Asalamualaikum w.b.t..
Apa khabar teman-teman di sana ^^,..?Harap sihat...insyAllah...
Hari ni....
Saya nak kongsi sikit tentang orang-orang yang suka buang bayi ni....
Nak tanya dulu, bayi tu....patung ke manusia??
suke hati...je throw dia macam rubbish!
(hurm....lepas geram sikit, huhu)
Bayi ni (manusia), adalah salah satu ciptaan Allah yang tidak akan mungkin dapat di tiru penciptaannya oleh manusia.
Hatta saintis-saintis barat cuba membuat pengklonan ke atas bayi, tapi...hasilnya,
mata satu dekat dahi...kepala lagi besar dari badan...mulut terlopong tak boleh nak tutup-tutup...
Erm, di petik dari buku Quran saintifik,(Dr.Danial Zainal abidin)
Fasa- fasa kejadian bayi:
"Padahal dia menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan kejadian"(Surah Nuh;14)
"Pada peringkat awal, bayi di kenali sebagai embrio. Selepas benih lelaki dan perempuan bercantum, embrio berubah menjadi alaqah.(Surah Al-Mukminun;14)
Alaqah dalam bahasa arab ia mempunyai 3 maksud:
1) Segumpal darah
2)suatu yang melekat
3)lintah
Selepas embrio menjadi alaqah, ia bertukar menjadi mudghah berdasarkan kata-kata Allah dalam surah Al-Mukminun ayat 14 yang bermaksud "Kemudian daripda alaqah, kami jadikan mudghah".
Mudghah (seketul daging)
"Kemudian, jadilah kamu mudghah yang sempurna kejadiannya dan tidak sempurna kejadiannya".
(Surah Al-Haj;5)
Selepas itu, embrio ditutupi tulang dan daging berpandukan penjelasan Allah" Kemudian, daripada mudghah kami jadikan tulang dan kami tutup tulang itu dengan daging"(Surah Al-Mukminun;14)
"Kemudian kami jadikannya makhluk berbentuk lain. Maha suci Allah, Pencipta yang Paling Baik"(Surah Al-Mukminun;14)
Selepas itu, roh ditiupkan dan pancaindera di kurniakan berdasarkan kata-kata Allah dalam surah As-Sajdah;9 bermaksud "Kemudian Dia menyempurnakan kejadian dan meniupkan roh ke dalamnya dan dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan af'idah dan sedikit sekali kamu bersyukur".
Af'idah: akal
Lantas pada peringkat ini deria khas atau special senses mula terbentuk dan ia bermula dengan kejadian telinga, atau primordia of the internal ears,
di ikuti dengan mata, dan akhirnya otak.
(Professor L.Moore Pd.D F.I.A.C dari Department of Anatomy, University of Toronto Kanada,mengesahkan kebenaran urutan-urutan ini daripda sudut embriologi seperti mana yang dinyatakan oleh Quran.
~Perincian ini begitu mengagumkan kerana maklumat ini tidak mungkin dapat di ketahui oleh orang biasa apatah lagi lebih daripada 1,427 tahun dahulu.~
Begitulah sedikit perkongsian bagaimana bayi(manusia) di ciptakan secara berfasa......
Indahnya ciptaan Allah, sehingga lidah kelu untuk berkata, melainkan puji-pujian pada yang Maha Pencipta terlontar dari bibir,
Tapi....
mengapa kau berani menghina ciptaan ini??
buang di longkang?Lubang tandas??
Astaghfirrullah...Perhitungan Allah itu pasti datang...
And, mana sudah sang lelaki yang kau kata akan menjadi teman setiamu??
Semua hanya palsu!
Kenapa tidak kau dengar pesan ibumu....?
Menyesal yang tidak berkesudahan, tapi, semua sudah terlambat...
As a conclusion, jom lah kita cari jalan yang halal, yang mendapat redha dariNya...
(L.O.V.E after N.I.K.A.H)
InsyaAllah.....^^,
Ok...
Salam ukhuwah fillah...
Moga kita sentiasa kekal dalam iman ^^,
Dan beruntunglah pada sesiapa yang memiliki I.M.A.N & I.S.L.A.M
Comments