Bismillahirrahamanirrahim " Kerana Mu Ya Rabb, ku ikhlaskan " Terpandang ke langit biru , hati bungkam. Mendongak ke siling rumah, hati berkuiz sendiri. Badan di pusing ke kiri ke kanan. Persoalan yang menanti jawapan. Betulkah setiap langkah yang ana ambil ni? Adakah diri ana melawan arus ketentuanMu ya Rabb. Tatkala sahabat-sahabat ana sudah menadah ilmu di gedung knowlegde Universiti Malaysia Sabah, ana masih lagi menghitungkan detakan jarum jam, bilakah ana mau pi sambung belajar ni? Ya, memang ana dah dapat tempat, ana dah buat passport, visa dan hanya tinggal terbang sahaja lagi ke Tanah Jakarta Republik Indonesia, tapi... sedikit sebanyak, penantian itu menggugat keyakinan dan menimbulkan prasangka yang tiada berkesudahan. Astaghfirullah.. jauhkanlah hati hambaMu ini dari keraguan, tetapkanlah ia pada "niat dan pendirian". Sahabat-sahabat ana ada juga yang mengkuiri keputusan ana, "betulkah mahu jadi doctor ni?", " oh... ndapa... orang...
Setitis tinta sebagai wadah fikrah