluaran lektin. * Makanlah kekacang selalu! Mengamalkan pengambilan kekacang akan membekalkan protein yang diperlukan tubuh memandangkan pemilik kumpulan darah ini tidak memperoleh sumber protein ...

Dari hati hamba

Bismillahirrahmanirrahim ~ Tinta dari hati hamba ~ Rasa takut sangat nak tidur malam ni. Rasa risau.. malam dah lanjut, bapa pun dah pesan, "kalau dah tahu mau jalan esok pagi, napa nda tidur awal...." Hurm... bukan tak boleh tidur sebab ada penyakit 'susah tidur malam'.. Tapi Najwa teringat tentang semua perlakuan Najwa hari ni, Najwa rasa lebih banyak buruk dari baiknya. (+_+) hari ni, Najwa jumpa teman lama Najwa... Fatin Nazeera... Nana... Walida.... Erm... Sxon..... terima kasih sangat kat Sxon sebab tolong Najwa buat kertas kerja pertandingan nasyid. Sxon jugak yang tolong fax.... huhu, bertuah juga ada sahabat cam Sxon. (: Yang buat Najwa rasa tak sedap hati malam ni. Najwa rasa Najwa banyak meng 'ghibah' kawan hari. Kawan yang sepatutnya, Najwa bimbing dia, bukannya hanya berani cakap belakang tentang dia. Kawan Najwa baik orangnya. Pemaaf.. jujur... Tapi, mungkin, kerana satu khilaf dia, Najwa dah tak berapa nak setuju ngan dia.. (+_+) Ya Allah...ampu...

Tinggalkanlah yang haram, Allah akan menggantikannya dengan yang halal.

Bismillahirahmanirrahim. Tinta buat diri & teman ~ Jom kita sama-sama hayati kisah ni :) TAUBAT SEORANG LELAKI Suatu malam yang hening, kelihatan seorang lelaki berjalan-jalan di sekitar Madinah dalam keadaan lapar. Dia berhenti di luar sebuah rumah kerana terhidu bau makanan. Imannya belum cukup kuat untuk membuat pertimbangan yang waras dalam menyuluh tindak tanduknya, kerana terliur dengan makanan itu, dia menyusup masuk kedalam rumah tanpa izin tuan rumah tersebut. Melihat makanan yang menyelerakan di satu sudut rumah, dia segera mencapainya, tetapi tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Kata-kata yang di dengarinya daripada rasulullah s.a.w dalam satu majlis ilmu di Masjid Nabi siang tadi terlintas di benaknya. Rasulullah berpesan, " Barangsiapa meninggalkan yang haram dia akan mendapat yang halal ." Mengingatkan kata-kata itu, dia tidak jadi untuk mengambil makanan tadi. Dia hendak segera beredar, tetapi ada godaan lain pula. Telah terlihat olehnya bar...

Tinta buat Hati

Bismillahirrahmanirrahim.. Tinta buat diriku Erm.... Hari ni, saya nak tanya sikit la kan, macamana nak dapat hati yang benar-benar bersih dari kemaksiatan? Yalah, secara jujurnya, hati Najwa pun bukan selalunya bersih, kadang ternoda juga.... dari pandangan yang tak terpelihara, dari telinga yang selalu "terayat" ngan lagu-lagu jiwang.... Hurm..... maybe, kat sekolah dulu, senang la sket.... lagu2 yang Wan Zai & Hisyam pasang pun, lagu nasyid, asmaul husna....bacaan Quran... Huhu~ Susah juga memelihara hati... Pastu, kadang-kadang, terdetik juga kat hati, nak sms orang-orang yang kita suka, nak borak-borak kosong.... Ya Allah, jika Engkau tidak menguatkan imanku, tentu aku dah buat semua tu tanpa batas. Tapi, saya tahu, kalau saya buat semua tu, zina tu sejengkal ja ngan saya. Ada juga teman2 (yang lelaki) yang minta-minta number, maybe nak kenal lebih dekat kot, (ke nak kenakan kaum hawa ja~ allahu'alam) Ya Allah, sekali lagi, be...

Tinta Buat Teman

Bismillahirrahmanirrahim ~Tinta buat teman ~ Ukhuwah itu di hati, Walau bersendirian ia pasti menemani, Bukan di musuhi tapi di sayangi, bukan dilupai tapi diingati, setiap yang manis mampu dikenangi, Walau tiada di mata, ia hadir bila dirindui, kerana asasnya, ia kekal di dasar hati, Bukan hanya di sini, tapi dimana jua, bukan setakat ini, tapi hingga hujung nyawa, salam ukhuwah, salam rindu jua kerana Allah :) Illalliqo'.

Mimi, Sxon

Bismillahirrahmanirrahim.. buat teman-teman baik ku yang kini jauh dari mata... Doaku mengiringi kamu ~`