Asalamualaikum.... ana just share benda ni dari seseorang =). insyaAllah, teruskanlah pembacaan anda ya :) Hati kenalah jaga kerana ia adalah wadah rebutan di antara malaikat dan syaitan. Kedua-duanya berlumba-lumba mengisinya. Jiwa yang bersih, malaikatlah yang mengisinya dengan iman, ilham dan pimpinan insan. Jiwa yang kotor, syaitanlah yang mengisinya dengan was-was, keraguan dan kekufuran. (Status Mohd Fadli Yusof pada April 25, 8:26pm) ... Maksud Sabda Rasulullah ﷺ, “Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, kalau baik daging itu maka baiklah manusia, kalau ia rosak maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati” (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Nukman bin Basyir) Hati ibarat raja dalam kerajaan diri yang memerintah. Bila syaitan dan nafsu menjadi penasihatnya, kederhakaanlah yang terjadi memenuhi kerajaan diri. Sebaliknya, bila malaikat penasihatnya, atau hati yang murni, sudah bersih, tentulah ketaatan, kepatuhan, ketertiban yang terjadi, memenuhi keraja...
Setitis tinta sebagai wadah fikrah