Bismillahirahmanirrahim Kalam lemah seorang hamba. Membiarkan diri mencoret setinta dua buah fikiran malam ni. Sebelum menyiapkan slides presentation . Hee Ada manusia. Menguasai seseorang dengan memberi jalan pada wujudnya kebergantungan. Memberi apa saja untuk mendapat hormat dan kepatuhan pada dirinya dengan jalan awal membenarkan 'kebergantungan' berlaku. Membuat seseorang tu merasa, 'dia perlukan' aku. Dia tidak akan lari mana, sebab 'dia perlukan aku'. Tiada salah wujud pergantungan. Fitrah manusia, nalurinya mahukan security attachment Tapi....itulah. Tiada lepas, tiada bebas, selagi mana kita terperangkap dalam 'rasa kebergantungan' kepada makhluk Nya. Berbeza dengan Dia. Dalam kebergantungan pada Nya, tiada cela. Sayap yang rapuh mengukuh. Mata yang rabun, terang menembusi 6D dunia berfantasi. Tuhan beri jalan. Jika jiwamu hilang kebergantungan, Itu cuma di akalmu. Penjara pada mindamu. Kerana jeriji besi itu sudah lama m...
Setitis tinta sebagai wadah fikrah